[First]-Summer is Coming

649 38 40
                                    

Sebahagian orang bercakap,lagenda hanyalah cerita yang direka berdasarkan kepercayaan atau imaginasi seseorang.Ada juga yang mengatakan,lagenda adalah cerita yang benar,tetapi diubah untuk menjadikannya lebih menarik dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada manusia.

Seperti cerita hantu.Mungkin ada kisah yang betul atau rekaan,tetapi jika ianya betul,adakah keseluruhan cerita tersebut benar?Atau ada beberapa perkara yang diubah dan ditambah ke dalam cerita untuk menutup kisah yang sebenar?

Sama juga dengan kehidupan manusia.Sejarah mengenai mereka,tidak pasti semuanya betul atau tidak.Dan mungkin ada beberapa perkara mengenai mereka yang tidak diberitahu dalam kisah mereka.Dan mungkin ada yang diubah untuk menutup beberapa perkara mengenai mereka.

Kenapa?Entahlah.Tiada sesiapa pun boleh jawab mengenainya,melainkan orang tersebut mengetahui perkara sebenar,bukan membuat andaian semata-mata.

Walau apa pun,kenyataan mengenai lagenda adalah cerita yang direka atau berdasarkan kisah sebenar,kedua kenyataan tersebut tidak betul dan tidak salah.Ianya di antara betul dan salah,iaitu bergantung kepada setiap orang untuk percayakan lagenda atau tidak.

Adakah anda percaya pada lagenda atau sebaliknya?Mengapa?

---------------------------

"Hargh!"

BOK

Tubuh seorang kanak-kanak lelaki tumbang atas lantai berjubin putih dengan berpeluh habis.Tangan kanannya yang kecil memegang pedang kayu yang saiznya sesuai untuk digunakan olehnya dirinya yang masih muda dan kecil.Nafasnya tercungap-cungap,kepenatan.

Di bilik sebelah,kanak-kanak perempuan duduk bersandarkan dinding.Ikatan pada rambutnya serabai,tidak seperti sebelum ini,kemas.Badan kecilnya juga dibasahi peluh.Nafas ditarik olehnya.

Kedua kanak-kanak tersebut diperhatikan seorang gadis yang berada di bilik kawalan atau monitor dengan headphone dipakai pada kepalanya.Keluhan dilepaskan oleh gadis tersebut.

"Kamu berdua berjaya hapuskan 30 robot dalam masa 17 minit.Ini agak mengecewakan sedkit kerana semua robot tersebut hanya bergerak dengan laju.Itupun kelajuan robot-robot tersebut adalah tahap yang paling perlahan.

Saya tahu kamu berdua tidak dapat bergerak dengan mudah disebabkan gelang yang dipakai dikaki dan tangan kamu berdua menyerap tenaga badan dan magik dengan banyak.

Tapi,jangan lupa,tujuan latihan ini adalah supaya kamu berdua dapat fikirkan strategi untuk kalahkan lawan secepat mungkin apabila kehilangan stamina dan magik dengan banyak.Kerana,kalau kita penat,susah untuk berfikir dengan lancar,bukan?",kata gadis itu dengan panjang lebar.

"Y...ya...",kata kedua kanak-kanak tersebut dengan suara yang perlahan.

"Baiklah.Rehat selama 30 minit.Kemudian,kita teruskan latihan seterusnya"

"Baik~",jawab mereka berdua,tiada tenaga walaupun gembira dapat berehat selepas latihan yang memenatkan.

-------------------------

Gelang dikaki dan tangan mereka berdua ditanggalkan dan diletakkan dalam kotak.Mereka berdua sedang minum minuman yang disediakan oleh gadis yang melatih mereka.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now