[27]The Rumor

100 14 0
                                    

"Tuan puteri,ada surat untuk tuan puteri",ucap Robert sebaik sahaja nampak Einhart di taman bunga istana,minum petang dengan Nad berdiri di sebelahnya.

Sudah tiga hari sejak Mimi bertolak ke Paris,dan gadis itu menghantar banyak mesej gambar kepada Einhart apabila dia menjejak kakinya buat pertama kali di Paris.

Robert berjalan menuju ke Einhart dengan sampul surat ditangannya.Ianya diserahkan sebaik sahaja dia berada dekat dengan puteri itu.

"Daripada siapa agaknya...",kata Einhart lalu melihat belakang surat tersebut,dan ia tertulis nama pengirim tersebut.

"Ah,ianya dari Duchess Aristiria...",ucapnya apabila membaca nama pengirim yang tertera dibelakang sampul surat tersebut.

"Bekas Ruler of Asteon?",kata Nad dan Robert dengan serentak,terkejut.

Aristiria von Asteon,Ruler of Asteon sebelum Einhart.Aristiria memlilih Einhart sebagai Ruler seterusnya ketika gadis itu berusia 10 tahun.

Dan dia terus turun takhta sebaik sahaja mengumumkan Ruler of Asteon yang baru kepada rakyatnya.

Selalunya,Ruler yang baru hanya boleh mengambil alih takhta Asteon Kingdom sebaik sahaja Ruler yang masih ada itu mangkat.

Namun Aristiria melalukan perkara yang berbeza.Dia membiarkan kanak-kanak berusia 10 tahun untuk menjadi Ruler of Asteon tanpa berada di sisinya,untuk melatih Einhart menjadi Ruler yang berkebolehan.

Mereka tak pernah bertukar surat antara satu sama lain kerana akan menimbulkan cerita.Cerita yang akan ditimbulkan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh mereka kerana ia boleh merosakkan nama dan maruah mereka.

Disebabkan itu,hubungan mereka berdua dingin.

"Itu...sesuatu yang mengejutkan.Duchess Arisitria tak pernah langsung kirim surat kepada tuan puteri.Kenapa sekarang....",ucap Nad,masih terkejut.

Einhart tersenyum mendengarnya.

"Mungkin surat kritikan tentang cara pemerintahan beta agaknya.Kamu pun tahu macam mana sikap Duchess,kan?",kata Einhart lalu membuka sampul surat tersebut.

Robert mendekati Nad,lalu berbisik kepadanya.

"Macam mana sikap bekas Ruler tu?Aku tak pernah jumpa dia...",kata Robert.

"Duchess Aristiria adalah antara Ruler yang tegas.Tidak sama dengan Puteri Einhart yang lemah lembut dengan orang bawahannya,Duchess sangat tegas.

Katanya,dia terlalu tegas sehinggakan ramai Menteri nak letak jawatan sebab tak dapat tahan dengannya.Tapi ia tak diterima oleh Duchess sebab alasan mereka untuk letak jawatan tak logik",jawab Nad,berbisik.

"Eh...jadi betul ke tentang dia turun takhta sebaik sahaja pilih Puteri Einhart sebagai pewarisnya?",

Nad mengangguk.

"Dia terus turun takhta,dan tinggalkan segalanya kepada Puteri Einhart yang berusia 10 tahun.Nasib baik puteri dapat tanganinya"

Robert mengangguk.

"Kau ada dengar kan tentang para menteri ingin adakan mesyuarat lagi dengan tuan puteri?Mereka nak bincangkan tentang pewaris takhta seterusnya",kata Nad.

"Lagi sekali?Dah banyak kali kan hal itu dibincangkan.Tuan puteri pun dah bertegas dengan jawapannya.Kenapa mereka risau sangat dengan pewarisan takhta tu?"

Einhart mendengar apa yang mereka berdua bualkan,tapi dia tak berminat untuk masuk campur.Fokusnya lebih kepada surat yang ditulis oleh Duchess Aristiria.

"Seperti yang kau tahu,Ruler of Asteon Kingdom tak dibenarkan untuk berkahwin,jadi mereka semua langsung tak ada hubungan darah.Kalau Ruler didapati berada dalam hubungan cinta dengan sesiapa sahaja,hukuman mati akan dijatuhkan tanpa pengecualian.

THIRD LOVE:THE HISTORICALWhere stories live. Discover now