36♡

833 158 44
                                    

Cringe alert<3



"Sayang nanti kunci pintu. Kalau ada orang ketuk pintu biarkan aje. Faham?"

Aku hanya mengangguk faham sambil mata tidak lepas memandang Jisung yang sedang menguis nasi goreng di dalam pinggan dia.


"Tapi kan, awak tak rasa rumah kita ni panas ke kalau tak bukak pintu?"

"Alasan, selama hari ni pun mana ada pernah awak bukak pintu."

"Ada, saya bukak sliding door." Aku bercakap seperti sedang berdebat dengan dia.

Dia memandang aku dengan pandangan huh."If I say no mean no!"

Aku menelan saliva. Garang betul dia ni. Orang gurau je pun.

"Faham tak?" Dia soal aku lagi.

"Ye sayang,faham. Makan la makan."

Aku mengibas-ngibaskan tangan aku seperti ingin menghalau lalat. Pahal banyak sangat lalat hari ni. Sibuk je kacau aku dengan Jisung.

"Dah? Cepatnya."

Aku memandang Jisung yang sedang membawa pinggan dan cawan dia ke sinki untuk basuh.

"Ye la, awak nak saya kena sebat ngan atuk ke sebab lambat?"

Aku juga turut berdiri membawa pinggan dan cawan milik aku ke sinki. Muka jisung aku pandang. Macam mana muka dia masa kena sebat ngan atuk eh? Ada macam hagemaru ke? Doraemon ke?

"Apa tengok-tengok?" Dia merenjis-renjiskan air ke muka aku.

"Apa ni? Aduh mamat ni kang aku la." Aku membuat gaya seperti ingin memukul dia.

Dia tergelak kecil. "Sapa suruh tak mandi."

Dia berlalu pergi ke sofa dan mengambil beg sandang dia. Aku pula terumat amit membebel sendiri dibelakang dia.

"So, saya pergi mencari rezeki dulu ye tuan puteri." Dia memandang aku yang tersandar di grill.

Aku pula hanya tersenyum. Tangan aku dihulur untuk menyalam tangan putih bak susu dia tu.

"Jangan balik lambat. Kalau tidak saya cari awak kat sekolah tu." Sempat aku membebel semasa dia cuba mencium dahi aku.

"Cari la sayang. Saya memang memerlukan attention seseorang sekarang. Daripada saya minta attention makcik jaga kan?"

"Eee gatal gila. Pergi la kerja sana." Aku menolak bahu dia menjauhi aku.

"Bye sayang i love you 3000." Dia melambai-lambai kearah aku semasa ingin masuk kedalam kereta.

"Love you too." Jawab aku perlahan.

Setelah kereta dia berlalu pergi aku menutup kembali pintu rumah. Kunci juga jangan dilupa kang kena marah dengan ustaz Nuqman.

Aku pergi kearah sinki kembali untuk membasuh pinggan mangkuk yang tak sempat dibasuh tadi.

Selesai membasuh aku duduk sekejap di sofa ruang tamu. Tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada seseorang menelefon aku.

Nombor tak save.

Aku mengerutkan dahi. Nak jawab ke tak nak? Sapa punya nombor guna line digi ni? Jawab je la.

Dengan lafaz bissmillah aku menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Naura."

Aku mengerutkan dahi lagi. Suara lelaki, tapi macam pernah dengar suara dia and dia pun tau nama aku.

"Waalaikumsalam siapa ni?"

"We kau tak save nombor aku? Haram betul. Aku zafran la."

"Lahh ko ke zaf? Mana la aku tau. Lagipun ni nombor baru kau kan?"

"Ouh ye mana la kau tau. Aku pun baru balik Malaysia. Apa ke lembab aku ni."

Aku menjulingkan mata keatas. "Baru sedar ke?"

"Excuse me. Eh lantak la by the way family aku nak singgah rumah kau sebelum kitorang balik kl balik. Boleh?"

Aku memikir sebentar. Makanan kat rumah ada ke? Tak akan aku nak bagi maggie je. Tapi tak akan nak tolak pulak.

"Boleh, datang je la bila-bila masa yang kau nak."

"Ha kan zaf dah cakap yang dia bagi punya. Ibu ni selalu gelabah, chill je."

Aku tersenyum sambil menggeleng kepala perlahan apabila dengar dia bercakap dengan maksu. Dah macam member je dia buat mak dia.

"By the way kau nak datang pukul berapa?" Soal aku.

"Dalam pukul..epp ada la rahsia. Tadi kau kata datang je la bila-bila masa je. Kau pun sama je lembab macam aku ni Naura."

"Aku rasa kita ni penyakit keturunan kot. Opah pun sama kadang-kadang aku nampak."

"Pfft aku tau hari tu dia cari telefon dia. Katanya hilang, padahal ada je kat tangan dia."

Tergelak aku dibuatnya. Ada je si Zaf ni nak membuat palatau eh bermula dari aku la kan?

Panggilan dimatikan setelah beberapa minit. Aku merehatkan badan seketika. Opss aku belum bagitau Jisung lagi. Dahi di tampar perlahan berkali-kali.

Telefon aku yang masih ditangan aku onkan dan menelefon Jisung.

"Assalamualikum sayang. Kenapa rindu ke?"

Aku membuat muka jijik walaupun dia tak boleh nampak. Belum sempat jawab salam dah jadi buaya darat.

"Waalaikumsalam. Dah sampai sekolah?"

"Dah lama dah yang. Awak call saya nak tanya ni je ke? Awak memang rindu saya ni. Mengaku je la sayang."

"Eee jangan mengarut la Arsyad Nuqman. Ni saya nak bagitau nanti family paksu nak singgah rumah kita sebelum diorang balik kl, boleh?"

Dia diam seketika.

"Sayang...boleh tak ni?" Aku soal dia lembut.

"Ada zafran ke?"

Aku tergelak kecil. Kes cemburu hari tu tak habis lagi ke?

"Ada, tapi family dia ramai dalam lapan orang. Awak jangan risau la saya tak berdua-duaan dengan Zaf pun."

"Hurmm boleh."

Tersenyum aku sementara itu mata aku melilau keseluruh pelusuk rumah dan ternampak ada sebuat note berwarna purple dilekatkan di peti ais. Aku mendekati peti ais tersebut dan membaca nota itu.

"My day is not complete if I don't tell you this word. I love you Naura Alisa. <3"

Bertambah lagi senyum aku. Dia makan terlebih gula ke semalam? Kenapa manis sangat? Boleh kencing manis tau dak.

"I love you too. Bye." Aku terus menutup panggilan tersebut. Malu punya pasal.

To be countinue.

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now