Bab 15

524 75 3
                                    

Pintu ditolak dengan perlahan. Matanya memerhati sekeliling. Dia takut kalau seseorang cuba untuk mengesyakinya.

Selepas saja semua sudah aman, dia terus berlari anak menuju ke meja yang diduduki oleh dua gadis yang berpakaian serba hitam. Topi hitam, baju hitam, mask hitam, beg hitam, muka hitam eh tak lah, kuning-kuning langsat je muka dan hati pun hitam. Ya, sejujurnya memang hitam.

   "Lama sangat asal? Gila sebab Aryan?" tanya gadis yang berada di sebelah kiri.

   "Diam boleh tak? Ni aku ada cadangan nak hapuskan adik Aryan tu." Dia terus duduk berhadapan dengan dua gadis itu.

   "Kau nak hapuskan Luqman? Mana boleh! Guna cara lain lah!" Terus saja gadis tadi dimarah oleh gadis yang berada di sebelah kanan itu.

Obses terhadap Luqman.

Gadis tadi berdecit.

"Habis tu? Kau dah tahu kan time kecil lagi aku benci dengan diorang tu? Yang kau nak bela Luqman kenapa?" Dia bertanya.

   "Kau tak tahu ke? Dia suka dengan Luqman so kita kena tukar plan. Kita ikut plan dia sebab dia dah tolong kita bunuh Aryan dulu." Gadis yang berada disebelah kiri tadi mencelah.

   "Lagipun kitorang bercadang nak bermadu," sambungnya lagi.

Kecil-kecil dah pandai bunuh. Anak siapalah ni? Jadi untuk mengelakkan anak-anak menjadi kurang ajar, didiklah mereka dengan baik.

  "Haih yelah-yelah. Asalkan dah okey dapat bunuh seorang dari mereka. So what next? Nak buat apa dengan Luqman?"

Gadis yang berada di sebelah kanan itu terus tersenyum. Rancangan dia sudah diatur dengan kemas. Asalkan tiada penghalang saja yang menghalang kerja dia.

   "Aku dapat tahu Luqman tu suka dengan Shaza-"

Baru saja gadis itu menjawab, terus dicelah oleh gadis yang berada di sebelah kiri itu.

  "Ha! Kan dah agak, dia suka dengan Shaza."

"Kau boleh diam tak?" Gadis yang berada di sebelah kanan itu geram dengan perangai gadis yang disebelahnya.

Ataupun dipanggil Atiqah.

Ya Atiqah. Salah seorang pekerja Luqman. Eh, bekas pekerja Luqman. Dia nak bermadu dengan gadis sebelah kanan itu? Gadis yang berada didepan mereka siapa pula? Makin banyak persoalan.

   "Okey fine!" Geram saja Atiqah. Sikit-sikit nak marah. Apalah nasib Luqman ada orang sebegitu. Bertabahlah Luqman.

Gadis di sebelah kanan itu meneruskan ayatnya yang dari tadi dicelah oleh Atiqah.

"Lepas aku dapat tahu dia suka Shaza, aku rasa perempuan tu patut jauhi Luqman. Lepas semua dah lepas, baru aku dengan Atiqah kahwin dengan dia. Alright?"

Gadis yang berada dihadapan itu mula berfikir. Cara apa yang patut dia lakukan untuk menjauhkan Shaza dari Luqman?

   "Aku rasalah kan, jangan jauhkan Shaza dengan Luqman," ujar gadis itu.

Atiqah dan gadis yang berada di sebelah kanan itu mula mengerutkan kening mereka. Perempuan depan ni merepek apa?

   "Habis tu? Macam mana nak jarakkan Shaza dengan Luqman?" Otak dan hati mula kecewa. Apasal dengan perempuan depan ni? Dah insaf ke apa?

Senyuman yang sukar ditafsirkan terbit di bibirnya. Dia sudah pun memikirkan rancangan kalau itu yang akan berjaya nanti.

"Hapuskan. Macam mana kita hapuskan Aryan, macam itu juga kita hapuskan Shaza."

My Extraordinary Husband Where stories live. Discover now