BAB 8

140 15 4
                                    

"Assalamualaikum,"

Nadia melangkah masuk ke dalam rumahnya setelah 2 hari bermalam di rumah Rihana. Kelihatan papanya juga sedang duduk di atas sofa ruang tamu itu.

"Senang eh sekarang. Buat rumah ni macam hotel. Nak keluar masuk suka hati, macam tak ada aturan," tegur Tuan Daud.

"I'm sorry, but sometimes this house does not feel like home anymore. I can't stand with people in this house," balas Nadia. Tuan Daud melangkah menghampiri Nadia lalu melayangkan sebuah penampar ke arah pipi Nadia.

Pang!

"Papa!"

Puan Dahlia dan Tiara tersenyum puas tatkala melihat adegan itu. Puas hati dia melihat Nadia yang kena tampar oleh Tuan Daud itu. Berjaya juga mereka akhirnya membuat dua beranak itu berkelahi.

"Cakap dengan papa, apa yang Nad buat kat aunty dengan Tiara! Siapa ajar Nad jadi gangster?!" tengking Tuan Daud. Terus mencerlung mata Nadia memandang ke arah Puan Dahlia dan Tiara itu.

"Masalahnya diorang yang cari pasal dulu, papa! Aunty yang mention pasal ibu!" balas Nadia kembali dengan nada suara yang tinggi. Pada masa yang sama tubir matanya terasa hangat, tidak sangka papanya akan membela dua orang gila itu.

"Jadi sekarang Nad nak salahkan aunty pula semata-mata nak bela ibu? Nad jangan jadi bodoh boleh tak? Nad bela sekalipun dia macam mana yang besarkan Nad selama ni papa! Ibu Nad dah lama tinggalkan Nad! Jadi Nad patut bersyukur ada aunty dalam rumah ni sebagai ibu Nad!" jerkah Tuan Daud. Nadia menggeleng laju. Kecewa. Sumpah dia sangat kecewa dengan papanya saat ini.

"No! Walaupun dalam fikiran Nad ni tak ada secebis kenangan langsung pasal ibu, perempuan ni sebagai orang luar tak ada hak cakap pasal ibu!" balas Nadia lagi kali ini berakhir dengan jeritan.

"Tutup mulut kau, Nadia! Sebelum tangan aku naik lagi kat muka kau!" jerkah Tuan Daud. Lantas Puan Dahlia menghampiri suaminya.

"Sabar bang, tak baik marah macam tu. Betul apa yang Nad cakap tu, memang salah saya sebab terungkit pasal ibu dia," kata Puan Dahlia pula berpura-pura untuk meraih simpati. Sedangkan dalam diam ingin menjadi batu api.

Nadia yang mendengar kata-kata wanita itu terus tergelak sinis. Dia tidak salah dengarkan? Hebat betul lakonan perempuan ini semata-mata mahu jadi batu api!

"Engkau kan--"

"Cukup! Sekarang Nadia pergi naik atas! Mulai hari ni, sesiapa jangan izinkan dia keluar dari rumah ni. Tiara, bawa Nadia naik ke bilik dia!" arah Tuan Daud tegas yang membuat Nadia terbungkam seribu kata.

Tiara yang akur dengan arahan bapa tirinya itu terus menarik lengan Nadia. Namun Nadia pula terus merentap lengannya itu daripada tangan Tiara.

"I can walk on my own!"

Terus Nadia menapak menaiki tangga satu persatu dengan menghentak kakinya dengan kuat sebagai tanda protes.

"Tengok tu!" laung Tuan Daud lagi tetapi tidak diendahkan oleh Nadia.

'Semua orang dalam rumah ni tak siuman! Entah bomoh apa yang dia bagi kat papa sampai bodoh macam tu!' omel Nadia dalam hati.

-

Buat ke sekian kalinya, Datin Halimah meletakkan telefon pintarnya setelah menjawab soalan-soalan dari kenalan dan sahabat handai berkaitan kontroversi Zafril yang sedang hangat dan meliar saat ini. Tidak cukup dengan rasa yang kecewa saat ini, Datin Halimah sekeluarga dibebani dengan soalan-soalan mereka ingin tahu kebenaran tentang gosip yang sedang tular itu. Terpaksalah dia menipu demi menutup aib Zafril dan keluarga mereka.

Datin Halimah terduduk lemah di atas birai katil, manakala Dato' Halim termenung di balkoni bilik tidur mereka. Hanya sepi yang menemani mereka berdua. Masing-masing hanya mendiamkan diri, tetapi fikiran mereka tidak lekang daripada mencari cara untuk menyelesaikan masalah ini.

"Abang nak kopi tak? Saya buatkan," tanya Datin Halimah cuba menegur suaminya.

"Bolehlah," jawab suaminya itu sepatah. Terus Datin Halimah keluar dari bilik tidurnya lalu mengatur langkah menuju ke dapur.

Sebaik sahaja di dapur, dia dapat lihat Sofi sedang berbual dalam panggilan telefon dengan seseorang sambil berdiri di tepi sinki.

"Okay, insya-allah ada masa kakak jumpa Nad. Buat masa ni jaga diri, apa-apa call Kak Sofi terus. Bye..." kata Sofi lalu menamatkan panggilan itu.

"Sofia call siapa?" tanya Datin Halimah seraya menghampiri anak sulungnya itu.

"Ya, umi. Berbual pasal isu Zaf, lepastu terlepas cerita pula pasal Nad. Kesian dia umi," jawab Sofi.

"Lah, dah kenapa pula dengan Nad? Mak tiri dengan adik tiri dia ada buat apa-apa ke?" soal Datin Halimah dua tubi.

"Yelah, apa lagi. Diorang yang cari pasal dengan Nad, at the end Nad pula yang kena marah dengan Pak Ngah sampai kena lempang. Kejamlah diorang tu," beritahu Sofi dengan nada yang geram.

"Allahuakbar... Haih, sampai hati Daud buat macam tu kat anak dia sendiri. Umi kecewalah dengan perangai Daud ni walaupun dia adik kandung umi sendiri," balas Datin Halimah kesal.

"Entahlah, umi. Sofi pun tak faham kenapa Nad betah duduk dalam rumah tu. Kalau terkena Sofi, dah lama keluar." kata Sofi pula.

"Tak boleh kata macam tu, Fi. Nad tu perempuan, dia masih tanggungjawab papa dia. Pak Ngah tak boleh abaikan Nadia selagi dia tak berkahwin," jelas Datin Halimah yang membuat Sofi mengangguk perlahan sebagai tanda faham.

Ada betulnya juga kata-kata uminya itu. Inilah kepayahan menjadi anak perempuan, tidak ada pilihan untuk lari dari masalah di rumah. Terpaksa hadap sehingga mempunyai kehidupan sendiri tatkala berkahwin nanti.

"Itulah, umi. Dugaan Nadia macam tu, dugaan kita pasal Zaf pula. Allah uji manusia tu lain-lain," kata Sofi. Datin Halimah pula termenung seketika.

"Umi, okay tak?" tanya Sofi.

"Taklah, umi terkilan dengan sikap Zafril. Nadia yang hidup macam tu, tak pernah terfikir nak jatuhkan air muka papa dia. Tapi Zaf yang dibesarkan dengan baik, sampai hati buat kita sekeluarga macam ni," luah Datin Halimah yang membuat air matanya mengalir buat ke sekian kalinya.

Sofi menghela nafas panjang lalu memeluk erat uminya. Belakang tubuh Datin Halimah diusap perlahan. Dia sendiri turut sedih melihat keadaan keluarganya yang sedang kucar-kacir saat ini.

"Sabar ya, umi. Sofi yakin ini dugaan untuk Zafril dan kita. Anggap ini teguran Allah untuk kita ingat Dia," ujar Sofi. Air matanya juga turut mengalir.

Perlahan-lahan Datin Halimah meleraikan pelukan Sofi. Air mata yang membasahi pipi disekanya perlahan.

"Maafkan umi, Sofi. Umi tak boleh nak pura-pura kuat buat masa ni. Selagi perkara ni tak selesai dengan baik, umi tak mampu nak maafkan Zaf," luah Datin Halimah lagi dengan sebak.

"It's okay, umi. Sofi pun sama. Sofi faham perasaan umi. Kita dalam rumah ni sama-sama menanggung kecewa yang berat. Insyaa-Allah, akan ada jalan penyelesainnya,"

BERSAMBUNG

Sorry for the late update guys🥹 Stuck jap masa nak fikir idea konflik Nad & Tuan Daud. Kalau ada apa-apa kekurangan, boleh komen ya guys!

Don't forget to vote too!

Dearest Nadia [OG]Where stories live. Discover now