BAB 26

131 12 1
                                    

Dengan wajah yang masam mencuka, Nadia mengucup tangan Tok Ali, Datin Halimah dan Dato' Halim. Sumpah dia tiada mood untuk mengikut suaminya ke rumah ke Kuala Lumpur. Dia mahu menghabiskan sisa cutinya di kampung ini bersama Hanna.

"Nad... Janganlah asyik tarik muka, cuba senyum sikit," pujuk Datin Halimah. Dia tahu gadis itu sejak tadi merungut dengan dirinya tidak mahu mengikut Zafril pulang.

"Ummi, tolonglah. Bosanlah Nad kat sana. Nanti Zafril sibuk dengan hal dia. Nad pula tak boleh jumpa Rihanna," merengek Nadia buat ke sekian kalinya.

"Tak apa, biasalah tu awal-awal bosan. Nama pun kat tempat barukan. Nanti lama-lama Nad jumpalah keseronokan kat sana," ujar Datin Halimah lagi.

"Zaf, bawalah Nad keluar jalan-jalan kat sana nanti. Buat release stress dia lepas serabut semester ni kan," kata Dato' Halim pula.

"Insya-Allah, kalau Zaf dah settle kerja nanti Zaf bawa. Kami berdua pergi dulu, assalamualaikum!" balas Zafril sebelum masuk ke dalam kereta lalu diikuti Nadia di sebelah kerusi penumpang.

Nadia terus memasang tali keledar sambil menatap sayu ke arah ahli keluarganya itu. Nampak gayanya Hanna akan menggantikan tempatnya sebagai cucu kesayangan di rumah itu.

'Bestnya belum kahwin,' getus hati Nadia dengan sedikit penyesalan.

Zafril pula akhirnya memandu keluar dari perkarangan laman rumah Tok Ali. Sempat dia memandang sekilas ke arah wajah Nadia.

"Kau kalau sampai KL nanti macam tu juga panjang muncung mulut kau, aku gunting nanti baru tahu," tegur Zafril. Nadia tetap mendiamkan diri. Malas dia mahu melayan suami paksa relanya itu.

Melihat tiada reaksi dari Nadia, tiba-tiba sahaja Zafril memijak brek dan membuat gadis di sebelahnya itu hampir terlambung ke hadapan.

"Astaghfirullahalazim!" kata Nadia sambil mengusap dadanya.

"Kau ni bodoh ke apa?! Tak reti bawa kereta elok-elok, nasib jalan ni sunyi tahu tak!" sambung Nadia lagi dengan nada marah.

"Oh, ada suara. Aku fikir dah pekak bisu tadi," balas Zafril bersahaja sambil melanjutkan semula pemanduannya. Nadia mendengus perlahan kerana geram dengan sikap bersahaja Zafril itu.

"Kau ni sajakan buat aku benci dengan kau. Aku ni baru malam tadi nak baik sikit dengan kau. Ini kau cari pasal lagi dengan aku. Streslah aku nak hidup serumah dengan orang macam kau. Nasiblah bulan depan aku dah masuk kampus," omel Nadia geram lalu terus melontarkan pandangannya ke luar tingkap kereta. Zafril pula tersenyum kecil mendengar bebelan isterinya itu.

"Kalau aku tahu, aku drive bawa kereta aku sendiri," tambah Nadia lagi dengan nada perlahan.

"Eh, kau lupa ke? Kereta kau tu bapak kau nak ambil bagi adik tiri kesayangan kau tu," beritahu Zafril yang membuat mata Nadia memincing memandang ke arahnya.

"Adik tiri kesayangan, my butt!" kata Nadia lalu memandang ke hadapan semula.

"Sial betullah diorang tu. Bawa bala dalam hidup aku betul!" sambung Nadia lagi dengan nada geram.

"Tak apa, nanti aku belikan kau kereta. Kancil pun jadilah eh?" kata Zafril saja mengusik ingin menyakitkan hati Nadia.

"Punyalah banyak duit kau, itu je kau mampu belikan untuk aku yang selamatkan air muka kau dengan keluarga kau ni?" balas Nadia dengan nada sinis.

"Ish, mengungkit pula kau. Aku usik sikit pun tak boleh. Serba nak mengamuk kau ni," omel Zafril kepada isterinya.

Nadia pula masih dengan berpeluk tubuh dan tidak menayangkan sebarang reaksi pada wajahnya. Malah dia menurunkan penyandar kerusi penumpang sedikit lalu menyelesakan kedudukannya untuk baring sebelum melelapkan mata.

Zafril berdecit beberapa kali sambil menggeleng kepala perlahan. Susah betul melayan kerenah perempuan tulen seorang ini. Emosi naik turun, suka hati dia sahaja bila mahu marah orang.

-

Hampir 3 jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di sebuah rumah teres moden dua tingkat. Nadia masih lena diulit mimpi tidak sedar yang kereta dipandu oleh Zafril sudah pun tiba ke destinasi yang mereka tujui.

"Nad... Bangun. Kita dah sampai..." kejut Zafril perlahan yang lantas membuat gadis itu terjaga. Usai itu, dia keluar daripada perut kereta dan melihat sekeliling kawasan perumahan itu.

Laman penuh kehijauan rumput serta ada kolam renang yang tidak begitu besar menarik perhatiannya. Ada juga meja kopi terletak berhampiran dengan kolam renang sebagai tempat untuk mengambil angin di luar rumah.

"Apa yang kau tercegat lagi tu? Jomlah masuk. Aku nak tunjuk bilik kau sekali," panggil Zafril yang menyentakkan Nadia dari lamunannya. Usai itu, dia melangkah masuk mengikuti Zafril ke dalam rumah.

Setelah selesai menunjukkan semua ruangan di rumah ini, akhirnya Zafril menunjukkan sebuah bilik tidur yang bertemakan serba biru dan putih serta bilik mandi.

"Ini ke bilik aku?" tanya Nadia yang terkesima dengan kekemasan dan kecantikan susun atur perabot dan dekorasi bilik itu.

"Tak, ni bilik aku. Bilik kau patutnya depan ni," balas Zafril yang mematikan senyuman gadis itu.

Nadia mendengus perlahan. Tolong beritahu dia bagaimana cara untuk tidak marah dan menyampah dengan manusia bernama Zafril Adham ini!

"Dah tu apasal kau tunjuk kat aku? Aku tak nak sebilik dengan kau okay!" balas Nadia sambil memandang Zafril atas bawah. Matanya dipejamkan seketika cuba memadam memori kejadian dua hari yang lalu. Dia tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi.

"Dengarlah orang habis cakap dulu. Kau tidur bilik ni sebab ada bilik air. Jadi kau tak perlu susah payah bawa tuala baju seluar semua ke dalam bilik air macam kat kampung tu. Aku tidur bilik depan ni. Aku mandi bilik air kat luar ni pun tak apa sebab aku lelaki. Tak ada apa yang nak ditengokkan pun," jelas Zafril panjang lebar. Nadia mengangguk perlahan sebagai balasan tanda faham.

Buat seketika Nadia terkesima dengan sikap prihatin Zafril terhadap dirinya. Tidak sangka lelaki ini begitu teliti dan perhatian tentang semua perkara.

"Kau nak sambung tidur pergilah. Aku nak keluar. If ada apa-apa just call me," kata Zafril.

"Kau nak keluar? Tak penat ke drive? Kau nak pergi mana?" soal Nadia tiga tubi tanpa disedarinya. Zafril pula sedikit hairan dengan isterinya itu, tadi macam singa betina. Ini tiba-tiba angin baik pula.

"Ada lah urusan aku nak settle. Aku pergi dulu okay. Jangan lupa kunci rumah," balas Zafril diiringi pesanan sebelum melangkah pergi dari ruangan itu.

Tidak mungkin dia mahu mengaku dia ingin berjumpa Rayyan pulakan?

BERSAMBUNG...

Dearest Nadia [OG]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن