Part 6🗡

122 33 8
                                    

The Isabellas sister

11:30 pm

Sudah 15jam 05 minit 46 saat Mira dan Milea di rumah agam itu. Selama 15 jam itu juga mereka berkenalan. Perkenalan mereka sudah seperti adik-beradik walaupun sekejap!

"Jap jap kau bawa CRV Honda tapi kau datang sini guna Porsche? CRV tu bubblebee ke boleh tukar-tukar?"

Nadhurah menyenduk sedikit nasi goreng di sudu dan menyuap Mira. Kalau tak nanti dia menyampuk masa aku tengah cakap.

"CRV Honda tu dah ada orang beli. Sebab tu aku pakai Porsche. Porsche tu aku beli sendiri guna duit simpanan yang ayah aku bagi."

Mira hanya mengangguk. Nak bercakap tak boleh sebab tengah kunyah. Author menipu Nadhurah senduk nasi goreng sikit, padahal nasi ni banyak! Satu mulut aku penuh!

Nadhurah menggaul nasi goreng di pinggannya. "Yang beli kereta tu anak Mak Cik Jah jiran atok aku. Maklum lah anak dah dua sebab tu dia beli dari aku. Sebelum ni dia pakai kancil unik zaman 2000."

Mira menelan makanannya. "Sapa tanya?"

Nadhurah memandang Mira. "Sebelum kau tanya baik aku bagi explaination dulu. Kau ni nampak dingin tapi mulut macam Burung Murai."

Mira menjeling. Suka hati je sama kan aku dengan burung.

Mira Jasmine. Nampak je dingin dan garang pada mulanya tapi sebenarnya ceria kalau kenal betul-betul. Mulut tu tak habis pokpek jeeeee. Kalau dia buka je sesi Q&A belum tentu kau boleh habis kan kesemua soalan dia.

Nadhirah memasuki ruang makan. Dia mengambil air sirap yang bersebelah dengan Mira.

"Wey Dhirah, Milea mana? Dia tak nak makan ke?"

"Ada tengah baca buku kat ruang tamu. Aku dah ajak dia tadi. Alah nanti dia makan lah tu." Gadis itu meletakkan cawan di bibirnya dan meneguk.

"Eh Mira kau tahu bila Noah dengan Mikael balik?" Tanya Nadhirah sambil meletakkan cawannya di meja. Dia mengambil tempat di sebelah Mira. Orang sebelum minum duduk bukan selepas minum baru duduk.

"Tak silap aku Sir kata dia pergi 10 hari je lepas tu dia datang sini. Tak silap aku lah, sebab hari tu masa dia on call dengan aku dia dekat dalam private jet dah pun so takde signal sangat. Aku dengar '10 hari' tu je."

Nadhurah dan Nadhirah mengangguk. "Alah jangan risau lah. Akak dengan Kak mira kan ada." Sampuk Milea sambil mengambil air Milo kotak di dalam peti ais.

Dari mana dia datang? Tak nampak pun dia enter dapur tadi. Dia tembus dari dinding ke macam mana?

•_•

- G E R M A N -

10 buah kereta volvo SUV dan 2 buah kereta Ferrari SF90 Stradale memasuki gate entrance rumah agam. Rumah Agam tersebut ialah rumah agam yang sangat besar dan mempunyai halaman-halaman yang menarik, juga mempunyai reka bentuk yang luar biasa. Macam shopping mall pun ada ni.

Dua jejaka keluar daripada perut kereta. Noah menuju ke Mikael sambil memperbetulkan kot birunya yang expensive itu. Baju kemeja putih dan vest Mikael juga boleh tahan expensive!

Isabella | OGDonde viven las historias. Descúbrelo ahora