Part 19🗡

30 1 0
                                    

Isabella sisters

Baru saja Mikael ingin bangkit dari duduknya Nadhirah menarik baju Mikael. "Jangan bagitahu sesiapa tentang ni, Mikael. Saya tak pasti sama ada tujuan mereka masih sama atau tidak. Please don't tell anyone..." katanya.

Mikael tidak memberi apa-apa kata selain menganggukkan kepala sekali lagi. Dia mula melangkah keluar daripada kawasan dapur.

Beberapa langkah lagi kakinya akan maju naik anak tangga secara mengejut Noah menarik baju Mikael masuk ke sebuah bilik.

"Ish! Kau apahal?" Marah Mikael. Dia menarik genggaman Noah dari bajunya.

"Wey... aku baru dapat info..."

Mikael hanya berdiam diri menunggu ayat seterusnya yang akan dikeluarkan oleh Noah.

"Diaorang sekarang buru Isabella bukan sebab nakkan Isabella tapi diaorang nak Isabella mati." Terang Noah.

"Dulu niat diaorang lain bro. Sekarang diaorang tak nak Isabella hidup sebab tak nak keturunan Tuan Hashim bangkit. Dua beradik tu boleh tahan kuat bro. Cumanya diaorang tak tahu cara nak guna kuasa je. Sebab tu dua pihak daripada kumpulan yang berlainan kaw team untuk bunuh Isabella." Terang Noah sekali lagi. Mikael tekun mendengar dengan tangannya bersilang di dada sambil memikirkan masa depan mereka berempat.

Noah memberi masa untuk Mikael berfikir sebelum dia berbicara lagi. "Aku sekarang ni tengah pening macam mana nak handle benda ni. Kalau bab Nadhirah aku okay sebab dia dah sah bini aku. Engkau dengan Nadhurah ni yang membebankan aku." Kata Mikael.

"Eh kau elok sikit mulut. Makan minum aku beli sendiri tak pakai duit kau tahu? Aku tak beban, si Nadhurah tu je." Balas Noah dengan menyalahkan Nadhurah.

"Ada satu lagi info yang aku dapat. Fasal bonda Isabella bro... aku tak tahu macam mana kita nak bagitahu dua kembar ni." Wajah noah terus berubah kecewa dan sedih. Pasti berita buruk yang tak dapat diungkapkan.

• _ •

Ramai orang berkumpul di depan masjid. Yang beragama islam sahaja masuk masjid untuk solat jenazah.

Zulaika Imairah Binti Shamsudin Yakqub telah pun meninggal dunia.

Ariff menemui badan Bonda Zulaika di dalam satu akuarium besar. Bonda Zulaika dalam keadaan tidak sedar diri dan terapung dalam akuarium tersebut. Wayar sana sini dan diletakkan pada kedua-dua kaki dan tangan Bonda Zulaika supaya badannya tidak terapung di atas permukaan air.

Ariff menemuinya berbogel dan mempunyai banyak kecederaan pada tubuh Bonda Zulaika. Dari penyataan yang dinyatakan oleh pihak Tuan Hashim yang pakar dalam bidang sains, menyatakan bahawa Bonda Zulaika mati bukan sebab lemas tapi dirogal kemudian dikelar lehernya.

Mikael, Ariff, Damien dan Ajmir mengangkat keranda keluar dan masukkan ke dalan van jenazah.

Nadhirah, Nadhurah dan Tuan Hashim sentiasa bersama sejak pagi tadi. Seorang pun tidak lihat mereka menangis selepas melihat jenazah Bonda Zulaika.

Sampai diperkuburan, Mikael dan Ariff yang membawa Bonda Zulaika turun ke liang lahad. Nadhirah, Nadhurah dan Tuan Hashim hanya memandang tanpa reaksi.

"Kental betul jiwa diaorang." Mereka terdengar bisikan seseorang dari belakang. Luar sahaja yang kental, dalam kita tak tahu.

Habis upacara pengebumian, balik ke pangkalan masing-masing. Tuan Hashim terpaksa meninggalkan dua anaknya kerana kerja. Dia perlu habiskan siasatan kes arwah isterinya. Identiti pelaku masih tidak dikenal pasti.

Mikael memandang isterinya di sebelah. Nadhirah hanya melihat pemandangan luar. Satu hari dia tak senyum. Satu hari dia tak bercakap. Rasa rindu pun ada sebenarnya.

Mikael memegang tangan Nadhirah lalu digenggam. Nadhirah tidak membalas.

"Kalau kau nak nangis, nangis je. Aku ada." Kata Mikael memecahkan kesunyian. Sunyi. Nadhirah tidak memberi apa-apa reaksi. Bergerak pun tidak. Hanya kelopak mata sahaja berkedip.

Sejujurnya Mikael sungguh risau dengan keadaan Nadhirah. Semalam apabila diberitahu tentang Bonda Zulaika. Reaksi yang kembar Isabella beri hanya muka kecewa. Itu saja. Tak nangis tak meraung. Luar dari jangkaan Noah dan Mikael sendiri.

• _ •

Pulang sahaja ke rumah, Nadhirah terus masuk ke dalam bilik tidur. Mikael tidak mahu mengganggu, jadi dia hanya duduk di dalam bilik kerjanya.

Lama dia duduk dalam bilik kerja itu sambil menyelesaikan kes Bonda Zulaika. Dia hanya diarahkan untuk cari rumah itu milik siapa.

Walaupun dia sedang serabut dengan kerja, pemikirannya tidak sesaat melupakan isterinya yang berada di dalam bilik berseorangan.

7.30 pm , Maghrib

Mikael melihat jam di dalam laptopnya. Sudah masuk waktu maghrib. "Solat sekali lah." Katanya bersendirian, ingin mengajak Nadhirah solat maghrib berjemaah.

Dia menuju ke bilik. Dia ternampak tubuh isterinya yang sedang tidur di atas katil. Dia mendekat.

Wajahnya pucat. Matanya sembab. Pasti dia menangis sampai habis air mata. Batal yang dipeluk pun basah, mungkin air matanya.

Mikael tak sampai hati ingin mengejutnya. Tapi dah masuk waktu maghrib, nak tak nak kena solat.

"Nadhirah..." lembut suara Mikael cuba mengejut isterinya.

Senyap.

Mikael mengejut Nadhirah lagi tetapi kali ini Mikael menepuk bahunya. "Nadhirah? Bangun dah maghrib."

"Nadhirah? Hei, Nadhirah Isabella." Tiada reaksi lagi. Mikael menepuk lembut pipi Nadhirah. Nadhirah tidak menunjukkan apa-apa respon.

Mikael mula gelabah. Dia mengangkat tubuh badan isterinya cara bridal style.

Perasaannya mula risau. Otaknya kacau dengan pemikiran yang negetif. Hatinya tak habis-habis menyalahkan diri sendiri kerana meninggalkan Nadhirah berseorang dalam bilim.

Sepatutnya dia sebagai suami perlu menemani isteri dalam kesedihan.

• _ •

Nadhirah ditahan dalam hospital. Doktor mengatakan bahawa Nadhirah menelan sesuatu ubat yang membuatkannya pengsan dalam tidur. Dia tidak pasti berapa banyak ditelan oleh Nadhirah. Tetapi, jika Nadhirah overdose... lambat sedikit sahaja nyawanya akan berhenti.

Mikael masih belum menunaikan solat maghrib. Dia menuju ke surau hospital untuk menunaikan solat.

'Ya Allah, sesungguhnya aku seorang hamba yang berdosa. Aku tidak pandai dalam doa, tetapi Engkau saja yang Maha Mendengar segala isi hati aku. Aku gagal melindungi isteriku Ya Allah. Kau bimbinglah aku ke jalan yang benar. Jika, ada jalan yang terbaik. Engkau pimpin lah aku dan keluargaku ke jalan yang lurus dan jalan yang Engkau redhai. Aamiin...' doa Mikael.

Isabella | OGWhere stories live. Discover now