Part 14

45 5 2
                                    

The Isabella Sisters

Nadhirah mengambil langkah ke bilik air. Muka mamai otak blur memang tak fikir apa dah, cuma dia tahu ambil wudhuk untuk solat subuh.

Cermin di pandang. Muka mamai pun masih cantik. Memang serupa wajah bonda. Mata yang sama bentuk seperti ayah. Kulit cerah dan mulus ikut bonda.

Sebutir air mata jatuh ke pipi. Teringat pada bonda dan ayah. Rindu tak terhingga. Especially bonda yang telah hilang tidak dapat di jejak sehingga sekarang.

Mikael dengan pantas ke arah bilik air. Pintu di ketuk dengan kuat. "Dhirah! Dhirah!" Jeritnya.

Nadhirah tersentak terdengar suara dan ketukkan dari suami nya. Terus dia membuka pintu untuk melihat suami nya di luar.

Wajah Nadhirah di papar di hadapan Mikael. Pipi isterinya di tekup. "Kau alright tak? Kau sakit ke? Kau cedera ke?" dengan suara yang agak risau di lontar kan bersama dengan pelbagai soalan.

Nadhirah berkerut. Apa pagi-pagi suami aku ni? Buang tebiat ke? "Kenapa? Saya okay. Awak kenapa?" Ujar Nadhirah.

Mikael menarik tangan isterinya menuju ke katil. Apabila langkah mereka berhenti di hadapan katil, mata Nadhirah mula terbeliak.

Darah...

Si suami memerhati belakang tubuh si isteri. Nafas di hembus lega. Datang bulan rupanya isteri aku ni.

"Dah kau pergi mandi tukar baju. Aku buat benda ni." Kata Mikael.

Nadhirah masih terkaku melihat cadar yang terkena darahnya. Mikael membuka cadar untuk di basuh. Tiba-tiba satu pelukkan hinggap di belakang nya.

Mikael terkejut. Di memusingkan badan nya. Si isteri sedang memeluk nya. "Terima kasih awak." Kata Nadhirah

Mikael membalas pelukkan tersebut. "It's okay sayang." Belakang Nadhirah di usap. Alahaiii apesal lah time time period isteri ku jadi emotional ni.

Pelukkan di leraikan. "Dah pergi mandi tukar baju. Nanti kita breakfast kat luar barang dapur dah habis." Ucap si suami.

Nadhirah mengangguk akur.

•_•

"GOOD MORNING!!!" Jerita Noah.

"Ish! Apa benda Engkau memekak pagi-pagi macam lembu ni!" Balas Nadhurah.

Milea tertawa saat Nadhurah berkata 'macam lembu' HAHA lembu memekak ke? Tak tahu pula.

Noah mendekat. "Engkau tu yang patut diam. Tu, tengok Milea tu buat kerja. Kau duduk sini macam ma'am besar. Dah pergi sana buat kerja!" Kata Noah

Nadhurah melihat Milea yang sedang menyusun pinggan yang di basuh tadi. Nasi goreng pun Milea yang masak. Yang hidangkan pun Milea.

Kalau hari biasa subuh pun Milea yang kejut. Silap-silap nanti semua benda Milea yang sediakan. Nadhurah ni kalau dah malass memang tahap dewa malas dia.

Kalau rajin tak payah cakap. Belum subuh pun dia dah terpacak di sejadah. Jarang sebenarnya Nadhurah rajin. Tetapi Nadhirah di sebalik nya.

"Kau ni dah lama hidup ni. Memang nak minta mampos hari ni ke?" Amarah Nadhurah sudah di lontar dengan kata kata.

Noah menjeling. "Elehhhh nak bagi aku mampos, Kau lah mampos dulu! Semalam dah rosak kan kerusi aku tak nak minta maaf!"

"Siapa suruh Kau makan chip aku!" Balas Nadhurah.

"Nama Kau ada dekat paket chips tu ke?!" Balas Noah

Mereka saling Balas membalas manakala Milea masih memproses apa yang mereka berdebat. Bukan Milea sahaja, bodyguard yang menjaga bilik yang berdekatan pun sedang memproses otak apa yang jadi.

Terpekik terlolong di teruskan.

"Kerusi Kau tu aku boleh ganti lah!"

"Ha ganti lah!"

"Engkau yang kena ganti chips aku dulu!"

"Eh? Kau tu menumpang je! Ni rumah aku! Apa yang ada dalam ni semua aku punya!"

"Aku pun tak hamak lah duduk rumah kau! Kalau aku ada rumah aku tak payah lah duduk rumah kau!"

"Ha! Berambus lah!"

"HEI HEI! Apa kecoh kecoh ni? Isabella? What are you doing?!" Kata cik minah host universe.

Nadhurah menjeling pada mereka berdua. Dah datang dah minah acah universe ni. Suka hati je masuk tanpa pengetahuan, lepas tu ikut campur pergaduhan aku. Terajang kang baru tahu.

Noah menghela nafas. "Dah lah. Nanti aku belikan." Katanya

Bebola mata menuju ke hujung mata. Eleh! Bila ada minah kepret ni baru nak beli, nak tunjuk dia hero yang mengalah dan gentlemen lah tu.

"Whatever" Langkah keluar dari dapur. Milea juga turut ikut bersama. Tugasnya hanya perlu di samping Nadhurah. Entah lah.. memang kerja dia nak buat macam mana kan..

•_•

STARBUCKS

Pagi-pagi breakfast Starbucks. Cuba breakfast mamak ke, food court ke, apa barang breakfast starbucks??

"Awak lepas ni ke pergi mana?" Tanya Nadhirah.

Mereka pun berada di China. Jadi tak salah kalau tanya nak pergi mana. Jarang bersiar-siar luar negara. Lagi-lagi Nadhirah yang asyik terperap dari kecil sampai ke Alam dewasa.

Mikael memandang isteri nya. "Kita pergi shopping mall nak?" Katanya. Dalam banyak-banyak tempat yang menarik shopping mall juga dia pilih.

"Kenapa nak pergi shopping mall? Awak nak beli apa?" Tanya Nadhirah lagi.

"Aku nak beli something" Ujar Mikael. Nadhirah mengangguk tanda 'okay'.

Tidak tahu kenapa dia rasa malu apabila dia mahu memberitahu Nadhirah. Selama bertahun-tahun dia ulang-alik ke luar negara, sekali pun dia tidak pernah ke shopping mall kecuali shopping mall di Malaysia.

Mungkin bagi nya apa yang ada di luar negara, ada di Malaysia. Tapi belum pergi belum tahu.

Seorang perempuan mendekati dan menghidangkan makanan yang di pesan oleh mereka. Jangan risau, ni Starbucks pekerja melayu.

Lepas makanan telah di letakkan di atas meja perempuan itu bertanya. "You abang dia ke?" Sambil ibu jari menunjuk ke arah Mikael kemudian ke Nadhirah.

"Suami." Jawab Mikael.

"Oh." Hanya itu yang terkeluar dari mulut nya. Kemudian terus dia beredar.

Nadhirah tersenyum malu. Mikael mengaku dia suami aku weyh! Fulamakkkk! Jap... Muka aku ni sama dengan muka Mikael ke apa?

Si suami memandang si isteri yang masih tersenyum-senyum memandang makanan. Elehhh suka lah tu.

"Comel.." bisik Mikael kemudian menyuapkan dirinya dengan makanan.



Yeye, tahu dah lama tak update. Rilekkk~~

Isabella | OGWhere stories live. Discover now