END♡

960 182 113
                                    


"Kenapa korang suruh aku datang rumah umi dengan walid ni?" Naura menyoal Jaemin dan Dina yang berada didepan dia.

Tak ada ribut tak ada angin tiba-tiba je paksa orang balik rumah umi dengan walid. Diorang ingat dia tak ada kerja ke? Dah la tengah ajar suami masak maggie. Tak ada la nanti susah-susah kena menghabiskan lima packet maggie lagi.

"Aku sebenarnya..." Jaemin teragak-agak ingin memberitau berita tersebut.

"Sebenarnya apa?" Soal umi pula sambil tangan masih mengscroll applikasi whatsapp untuk mencari tupperware baru.

Jisung dan walid pula hanya memandang Jaemin dan Dina. Jisung pun sebenarnya bengang dengan abang ipar dia sebab tiba-tiba sahaja memanggil dia untuk kemari kalau tak dia dah boleh show off kat ustaz mail yang dia boleh masak maggie. Walid pula hanya menunggu jawapan anak dan menantu sulungnya itu. Kalau berita baik Alhamdulillah kalau tidak baik nauzubillah.

"Aku sebenarnya..."

Berkerut dahi Naura menahan sabar dengan ayat abang dia. Apa masaalah diorang ni? Jangan sampai dia tarik rambut lelaki tu sebab dah tahan sabar sangat. Orang tengah bulan mengambang ni.

"Kau nak cakap apa dia sebenarnya ni?" Naura menyoal lagi.

"Aku sebenarnya mengandung. Eh Dina , dina yang mengandung."

Ternganga Naura dibuatnya. Umi pula sampai terjatuh fon kelantai akibat terkejut. Walid tak berhenti-henti ucapkan Alhamdulillah.

"Arrrr congrats Dina!!!" Naura pegi kearah Dina dan memeluknya.

"Apa kau peluk bini aku ni. Sana lah!" Jaemin menolak-nolak Naura yang masih lagi memeluk Dina tetapi Naura buat derk je. Lantak ko la.

"Congrats Jaemin." Jisung menganggkat kedua-dua keningnya.

"Thanks."

"Alhamdulillah, bertambah keluarga kita lagi." Walid menganggkat kedua tangannya seperti tanda bersyukur.

Mereka tergelak gembira. Tak sabar semuanya hendak menanti kehadiran si kecil itu yang mungkin akan lahir lapan bulan dari sekarang.

Jaemin memandang Naura dan Jisung yang bergelak ketawa mendengar cerita Dina tentang pengalamannya hendak mengetahui yang dirinya mengandung ataupun tidak. Nyaris tak pergi klinik lain lagi, kalau tidak lengkap sepuluh klinik diorang pegi untuk memastikan Dina mengandung ataupun tidak.

Diorang nampak happy seperti tiada luka yang diorang pernah alami sebulan lepas. Sedikit pun tak nampak dari air muka mereka berdua yang mereka cemburu ataupun dengki.

Jaemin agak pening ingin memberitau mereka ataupun tidak kerana Naura baru sahaja keguguran. Tak manis la orang katakan. Mencerita kebahagian kita didepan orang yang tengah berduka dak gitu?

Tapi apa yang dilihatnya sekarang membuatkan hatinya lega. Dia hanya berharap tiada lagi cubaan yang berat untuk rumah tangga adiknya. Biar ringan-ringan dan sepoi-sepoi bahasa je gitu.

"Kan saya dah cakap, diorang okay punya." Dina berbisik ditelinga Jaemin sambil menghadiahkan sebaris senyuman.

Jaemin hanya membalas senyuman tersebut dan mencium kepala Dina yang disandarkan di bawah lenganya.

•••••••••

"Bah! Buat apa tu?" Jisung yang baru sahaja masuk kedalam bilik menyoal kepada Naura yang sedang duduk didepan cermin meja solek.

"Tengok ni crown saya masa sanding hari tu." Dia menunjukkan crown yang berwarna lutsinar dan disaluti manik itu kepada Jisung.

Nampak mahal tapi sebenarnya beli kat mr.diy je.

"Berapa juta crown ni sayang?" Jisung membelek-belek crown tersebut. Sengaja dia melontarkan ayat loyar buruknya untuk menceriakan hati si isteri yang dari tadi nampak murung sahaja.

"Sebelas juta ada juga." Dia pun tak nak kalah meloyar buruk dengan muka datarnya.

"Tapi dengar cerita ada member beli dekat mr.diy je. Yang mainan budak-budak selalu main kahwin-kahwin tu."

Tergelak kecil Naura. Dia memukul perlahan bahu Jisung.

"Bak la balik." Dia cuba merampas semula crown tersebut.

"Tak nak try pakai lagi?" Soal Jisung. Dia sedar sangat yang sebenarnya membuat Naura murung itu disebabkan gambar kahwin mereka.

Maybe dia rasa insecure dengan muka dia yang dulu. Tapi sebenarnya Naura yang dulu lagi insecure dengan Naura yang sekarang disebabkan suami dia bertambah sayang dua marhalah lagi dengan dia. Ha gitueww. Naura pliss flex sikit.

"Dah la, nanti awak simpan balik crown ni." Naura ingin berlalu pergi tapi tangannya sempat ditarik oleh Jisung.

Jisung menariknya berdiri didepan cermin tersebut. Crown tersebut diletakkan diatas kepalanya oleh Jisung. Naura hanya berdiam diri.

Setelah Jisung melakukan perkara tersebut. Dia meletakkan kepalanya kebahu Naura dan tangannya memeluk tubuh Naura dari belakang.

"Awak cantik Naura. Kalau saya boleh pilih Naura yang dulu ataupun Naura yang sekarang, saya akan pilih yang sekarang."

Naura hanya diam mendengar apa yang Jisung katakan.

"Tanya la kenapa."

"Kenapa?" Soal Naura.

"Sebab Naura yang sekarang lebih kuat dari Naura yang dulu. Awak berjaya sayang, hadapi rintangan hidup awak yang berat ni."

"Bukan semua orang boleh jadi macam awak. I'm so proud of you."

Naura mengangguk sambil tangannya mengusap muka Jisung. Air mata yang tak dapat ditahannya dia biarkan sahaja mengalir.

"Macam awak kata sebelum kita kahwin dulu. Allah tarik satu tapi mungkin Allah akan bagi lebih so... manataukan kita dapat kembar pulak lepas ni."

Laju Naura menolehkan badan memandang Jisung. Dahinya berkerut seperti menahan marah tapi tiba-tiba dia memberikan senyuman lebar kepada Jisung.

"Maybe, we will see."

Muka Jisung yang tadi cuak bertukar lega. Hidung Naura dicubitnya.

"Thank you sayang, sebab hadir dalam hidup saya."

Naura tersenyum mendengar ayat Jisung.

"Cliche, jom ngaji. Saya khatam awak berlanja saya mcd eee" Naura menarik Jisung.

Dia berharap bahagia ni akan kekal selamanya. Biar orang lain pergi tapi jangan aku pergi dari hidup dia.

The end.

Tq yang sudi baca dan vote.
Luv yall- dari Naura dan Jisung. Bye.

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now