BAB 5

407 33 1
                                    

PUAN Zaiton memerhati saja Alia yang sibuk bermain dengan Danish

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PUAN Zaiton memerhati saja Alia yang sibuk bermain dengan Danish. Dia menjeling.

"Aku ni macam tunggul pula tak dilayan ye,” bidas Puan Zaiton.

Alia menoleh, dia tahu mama bercakap tentang dia. Tapi tak akanlah dia mahu tinggalkan Danish? Danish tidak sihat.

"Maaflah mama, Alia kena tengok-tengokkan Danish. Danish tak sihat," ujar Alia lembut.

"Alah, alasan!" sindir Puan Zaiton, dia menghirup air tehnya.

Alia hanya mendiamkan diri. Bukanlah dia berniat mahu mengecilkan hati mama mertuanya itu tapi dia juga ada hal penting yang mahu dibuat sekarang.

Puan Zaiton menjeling tajam ke arah Alia. Benci betullah dia pada Alia. Sejak dulu lagi. Kalau bukan kerana terdesak mahukan cucu, tak akan dia terima Alia.

---

Puan Zaiton hampir saja dapat serangan jantung bila mendengar cerita daripada Hazana tentang latar belakang Alia Natasha.

"Kenapa baru sekarang nak bagitahu mama? Kenapa tak awal-awal lagi?" marah Puan Zaiton.

Hazana melepaskan keluh panjang.

"Mama ni kenapa? Alia tu okey lah mama," kata Hazana.

"Okey? Okey dari mana Zana?" Puan Zaiton mengambil nafas. "Tahu tak dia tu anak yatim piatu? Tak ada keluarga? Tahu tak?" sambung Puan Zaiton, patutlah nalurinya sudah tidak baik sejak dia lihat Alia datang ke rumah.

"Mama!" seru Hazana. "Mama sedar tak apa yang mama cakap sekarang?" Hazana menggeleng kepala.

"Betullah apa kata mama. Dia tu takda keluarga. Nanti habis rosak keturunan mama!" hina Puan Zaiton, dikipas mukanya dengan tangan.

"Tak baik lah mama cakap Alia macam tu. Kesian dekat Alia," Hazana kasihankan Alia.

"Ah, apa nak peduli? Dia punya pasallah dia takda keluarga. Ish, menyesal betul mama kahwinkan dia dengan abang kau!" Puan Zaiton mendengus kasar.

"Elok je abang dengan Alia tu sekarang, bahagia je..." ujar Hazana perlahan.

Mata Puan Zaiton tepat menikam anak mata Hazana. Hazana menunduk.

"Bahagia? Kejap je tu. Nanti lambat laun mesti dia orang bercerai berai!" bidas Puan Zaiton.

Hazana mengucap di dalam hati. Sebabkan Alia Natasha anak yatim piatu, mamanya mahu menyesal menerima Alia?

SEINDAH TAKDIR ✅️Where stories live. Discover now