tujuh

234 26 11
                                    

Satu bakul pakaian yang sudah dicuci itu dijemur dengan cantik dan tersusun. Diikuti pula dengan pokok bunga matahari yang ditanam kemas di tepi pagar rumahnya. Adriana menyiram pokok bunga itu ceria. Gembira pokok bunga yang ditanamnya membuahkan hasil.

Langkah kaki diatur menuju masuk ke dalam rumah. Banyak perkara yang dia perlu siapkan hari ini. Weekend katakan! Selipar yang dipakainya disusun di atas rak kasut. Laju matanya menangkap sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kotak berbentuk hati itu dicapai dan dibawa masuk. Adriana membelek kad ucapan yang disertakan dengan kotak tersebut.

'I hope you'll like it sayang-H'

Satu demi satu perkataan diteliti. Nama pengirimnya bermula dengan huruf H! Adriana tersentak. Mungkin Harfiey Rafiq? Lelaki yang menyerangnya tempoh hari di kafe!

Kotak yang bewarna merah dan bercorak cantik itu dibuka. Patung teddy bear yang berwarna merah jambu itu terletak kemas di dalam kotak. Adriana mengambil satu lagi kad ucapan yang disertakan di dalam kotak itu.

Maafkan I tentang apa yang berlaku tempoh hari. I banyak sakitkan hati you! I mintak maaf sangat-sangat! I love you sayang! - H.

Bait-bait yang ditulis dalam kad ucapan itu dibaca satu per satu. Satu senyuman sinis terbentuk di bibir mungil itu. Dia tidak sebodoh itu! Dia tidak akan percaya lagi kata-kata yang diucapkan oleh seorang lelaki yang bernama Harfiey Rafiq. 

Cukuplah sekali dia melakukan kesilapan dalam hidupnya. Dirinya tidak pernah berasa bahagia apabila bersama Harfiey Rafiq. Jadi untuk apa lagi dia teruskan?

Kotak yang berisi teddy bear tadi diletakkan di atas meja kerjanya. Lantas matanya tertangkap pada kotak hitam yang dibiarkan sepi selama ini. Pantas saja tangannya mengambil kotak tersebut. Kotak tadi dibeleknya perlahan. Adriana tersentak.

Kain yang ditulis 'aku akan cari kau sampai ke lubang cacing sekalipun' itu ditilik. Darah yang digunakan untuk menulis ayat tersebut sudah kering  begitu saja. Perlahan jarinya menyentuh tulisan- tulisan di atas kain putih tersebut. Jarinya terhenti di akhir ayat yang ditulis.

Kenapa selama ini dia tidak perasan akan kewujudan huruf di belakang ayat tersebut? H mewakili Harfiey Rafiq? Mungkinkah? Adakah bermakna orang yang sama yang menghantar kotak-kotak tersebut?
Dia tergamam! Psycho betul mamat ni. 

flashback

Lelaki yang berpakaian kemas itu ditenung sepuas-puasnya. Matanya liar memandang perempuan yang berada di sebelah lelaki tersebut. Seksi! 'Macam mana laa taste laki ni? Tak cukup kain, huh!' kutuknya dalam hati.

Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu berpaling, lalu Adriana tersentak. Melihat reaksi wajah lelaki itu, dia juga sama!

Adriana seakan tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang. Tunangnya bersama wanita lain keluar berdua dan mereka nampak sangat mesra! Sakitnya bukan kepalang.

Pantas Adriana berdiri. Kaki dihentak kuat, dia melangkah ke arah meja makan yang berada di hadapan mejanya tadi. Satu tamparan yang agak kuat mendarat di wajah kacak itu.

"I tak sangka sejauh ni you tipu I Rafiq. Selama ni you cakap you kena pergi outstation, I percaya you. I takde nak fikir bukan-bukan sebab tu urusan kerja. I bagi you kepercayaan I, tapi apa yang I dapat? Ditipu!" kata Adriana menahan sebak.

"Baby..." rengek Emma manja. Tangan kanan Rafiq dipeluk mesra. Sengaja menaikkan lagi amarah yang sedia meletus!

"Kenapa diam? Terkejut jumpa I kat sini? Allah tu maha adil! Dia nak tunjuk perangai you yang sebenar kat belakang I!" ucap Adriana geram.

"Sayang jangan la macam ni, I boleh explain" rayu Rafiq mahu mencapai pergelangan tangan Adriana, namun cepat-cepat dilarikannya. "Yes please, I need your explanation!" ujar Adriana tanpa membuang masa.

"I dengan Emma, kitorang kawan je. Serious tak lebih dari tu" kata Rafiq yakin dan bersungguh. Emma memandang Rafiq pelik. Seingatnya Rafiq baru saja melamarnya minggu lepas.

"Baby...apa you cakap ni? You baru melamar I minggu lepas!" ujar Emma sedikit kecewa. Adriana tersenyum. Sinis!

"Harfiey Rafiq, lepaskan I. Anggap sahaja jodoh kita tidak berpanjangan" kata Adriana perlahan. Tidak mudah melepaskan orang yang disayanginya tetapi jika dia terus dilayan sebegini, dia rela.

Rafiq mengeluh. "Baiklah!  ini yang kau nak sangat kan? Mulai hari ini, kau dan aku dah takde sebarang ikatan. Puas hati kau sekarang? Yes, Emma memang bakal isteri aku! Kenapa? Sebab aku dah bosan dengan you! Aku dah bosan hadap muka kau yang macam katak pisang tu! Aku  menyampah dengan perangai kau yang tak habis-habis nak nasihatkan aku supaya tak sentuh air kencing setan tu! Puas hati kau sekarang? If  kita kahwin sekalipun, kau memang tak layak dengan aku. Sebab apa? Sebab kau miskin! sembur lelaki itu berkali - kali.

"Baby jom pergi dari sini, rimaslah" ujar Emma lalu menjeling ke arah Adriana. Rafiq dan Emma melangkah keluar dari restoran tersebut.

Adrianaa jatuh lalu menangis teresak - esak. Sungguh dia tidak sangka akan jadi begini akhirnya.

end flashback

Adriana tersenyum hambar. Kenangan pahit itu sentiasa tersimpan rapi dalam ingatannya.









Read,vote and comment!

PSYCHOPATH [ C ]Where stories live. Discover now