sembilan belas

143 20 0
                                    

"Sayang, jangan buka lagi mata tu, baby ada surprise!!" dengan nada yang agak teruja itu membuatkan Adriana tersenyum. Tidak disangka suaminya itu boleh berperangai seakan kanak - kanak.

"Dah boleh buka ke belum ni?"

Persoalan itu membuatkan si jejaka tersenyum. Kain putih yang ada di tangan di pegang seerat yang mampu.

"Sekejap lah sayang! Eee, kenapa tak menyabar sangat ni?"
"Bukan tak menyabar, baby tu yang buat sayang nak tahu sangat apa surprise tu!"

"Haih yelah, nak menang je kerja. Penat jadi suami ni. Asyik kena mengalah je dengan isteri terchenta!"

Mata dijulingkan keatas. Bibirnya di muncung kan ke hadapan. Tanda merajuk.

"Lah kata sayang, kenalah sabar!"

"Fine sayang!"

"Ha alhamdulillah sihat, eh baby cepatlah!!"

"Eish yelah, tak menyabar betul dia ni!"
Satu senyuman terukir. Hatinya berdebar. Tidak sabar untuk menunjukkan kepada si isteri hadiah yang dibelikan.

"Read-"

"Ready!"

Wajah isterinya dipandang dalam. Satu ketawa halus diletuskan. Penat melayan kerenah si isteri.

"1.."

"3!"

Keningnya bertaut. Matanya dikelipkan beberapa kali.

"Sayang, mana nombor 2?!"

"Eh, alaaa ingatkan boleh skip?"

"No, ikut urutan lah!"

"Okey, mula balik."

"1.."

"2?"

"And.."

"3!!"

Sebuah rumah banglo kini gah berdiri di hadapan mata Adriana. Hatinya kini menari - nari. Entah mengapa dia bahagia apabila dia melihat semua ini.

Di dalam diam, satu senyuman sinis mula terukir dibalik bibir yang disembunyikan. Matanya kini berubah pandangan. Pandangan yang agak tajam diberikan.

'Kau dah datang, kau tak akan keluar.'

Matanya diarahkan mengikuti gerak geri isterinya itu. Pandangan ngeri yang baru sahaja diberikan sebentar tadi diubah serta merta.

Satu senyuman manis diukirkan. Bajunya dibetulkan terlebih dahulu sebelum mengikut langkah si isteri. Tangan kecil si isteri dipimpin lembut.

"Sayang jom ikut baby!" ujar Xander dengan begitu teruja. Adriana mengikut langkah Xander yang semakin ke depan.

Bilik demi bilik ditunjukkan kepada isteri tercinta. Xander mengenggam tangan kecil milik Adriana. Xander mengeluh perlahan. "Baby, tu bilik apa?" soal Adriana setelah terpandang satu bilik yang terletak agak hujung dari bilik mereka. Pintu bilik yang berwarna merah gelap itu dipandang lama. Xander berdehem lantas mengejutkan Adriana yang sedang mengelamun itu.

"Ouh yang itu, baby jadikan stor. Banyak sangat barang" jawabnya bersahaja. Senyum paling manis diukir buat isteri tercinta. "Okay now... jom kita kemas apa yang patut, pastu kita pergi keluar makan nak?" ujar Xander lagi.

Adriana tersenyum lalu mengangguk laju. Suka dilayan sebegitu oleh sang suami.

Bagai yang dikatakan, Xander dan Adriana mengemas barang dan menyusun kedudukan perabot di dalam rumah baru mereka. Selepas selesai mengemas, Adriana dan Xander keluar untuk mengisi perut mereka yang sedia lapar itu sekaligus membeli barang dapur untuk mencukupkan kelengkapan memasak.

Tepat pukul dua pagi, Adriana terjaga dari tidurnya. Rambut yang sedikit serabai itu dibetulkan. Adriana menuruni katil dengan perlahan kerana tidak mahu mengejutkan sang suami yang sedang terlena.

Anak tangga dituruni dengan penuh berhati-hati. Adriana mencapai gelas yang disusun cantik di atas rak. Air sejuk dituangkan sedikit bagi meng hilangkan rasa dahaganya. Adriana mendaki anak tangga itu dengan laju. Entah kenapa dia merasakan ada mata yang memerhatikan segala gerak-gerinya.

Tiba-tiba Adriana terpandang ke arah pintu yang berwarna merah gelap itu. Dia mendekati pintu itu. Rasa ingin tahu tentang bilik itu menguasai dirinya sekarang. Dengan keberanian yang masih tersisa, Adriana memulas tombol pintu itu perlahan.

Setapak demi setapak dia masuk ke dalam bilik itu. Gambar - gambar yang ditampal pada dinding bilik itu diperhatikan. Alangkah terkejutnya apabila gambarnya dan ahli keluarganya terletak cantik di situ. Dia mengusap gambar itu perlahan. "Sayang buat apa ni?" sergah Xander dari muka pintu tersebut.











Read, vote and comment!
sorry slow update. (づ ̄ ³ ̄)づ

PSYCHOPATH [ C ]Where stories live. Discover now