lapan

224 27 4
                                    


Seperti biasa, Adriana memakir keretanya di bahagian belakang cafe. Pintu kereta ditutup perlahan. Kereta baru beli okay, kena la jaga elok-elok!

Matanya terarah pada seorang lelaki yang memberikan makanan kepada beberapa orang pengemis yang kelihatan lapar. 'Baiknya dia!' bisik hati kecilnya. Lelaki tadi yang merasakan dirinya diperhatikan menoleh ke belakang.

"Eh? Baru masuk kerja ye?" sapa Xander ceria. Adriana tersenyum senang. "You rupanya. Dah masuk kerja la ni jejaka kayangan oii" balas Adriana suka. Matanya dikenyitkan manja. Xander tergelak melihat perangai comel gadis itu. "Dah jom masuk kat dalam, kat luar ni panas nanti demam princess aku" ucap Xander mengusik gadis itu.

Adriana yang malu Xander menyakatnya tersenyum malu. Mukanya merah seperti udang bakar. Ish malu!

"By the way, kenapa you kasi diorang makanan" tanya Adriana polos. Xander tersenyum. Namun senyuman yang terukir kelihatan sedikit hambar. "Kita sepatutnya berbuat baik pada semua orang, tak kiralah dia kaya ke, miskin ke, kalau dia perlukan pertolongan kita mesti tolong" ujar Xander tenang.

"Tapi diorang tak mintak tolong you pun? Macam mana you tahu diorang lapar?" tanya Adriana masih tidak berpuas hati. Xander mengeluh.

"Sebab keadaan aku dua puluh empat tahun yang lepas pun macam tu" balasnya lagi. Xander tersentak! Laju betul mulutnya menjawab. Hampir pecah rahsia yang disimpan selama ini. Adriana mengerutkan dahinya. "You kat tempat diorang? Huh?" tanya Adriana lagi. Xander berhenti berjalan. Badannya dipusingkan menghadap Adriana.

Xander memegang lembut bahu Adriana. "One day kau akan tahu semuanya" ucap Xander tenang. Dahi Adriana berkerut menghadam kata-kata Xander yang diucapnya tadi. Adriana tersenyum lalu dia mengangguk . Mereka masuk ke dalam kafe dan menjalankan tugas masing-masing seperti biasa.

Adriana berlari mendapatkan Nurfa yang berada di bahagian belakang. "Babe, sorry late jalan jem" katanya lembut. Nurfa menjulingkan matanya ke atas. Ingat dia tidak nampak ke? "Jalan jem ke borak dengan Xander?" tanya Nurfa ingin menyakat rakannya itu. Adriana tersenyum ceria. Mukanya memerah menahan malu. "Gatal! Dah buat kerja sana" kata Nurfa tidak mahu membuang masa. "Baik boss yang cantik lagikan jelita" seloroh Adriana pula. "Banyaklah kau, ni kes masuk lewat pastu nak bodek aku supaya tak potong gaji kau kan?" teka Nurfa laju. Adriana tersengih.

Jam di dinding menunjukkan pukul enam setengah petang. Xander mengemaskan kaunter lalu bergerak ke arah pintu belakang. "Xander tunggu I!" jerit Adriana kuat. Langkah Xander terhenti. Terkocoh-kocoh Adriana mendapatkan Xander. "Jom balik sama-sama" ujar Adriana polos.

Xander tersenyum senang dengan perwatakan gadis itu. "Jom!" balas Xander suka. "You I nak tanya" ucap gadis itu perlahan tapi mampu didengari oleh Xander. "Tanyalah, kalau aku ada jawapan aku jawab" balasnya lalu berpaling ke arah Adriana.

"Kenapa pagi tadi you cakap yang dua puluh empat tahun yang lepas you dalam keadaan yang sama?" tanya Adriana penuh minat. Xander tersentak. Sekali lagi? "Betul nak tahu?" tanya Xander. Adriana mengangguk. "Okay princess, esok aku ceritakan kat kau" putus Xander setelah berapa minit dia berfikir.

"ADRIANA KHALESYA!"

Jerit seorang jejaka yang tiba-tiba menerpa ke arahnya. Adriana mengundur dua tiga langkah ke belakang. Siapa gerangan jejaka itu?
"Ka-kau siapa?" tanya Adriana tergagap - gagap. "Aku Hazwan Zikri, lelaki yang kau tolak mentah - mentah oleh perempuan macam kau! Kau ingat kau sempurna sangat sampaikan kau nak tolak lamaran aku?" tanya lelaki itu dengan kuat.

Adriana tergamam. Tapi dia memang tak suka perangai lelaki yang bernama Hazwan Zikri itu. Jadi lelaki itu tidak perlu mempersoalkan kenapa! Tidak perlu mengajarnya dalam membuat sesuatu keputusan. Hesy!

Lelaki yang bernama Hazwan itu bergerak ke arah Adriana laju. Pisau lipat yang berada di dalam poket hoodie yang dipakainya itu dicapai. Senyum sinis terukir di bibir lelaki itu.

Xander yang sedar akan perkara tersebut pantas menolak Adriana ke belakang. "ARGHHH!" jerit Xander kuat. Pisau lipat yang dipegang oleh lelaki tadi terkena lengan kekar Xander. Terdapat satu torehan yang agak dalam. Pantas tangannya naik menumbuk muka lelaki itu. Kakinya berkali - kali menyepak perut dan bahagian sulit lelaki itu. Lelaki yang bernama Hazwan menjerit kesakitan.

"Kau dengar sini baik - baik, Adriana Khalesya aku punya! Adriana Khalesya tunang aku dan bakal isteri aku! Kau tak layak nak ganggu atau apa - apakan dia. Faham?!" kata Xander mengingatkan lelaki tadi.

"Dah princess, hari ni aku hantarkan kau balik sampai rumah" ujarnya lagi. Adriana hanya membontoti langkah Xander. "You, sorry" kata gadis itu dengan perasaan yang bersalah. Xander tersenyum. " Takpe, aku okay! sikit je ni princess" balas Xander. Rambut Adriana yang sedikit serabai diusapnya lembut.











Read,vote and comment!

PSYCHOPATH [ C ]Where stories live. Discover now