5☘️

232 43 7
                                    

Aku masuk ke dalam rumah selepas Seonghwa menghantar aku. Memang itu rutin kita orang. Aku melihat eomma tengah melayan drama korea.

"Eomma, Hanna dah balik." kata aku. Eomma memandang aku lalu tersenyum.

"Anak eomma dah balik. Hanna naik atas mandi okay. Ni dah makan ke belum?" soal eomma dengan penuh lembut.

"Sudah. Makan dengan Hwa dekat cafe kolej. Eomma dah makan ke." balas aku dan bertanya kembali.

"Laa dah makan ke. Eomma baru nak makan dengan Hanna." ujar eomma. Perasaan serba salah mula menghurungi diri ku.

"Mianhae eomma. Kenapa tak telefon Hanna." kata aku. Hanna kau lupa ke, telefon kau dah arwah?

"Eomma dah call. Hanna yang tak angkat. Eomma ingat Hanna busy dengan assignment."

Aku melangkah ke arah eomma. Aku duduk di sebelah eomma.

"Mianhae eomma. Bukan Hanna tak nak angkat, cuma—" kata aku tergantung apabila aku mengambil telefon aku yang sudah retak.

"Telefon Hanna rosak. Hanna mungkir janji dengan appa yang Hanna akan jaga telefon ini" sambung ku. Eomma hanga tersenyum nipis.

"Tiada apa lah. Nanti eomma beli kan Hanna telefon baru okay." ujar eomma. Aku menggelengkan kepala aku.

"Hanna nak hantar kedai. Telefon ni cuma retak dalam dengan luar. Tapi, bayaran mahal sedikit. Izinkan Hanna keluarkan duit dari bank boleh tak eomma?" pinta aku.

"Ikut kamu lah Hanna. Akaun bank tu akaun kamu. Kamu dah besar, dah 25 tahun dah. Jangan membazir pula tau." balas eomma. Aku tersenyum lalu memeluk tubuh kurus eomma sambil mengucap terima kasih.

"Eomma bila Han oppa nak balik. Hanna rindu dengan Han oppa." tanya ku manja. Yelah dah tiga bulan Han oppa tak balik dari Australia. Study dekat sana.

"Dengar berita, minggu depan abang kamu balik. Tapi tak tahulah. Abang kamu kan dekan kat kolej dia." balas eomma. Aku mencebik.

"Hanna naik atas nak mandi tau. Eomma sambung lah drama goblin ni. Jangan curang dengan appa pula bila tengok Changwook." usik aku. (Changwook kan?). Eomma menampar bahu aku.

"Apa pula kata macam tu" kata eomma dengan tersenyum malu. Eleh macam lah aku tak tahu eomma minat gila dengan Changwook tu.

Aku naik ke atas untuk membersihkan diri aku. Nak bersiap-siap untuk pergi kedai telefon.

☘️

Author pov

Wooyoung berjalan-jalan di sekitar pekan Seoul. Dia memasukkan kedua tangannya di dalam kocek. Dia melalui di sebuah kedai telefon. Dia berhenti. Tiba-tiba dia teringat hal tengah hari tadi.

"Bodoh kau Wooyoung pergi pijak telefon dia kenapa, dah lah itu phone ayah dia bagi. Haih pabo lah kau." ujar Wooyoung seorang diri lalu masuk ke dalam kedai tersebut.

Pada masa yang sama, Hanna juga masuk ke dalam kedai telefon dengan hanya mengenakan baju hoodie lengan pendek dengan seluar jean warna hitam pekat.

"Uncle, saya nak repair telefon." pinta Hanna. Uncle Kim menyuruh salah seorang pekerjanya melayan Wooyoung.

Wooyoung memandang tepi dan terkejut melihat Hanna tanpa berkaca mata sedang mengeluarkan telefonya. Dia yakin gadis itu tak perasaan akan dirinya.

"Boleh saya tolong?" tanya pekerja itu.

"Bagi saya telefon tu, warna gold tu. Hah ye." balas Wooyoung menunjukkan Iphone sama persis dengan telefon milik Hanna. Selepas membeli Wooyoung keluar dari kedai itu.

"Uncle boleh repair telefon ni?" tanya Hanna. Uncle Kim mengambil telefon Hanna dan membelek-belek.

"Boleh je, cuma bayaran mahal sedikit. Sebab retak dalam dan luar ni." balas Uncle Kim.

"Saya tak kisah. Asalkan telefon ni boleh hidup." ujar Hanna. Uncle Kim mengangguk lalu meletakkan telefon Hanna di tempat sepatutnya.

"Esok atau lusa kamu boleh ambil telefon ini. Kirim salam dekat eomma kamu." kata Uncle kim. Hanna mengangguk lalu keluar dari kedai itu.

☘️

Aku rasa ff ni panjang sikit. Sebab—

Tak tahu sebab apa😂

[C] LOVE WARNING |JUNG WOOYOUNG|Where stories live. Discover now