14☘️

186 37 5
                                    

Hanna tersedar dari pengsan. Dia melihat sekeliling, ini biliknya. Jeonghan masuk ke dalam rumah sambil menatang dulang yang berisi mangkuk bubur.

"Ssaeng dah sedar." ujar Jeonghan. Hanna bingung. Jeonghan yang faham dengan muka kebingungan adiknya segera memberitahu hal sebenar.

"Ssaeng pengsan dekat sekolah. Demam." beritahu Jeonghan. Hanna mengangguk perlahan.

"Siapa yang bawa Hanna balik." tanya Hanna.

"Ermm Jung Wooyoung tak silap. Hah Wooyoung." balas Jeonghan. Mata Hanna terbeliak.

"What!? Mamat tu?" soal Hanna tidak percaya. Mungkin salah dengar kut.

"Betul lah. Kenapa?"

"Tiada apa-apa hehe." Hanna tersengih. Jeonghan menggelengkan kepalanya.

"Makan bubur ni biar kambuh sikit demam tu. Esok tak payah pergi class." Jeonghan mengambil mangkuk bubur dan memberikan kepada Hanna.

"Suapkan" pinta Hanna. Jeonghan mencubit hidung adiknya. Dia mula menyuapkan bubur ke dalam mulut si adik.

"Oppa cuti sampai bila." tanya Hanna.

"Oppa kolej sini jelah. Jaga Hanna." balas Jeonghan. Hanna mengerutkan dahinya.

"Takkan sampai macam tu. Oppa dah belajar sampai luar negara tup tup tup nak kolej sini pula. Hanna boleh jaga diri lah."

"Siapa nak jaga Hanna. Oppa boleh je kolej sini. Lagipun, oppa dekat sana bukan ada kawan sangat." ujar Jeonghan.

"Seungcheol oppa, Joshua oppa tu siapa pula. Unta dengan jerung." soal Hanna. Jeonghan hanya tersengih sahaja.

"Haah, unta dengan jerung sesat kawan dengan oppa." balas Jeonghan seraya ketawa kecil. Hanna mendecit.

"Seunta-unta sejerung-jerung pun, tetap handsome kalah oppa." usik Hanna.

"Oppa lagi handsome dari diaoranhlah. Ini Yoon Jeonghan lah. Handsome dengan cantik." ujar Jeonghan riak.

"Betul lah tu cantik. Sampai kawan-kawan sekolah rendah Hanna ingatkan Hanna lesbian dengan oppa." sindir Hanna. Masih dia teringat yang dia kena kecam akibat bercinta dengan perempuan. Like what!? Itu abang aku kut, oh lupa masa tu dia bela rambut panjang sampai ke bahu. Aku yang perempuan tulen pun insecure dengan kecantikan oppa aku.

"Dah nak macam mana oppa terlalu cantik untuk di jadikan perempuan." Jeonghan memuji dirinya sendiri.

"Masuk bakul angkat sendiri."

"Nanti oppa bela rambut panjang lagi eh. Sampai pinggang."

"Kalau nak Hanna gunting rambut oppa sampai botak bela lah." ugut Hanna. Jeonghan mendecit.

"Yelah yelah, habiskan dulu bubur lepastu makan ubat." pesan Jeonghan.

"Kalau tak makan tak boleh eh."

"Makan" kata Jeonghan tegas. Hanna mencebik. Dia menghabiskan bubur dan makan ubat sekali gus. Berkerut mukanya menahan pahit ubat.

"Good girl. Dah tidur." Hanna membaringkan dirinya dan melelapkan mata. Jeonghan keluar dari bilik Hanna dan menutup pintu.

☘️

Rindu rambut Jeonghan yang dulu.

....

Vote and comment❤

[C] LOVE WARNING |JUNG WOOYOUNG|Where stories live. Discover now