4☘️

234 43 4
                                    

Hanna duduk di salah satu bangku yang berada di rooftop. Dia melihat telefonnya yang sudah retak dalam dan luar. Air matanya mengalir apabila mengingat janji antara appa dengan dia.

"Hanna, appa bagi ni sebab appa nak Hanna guna sebaiknya. Janji dengan appa jaga telefon ni elok-elok." ujar Tuan Yoon kepada Hanna yang baru berusia 15 tahun. Hanna yang duduk di sebelah abangnya, Jeonghan mengangguk seraya tersenyum gembira.

"Hanna janji, Hanna akan jaga sampai bila-bila. Hanna takkan tukar telefon sekali pun. Hanna sayang appa." kata Hanna. Tuan Yoon mengusap rambut anak bongsunya. Jeonghan yang masih membelek-belek telefon segera memeluk Tuan Yoon.

"Terima kasih appa belikan telefon untuk Han. Han akan jaga telefon ni macam nyawa Han." ujar Jeonghan.

"Jangan terlalu taksub okay." pesan Tuan Yoon. Jeonghan dengan Hanna mengangguk laju.

Ting tong.

Hanna memandang pintu dan melihat Seonghwa berada di depan rumahnya. Dia tersenyum lalu berlari ke arah Seonghwa.

"Hwa! Aku dapat phone." kata Hanna ceria. Seonghwa ketawa kecil.

"Eleh aku pun adalah. Jom keluar pergi taman." ajak Seonghwa. Hanna memandang appanya.

"Appa, Hwa ajak Hanna pergi taman. Boleh tak?" tanya Hanna. Tuan Yoon mengangguk. Hanna menarik tangan Seonghwa.

"Maafkan Hanna sebab tak jaga telefon Hanna." ujar Hanna bersama tangisan. Sudahlah itu je harta terakhir sebelum appanya pergi meninggalkan buat selama-lamanya di sebabkan kemalangan jalan raya yang dahsyat.

"Hanna kau okay tak?" soal Seonghwa lalu duduk di sebelah Hanna.

"Phone aku Hwa. Ni je harta terakhir appa bagi sebelum appa tinggalkan aku." balas Hanna. Seonghwa memeluk bahu Hanna untuk menenangkannya.

"Dah tak mahu menangis. Buruk muka kau bila nangis." pujuk Seonghwa lalu mengelap air mata Hanna yang turun dari pipi. Kalau di lihat daripada jauh, orang boleh salah anggap yang mereka ni kekasih padahal mereka hanya berkawan baik yang sudah berjanji untuk tidak mempunyai apa-apa perasaan cinta.

"Macam mana ni Hwa, semua kenangan aku dengan appa ada dalam phone ni. Kalau aku boleh bunuh Wooyoung tu dah lama aku bunuh." kata Hanna.

"Beli baru lah. Just tukar simcard dengan memori." balas Seonghwa. Hanna memandang Seonghwa tajam.

"Aku dah janji dengan appa tak nak tukar phone walau macam mana sekali pun. Phone ni dah 10 tahun dengan aku. Ingat boleh lepas ke." marah Hanna.

"Aku repair jelah." sambungnya. Seonghwa mengetuk kepala Hanna.

"Mahal lah. Boleh cecah 45 ribu won sebab phone kau retak dalam dengan luar. Lagi-Lagi telefon kau jenis IPhone. Mahal lah jadinya." kata Seonghwa.

"Biarlah asalkan aku tak tukar telefon." ujar Hanna.

"lantak kau lah Hanna, duit kau bukan aku."

"Yelah Hwa sayang." kata Hanna lalu menyandarkan kepala di bahu Seonghwa. Seonghwa mendecit.

Wooyoung yang melihat ke akraban mereka hanya menatap.

"Kau kenapa young?"

☘️

Korang boleh faham macam mana diaorang rapat. Daripada kecik diaorang dah berkawan rapat.

Jeonghan maybe ada masuk atau tak.

Vote and comment❤

[C] LOVE WARNING |JUNG WOOYOUNG|Where stories live. Discover now