special chapter♡

1.2K 177 145
                                    


Naura duduk disebelah Jisung yang sedang sibuk menanda kertas periksa anak murid dia. Secawan milo diletakkan diatas meja.

"Banyak lagi ke?" Soal Naura.

"Tak ada la banyak sangat. Ada dalam satu kelas je lagi."

Mata Jisung tidak lekang dari kertas jawapan tu membuatkan Naura mencebik. Dah la air didepan dia pun tak dihiraunya.

Jisung yang perasan akan Naura yang tiba-tiba senyap menoleh memandang Naura. Terpampang muka isteri dia yang sudah seperti budak dua tahun tak dapat aiskrim.

"Awat muncung lagu tu?" Dia menyelitkan rambut ketepi telinga dia.

"Awak ni memang tak boleh tak pegang pen eh dalam sehari tu?"

Berkerut dahi Jisung mendengar soalan  Naura. Isteri dia ni lupa ke buat-buat lupa yang diri dia tu kahwin dengan cikgu? Kalau tak nak hari-hari pegang pen kahwin la dengan pak andam. Hari-hari pegang brush.

"Tak boleh." Jawab Jisung sepatah lalu mengambil secawan milo yang Naura buatkan tadi.

Kecik besar-kecik besar je Naura tengok lelaki depan dia ni. Dah nak dekat lima tahun kahwin pun tak tau ke yang isteri dia tengah merajuk ke apa.

"Kenapa milo ni rasa lain eh?" Soal Jisung tiba-tiba selepas meneguk air.

"Saya letak ubat gegat dalam tu. Sebab tu rasa lain sikit kan?"

Jisung membuat muka toye. Baru nak buat pickup line sikit dah tak jadi. Nasib tak ada Jaemin dalam rumah tu kalau tak mesti ejek yang diri dia tak gentle man.

"Dah la saya nak layan kdrama. Awak layan la kertas-kertas ni, kesian diorang tak ada sapa tanda."

Belum sempat Naura ingin bangun dari duduk dia tadi Jisung sempat menyambar tangan kanan milik dia dan menarik dia untuk duduk ditempat asalnya semula.

"Nah, minum ni." Jisung menghulurkan cawan tadi kepada Naura.

Naura menggeleng. Berkerut dahi Jisung. Gelabah diri dia bila Naura tak nak minum. Betul-betul letak ubat gegat ke bini aku ni?

"Okay la, tak nak sudah. So... awak nak apa sekarang?"

Naura memandang mata Jisung dalam. "Saya nak awak layan saya. Sejak dua menjak ni awak asyik sibuk tanda kertas je sampai saya pun awak tak layan."

"Ta-"

"Saya rasa macam saya ni dah dimadukan dengan kertas periksa benda semua ni tau?" Naura kembali menjuihkan bibir dia. Kepala ditundukkan hanya mata memandang mata Jisung yang tidak berkelip mendengar dia membebel tadi.

"Alolo, kesiannya dia. Nak saya layan?" Jisung mengusap-ngusap dagu Naura seperti mengusap dagu kucing.

Naura pula mengangguk menjawab pertanyaan Jisung.

"Jom saya layan awak tengok kdrama nak? Senyum la sikit adik manis."

Naura tersenyum apabila plan dia untuk rosakkan rumah tangga Jisung dan kertas periksa anak murid Jisung tu berjaya.

"Jom!"

Laptop Jisung yang berada diatas meja dicapai oleh Naura dan dibukanya.

Jisung pula hanya menatap wajah Naura yang sedang ligat mencari drama yanh sesuai untuk mereka tonton.

"Apa tengok-tengok?" Soal Naura apabila perasan akan Jisung.

"Awak cantik la sayang."

Rambut Naura panjang paras bahu Naura diusapnya lembut. Mata tidak lepas dari memandang wajah bersih isteri dia. Naura turut melakukan perkara yang sama,Memandang Jisung.

"I love you." Bisik Jisung ditelinga Naura.

Tergelak kecil Naura apabila terasa geli akibat kelakuan Jisung tadi. Tangan dia juga sibuk mengusap pipi Jisung.

"Saya tak tau perkara baik apa yang saya pernah buat selama saya hidup ni sampai Allah bagi saya suami perfect ten macam awak ni."

"Maybe awak tak ada buat apa-apa sebabtu Allah hantar saya."

Berkerut semula dahi Naura. "So, awak nak cakap yang saya ni tak pernah buat benda baik lansung la?"

"Eh mana ada."

"Habistu?"

"Maksud saya..."

"Kau ni Irfan! Dah la lahir dalam kereta!"

"Kau pun sama la! Werk"

Belum sempat Jisung ingin menjawab pertanyaan Naura tadi. Terdengar suara anak mereka diruang tamu.

"Jap saya tengok anak-anak." Naura bangun dari duduk dia dan berlalu pergi ke ruang tamu.

Jisung menghela nafas. Potong line aje la budak kembar dua ekor tu.

"Papa! Tengok Irfan ni!" Suara budak perempuan dari ruang tamu kedengaran.

Jisung tak ada cara lain lagi. Dia juga perlu ada disana untuk tengok keadaan anjing dan kucing tu.

Sampai sahaja dia di ruang tamu. Ada seorang budak perempuan berlari dan memeluk kaki dia seperti panda melekat dekat pokok.

"Kenapa ni Irma?" Anak perempuan yang rambutnya diikat kiri kanan diangkat oleh Jisung dan lehernya dipeluk oleh anak perempuan yang bernama Irma Syalia tersebut.

"Irfan ambil candy Irma."

"Mana ada! Ni Irfan punya dia yang curi."

Naura yang duduk diatas sofa sebelah Irfan menolak lembut belakang badan anak dia yang bernama Irfan Syiraz.

Jisung hanya menggeleng mendengar pertengkaran Anak kembar sepasang dia tu lalu dia berjalan kearah Naura dan Irfan dan duduk disebelah mereka.

"Saya sebenarnya yang salah ni?" Soal Jisung.

"Dia!!" Jawab mereka serentak.

"Papa!! Tengok Irfan!"

Irma yang memang sudah sedia maklum rapat dengan Jisung tu mengadu lagi kedia.

Jisung menarik nafas dalam. "Mana candy tu? Ada lagi?"

Irfan mengangguk. Jisung pula hanya menghulurkan tapak tangan kepada anak sulung lelaki dia itu.

"Bagi gula-gula tu."

Irfan hanya mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh Jisung.

"Irma pandang papa."

Irma menaikkan mukanya yang tadi disembamkan keatas bahu Jisung dan memandang ayahnya.

Jisung membuka plastik gula-gula tersebut dan memakannya didepan anak kembar sepasangnya itu tanpa belas kasihan.

"Papa!!" Jerit kembar tersebut.

"Bapak psycho." Naura menggeleng kepalanya berkali-kali. Jisung pula hanya tergelak.

"Dah la korang tengok la tv."

Jisung menekan butang on di remote tv sebelum anak-anak dia melalak baik cari ubatnya.

"Sayang" bahu Naura dicuit

"Apa?"

"Allah bagi awak suami macam saya untuk melengkapi kekurangan awak." Sempat di mengenyitkan mata kepada Naura.


-the end-

Tq sudi baca walaupun jarang update. Sorry kalau ada tersalah tulis ke apa. Bye<3

Teruskan support ehek.




🎉 You've finished reading 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 🎉
𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now