Bab 27

28.5K 1.6K 683
                                    

"How Sofia? Dia dah okey?" aku mengganguk. Faris disebelah dipandang. Tengah sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Tapi dia still tak nak bercakap dah 3 hari saya try pujuk dia " aku bersuara. Alhamdulilah 2 hari lepas aku dah boleh keluar hospital. Faris kata dalam 3 hari lagi mungkin kami akan balik ke Malaysia. Rayden dengan Raden? Aku dah halau balik Malaysia. Biarlah aku spend time dulu dengan suami kesayangan.

"Awak... awak"

"Hm"

"Pandang saya boleh?" diterus meletakkan telefon bimbitnya diatas rak kecil sebelah katil.

"Kenapa?" soal Faris.

"Nak peluk boleh" Raisya yang pemalu sudah hilang. Maaflah sejak-sejak ada suami ni rasa nak bermanja je kerja. Tangan aku didepakan. Dia mendekat lalu dia memeluk aku ketat.

"Gatal eh kau, nak peluk-peluk bagai dulu kemain taknaklah" aku mendengus. Nak bermanja salah. Tak tahulah akhir-akhir ni rasa nak bermanja je. Adakah itu petanda kepada sesuatu yang buruk?

"Salah ke saya minta awak peluk saya?" soal aku sayu.

"Tak salah, aku lagi suka adalah" jawabnya. Aku tersenyum. Aghh bahagianya.

"Do you want to know about something?" soal aku, kepalanya disembam di leher aku. Terasa hidungnya bergesel dileher.

"Know about what?" soal Faris, terus dia mengangkat muka dan menatap aku.

"There are only two times that i want to be with you, now and forever" kata aku, matanya tak lepas memandang aku.

"Can you be mine forever?" soal aku. Dia tak menjawab. Raisya tengok kau dah malu sendiri. Terus aku menekup muka aku dengan tangan.

"Yes, i will. Forever yours" tangannya menarik tangan aku dari wajah aku. Dia mencium ubun-ubunku. Tubir mata terasa hangat. Arhgg terharu.

"Sikit-sikit nangis, macam manalah nak jadi mak orang. Nanti bukan anak yang nangis tapi mak dia" dia menyeka air mata ditubir mata aku. Dia menarik aku dalam dakapan dia.

"Awak... kalau saya tak boleh bagi awak anak. Awak nak kahwin lain tak?" soal aku. Dia memandang aku. Dia mengusap lembut rambut.

"Pernah dengar tak lirik lagu ragaman?" aku menggeleng. Tajuk pernahlah dengar. Lagu tak pernah lagi.

"Hanya kita berdua kekal sampai tua" nyanyi Faris. Aku tergelak.

"Nyanyi lagi, tak sangka suara awak sedap kalah Justin Bieber " ujar aku. Dia tersengih.

"Dah-dah dengar esok jelah, dah pukul berapa dah ni. Jum tidur" arahnya. Aku akur. Mengantuk gila. Lengannya aku jadikan bantal. Benda dah halal sistor. Dia menepuk-nepuk belakang aku persis seperti mahu tidurkan bayi.

"Good night baby besar" ucapnya, tapi aku dengar samar-samar je. Akhirnya aku terlena.

"Sleep tight love" ujar Faris seraya dia mencium bibir Raisya sekilas.

"Sofia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sofia... Nah bubur" aku mengerling Rayyan membawa dulang berisi mangkuk berserta gelas kecil. Aku masih memandang jendela. Nasib aku berada dinegara orang kalau tak dah lama aku angkat kaki.

'Sabar Sofia lagi berapa hari je lagi kau nak balik Malaysia'

Bonda dan ayahanda? Aku suruh mereka memberi ruang kepada aku untuk memikir untuk memberi peluang kepada mereka. Aku takut. Lelaki bernama Ayran Louise selalu menjenguk aku dan bertanya khabar. Mereka kata dia abang aku.

"Sofia makan, nanti perut masuk angin" aku menjeling Rayyan. Pelik, sejak balik dari hospital. Dia tak habis-habis nak tahu apa aku buat dalam rumah tu.

"Sofia" panggil Rayyan keras. Aku malas memandangnya. Aku terdengar keluhan dia.

"Sofia kalau kau tak makan nanti masuk angin, maid kata kau dari semalam tak makan apa-apa" ujar Rayyan. Kisah pula dia, aku makan ke tidak.

"Letak jelah situ nanti aku makanlah" tiada lagi kelembutan dalam bicaraku. Nak marah? Marahlah. Aku tak kisah.

"Aku suap kau ye" lembut dia menguturkan ayat. Kan bagus kalau sebelum-sebelum ni dia begini. Dia mesti rasa bersalah sebab aku yang selamatkan dia.

"Tak payah, aku tahulah nak makan sendiri" bentak aku.

"Tak nak, aku nak suap kau" ujar Rayyan selamba. Dia tak faham ke aku tengah sakit hati dengan dia? Kini dia sudah berada dihadapan aku. Kerusi ditarik dihadapan aku. Dia tersengih melihat wajah masam aku.

"Nah buka mulut" arahnya, sudu berisi selamat mendarat dalam mulut aku.

"Siapa masak ni?"

"Akulah masak" balasnya sambil memandang aku. Kami kini saling menatap. Setelah beberapa suapan bubur, dia mengambil kain mengelap hujung bibir aku.

"Comot" ulasnya. Dia mengua ubat-ubat yang diberi oleh doktor kepada aku. Gelas berisi air disua setelah aku menelan beberapa biji ubat tersebut. Tipulah kalau aku cakap aku tak terharu dengan tindakan dia menjaga aku, tapi aku cuba menguatkan diri untuk menepis perasaan terharu yang sedang bersarang dihati.

Terdengar seperti pintu dibuka, siapa lagi kalau bukan Luna si harimau putih milik Rayyan.

"Luna" panggil aku. Dia mendekat lalu dia menggosok kepalanya dikaki aku. Selepas aku balik dari hospital dialah kawan aku selain Raisya. Kalau waktu malam mesti Rayyan suruh Luna tidur dengan aku kononnya tak nak aku kena culik lagi.

"Luna jangan nakal, jaga dia" ujar Rayyan sambil mendekatkan diri dengan aku.

"Apa awak ni dekat-dekat" aik hilang dah 'aku-kau'. Cepat-cepat dia menyentuh lembut rambut aku. Terus dia berlari keluar... takut mungkin aku bertukar menjadi hulk? Aku menggelengkan kepala. Kepala luna aku sentuh lalu digosok perlahan.

 Kepala luna aku sentuh lalu digosok perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Faris's Where stories live. Discover now