Secret 1

574 5 0
                                    

Bunyi alarm semakin menguasai bilik tidur Ainur. Suara riuh rendah semakin kedengaran sehingga hampir memasuki ke dalam mimpi Ainur.

"ish, apa bising² ni. Orang nak tidur pun susah" keluh Ainur dan mengambil bantal untuk menutup telinganya.

Tiba² bunyi ketukan pintu yang kuat membuatkan Ainur terkejut dan cepat² bangun untuk membuka pintu.

"Nak apa?" soal Ainur geram. Tanpa sepatah jawapan terus dahinya di lastik kuatt. "Abang!!!" teriak Ainur.

***
Muhammad Afian Azwan lebih dikenali sebagai Afi iaitu abang kepada Ainur.
***

"Ish bangunlah. Tak ingat ke hari ni hari apa?" geram Afi. Ainur pula masih dalam keadaan mamai, dia menggosok matanya. "Hari ni ada apa ek?" ujar Ainur pelik.

"Pergi mandi sana, pakai baju yang dah di sediakan kat dalam almari tu. Sekarang!!!" arah Afi sedikit geram. Ainur pun berlari anak menuju ke bilik air.

Selepas beberapa minit, Ainur pun bersiap dan ingin memakai baju yang telah disediakan. Dia mula berfikir tentang apa yang istimewa hari ni.

"Ada apa hari ni? Nak kata abang kahwin, tak juga. Abang single." ujar Ainur perlahan. Dia pun menyelak baju dari dalam almarinya. Ainur terkejut rasa cam nak pengsan pun ada.

"Hari nikah aku!!!" teriak Ainur. Afi yang berada di luar bilik Ainur mula tergelak kecil. "Padan muka kau, lupa je tahu" ujar Afi dan terus beredar dari kawasan bilik Ainur.

....

"Ainur? Dah siap pakai baju ke?" soal seorang wanita dari luar pintu biliknya. "Dah, masuk je pintu tak kunci" balas Ainur lemah. Wanita tadi pun masuk, dan terus duduk di samping Ainur.

"Nape ni sayang?" ujar wanita itu lagi sambil tangannya memegang bahu Ainur. "Ummi, asal Ainur pula yang kena kahwin?" soal Ainur sedih.

***
Puan Faridah Ruhilah dikenali sebagai Puan Faridah iaitu Ummi kepada Ainur dan Afi.
***

"Maafkan Ummi sayang. Ni arahan abi, abi nak sangat kamu kahwin dengan anak kepada sahabat baik abi tu." terang Puan Faridah sambil mengusap kepala Ainur perlahan.

"Why me? Ainur tak nak kahwin. Jauh lagi perjalanan Ainur. Ummi..." suara Ainur kedengaran sedih.

"Ainur, jangan macam ni. Abi ngan ummi pun kahwin tanpa bercinta. Semua aturan keluarga. Ainur redha ya sayang?" balas Puan Faridah lagi. Ainur hanya mengangguk, dan makcik yang dandan Ainur pun masuk ke dalam bilik Ainur.

Selepas 30 minit Ainur di dandan. Akhirnya pihak lelaki pun sampai. Rumah Ainur hanya rumah kampung tapi moden, Ainur gadis biasa tak seperti bakal suaminya yang kaya raya.

~~~

"

Aku terima nikahnya Ainur Batrisyah binti Muhammad Yusri dengan mas kahwin RM3000 tunai" suara garau Tengku Arfian kedengaran. "Sah?" soal Tok Kadi. Serentak wali dan saksi mengucapkan "sah"

Majlis masih di teruskan dengan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa, Tengku Arfian menuju ke pelamin untuk menyarungkan cincin ke jari Ainur.

Ainur terdiam, tak tahu nak buat apa. Dia cuma senyum di hadapan semua orang namun dii sebaliknya Ainur rasa nak berteriak, meronta dengan majlis nikah ni. Jelas kelihatan bahawa Tengku Arfian pun tak suka dengan pernikahan itu. Wajah Tengku Arfian kelihatan serius tanpa secalit pun senyuman.

SecretWhere stories live. Discover now