Secret 06

123 0 0
                                    

Arfian duduk di kerusi pejabatnya sambil memandang keluar tingkap. Selang beberapa minit, pintunya diketuk.

"masuk" ujar Arfian.

"tuan, ni fail yang tuan suruh saya semak. Semua okey, tak de apa yang salah. Lagi satu, esok pagi kite ada mesyuarat dengan Dato' Rahmat." terang PA Arfian yg bernama Aisyah.

"Dato' Rahmat?" soal Arfian terkejut. "Ye tuan, anak dia nama.. Jap saya tak ingat lah" balas Aisyah.

"Adira Cathrine" ujar Arfian perlahan. "Haa betullah tu apa yang tuan kata" sampuk Aisyah. "Kalau macam tu, cancel mesyuarat dengan mereka. Saya tak nak bekerjasama dengan syarikat mereka." terang Arfian sedikit tegas. PA nya hanya mengangguk.

"Saya nak balik sekarang. Suruh yang lain balik awal, kerja yg tak siap tu. Sambung esok je" arah Arfian. Aisyah (PA) hanya mengangguk faham.

Arfian mengambil baju kod nya, kunci kereta, beg dan terus keluar dari pejabatnya. Dalam perjalanan menuju ke kereta, Arfian berhenti seketika. Dia keluarkan iPhone 12 pro nya, dia terus call seseorang.

Arfian : Assalamualaikum sayang?

Ainur : waalaikumussalam. Awak sihat ke tak ni? Tiber sayang. *gelak.

Arfian : sihat je. Awak balik pukul berapa?

Ainur : dalam pukul 10 macam tu saya balik. Ramai pesakit hari ni.

Arfian : Kalau macam tu, saya datang sana. Saya nak teman awak boleh? *manja

Ainur : Eh no, awak terus balik rumah. Kite jumpa dekat rumah je.

Arfian : Haih, apalah nasib dapat bini tak sweet. Tak pe lah, kalau awak dah nak balik.. Call saya, saya ambil.

Ainur : (GELAK)

Ainur : Yelah awak, nanti saya call. Assalamualaikum. Byeee abang.. *gurau Ainur.

Arfian : waalaikumussalam sayang.

Arfian terus menamatkan panggilan dan terus masuk ke dalam keretanya.

...

Ainur meletakkan handphone Huawei nya di tepi. "Mengada betullah suami aku ni" ujar Ainur sambil menggeleng. Selang beberapa minit bilik Ainur di ketuk.

"Hai Doktor Ainur Batrisya" sapa Rania sahabat Ainur dari sekolah menengah lagi. "Eh, Doktor Rania. Sihat dok?" soal Ainur gembira. Rania pun duduk di hadapan Ainur. "Gila tak sihat. Ofcourse lah sihat." balas Rania bangga.

"Mentang mentang lah suami dia pun Doktor." geram Ainur. "Eleh, suami kau apa bezanya. Business Man, usahawan berjaya and terkenal di seluruh dunia." puji Rania.

"Memandai je kau. Dah, kau nak apa datang sini?". Dahi Ainur berkerut. "Nak tengok kawan aku pun tak boleh ke. Kau tu dah lah lama bercuti, fikir aku tak rindu ke" bebel Rania.

"Rindu ek? hahaha sweet je kau ni rindu aku" Ainur menarik pipi Rania kuat. "Tangan kau dengan pipi aku berpisah tiada. Aku sepak jugak kau ni kang." geram Rania.  Ainur hanya menggeleng, tak berubah lagi kawan aku ni. Membebel tak henti je kerja.

"Weh, jom lah makan. Aku lapar ni, dah nak kul 8." ajak Rania. Belum sempat Ainur jawab -jom- Tiba² pintu nya diiketuk. "Masuk" ujar Ainur.

"Doktor, Doktor Adam nak Doktor jadi pembantu dia sewaktu pembedahan kejap lagi" ujar jururawat bernama Khayla.

"Saya? Doktor Zetty, Doktor Hannah, Doktor Faiz. Asal saya?" soal Ainur pelik. Baru je nak makan dah tak jadi.

"Doktor Zetty dah balik petang tadi, Doktor Hannah pula dia ada pesakit baru. Doktor Adam pula tengah periksa pesakit dia yg baru lepas dibedah." Terang Khayla.

SecretWhere stories live. Discover now