Secret 02

238 2 0
                                    

Keesokkan paginya, Ainur cuba untuk bangunkan Arfian dari lena. "Awak.." Ainur cuba memegang bahu Arfian. "Awak,bangun..solat subuh" ujar Ainur lagi. Untuk kali ketiga Ainur menggoyangkan badan Arfian hingga Arfian tersedar dari lenanya.

"Ish,apa sentuh sentuh ni?!" marah Arfian tiba² membuatkan Ainur terkejut. "Sa-saya nak kejutkan awak untuk solat subuh sama²". Ainur terus masuk ke bilik air untuk mandi sebelum solat subuh.

"Ish,semak betullah! " Sambung Arfian lagi. Ainur mampu menangis dalam bilik air je.
Selepas beberapa minit,Ainur keluar dari bilik air. Manakala Arfian pula masuk ke bilik air.

"Ya allah, kuatkan lah hati ku untuk berhadapan dengan semua masalah ini." Ujar Ainur dalam hati.

~~~

Selesai solat subuh, Ainur dan umminya terus menuju ke dapur. Arfian,Afi dan Encik Yusri duduk di ruang tamu.

"Ummi, Ainur takut lah." Ujar Ainur sedikit risau. "Nak takut tentang apa?" Soal Puan Faridah pelik selepas sahaja melihat wajah Ainur yg jelas kelihatan takut.

"Tak de apa lah ummi, jom buat sarapan" balas Ainur dan terus mula mencari bahan untuk di masak. Puan Faridah hanya menggeleng kepala.

Selepas beberapa minit, sarapan telah pun siap. Encik Yusri, Afi dan Arfian duduk di kerusi makan.

"Haa Arfian, semua ni Ainur yang masak. Makan lah, jangan segan-segan pula" ujar Puan Faridan . "Baik Ummi" balas Arfian.

"Adik, barang² dah siap kemas ke?" Soal Encik Yusri membuatkan Ainur sedikit terkejut. "Ha? Apa abi?" Soal Ainur pula. "Haa mengelamun time makan. Fikir bagus ke?" Bebel Afi. Ainur memandang Afi sinis "Diam lah abang!" Marah Ainur.

"Abi tanya, barang² dah siap kemas ke?" Ulang Encik Yusri lagi. "Haah, dah abi." Balas Ainur laju.

Dalam hati Ainur,dia langsung belum sedia untuk berjauhan dari familynya walaupun dia sebulan 3 kali sahaja balik kampung disebabkan dia seorang doktor yang kadang busy.

"Ainur?.." Panggil Puan Faridah. Namun tiada jawapan dari Ainur. "Ainur...." Panggil Puan Faridah lagi buat kali kedua sambil memegang bahu Ainur. "Ha ye ummi?" Terkejut Ainur.

"Kenapa tak makan lagi? Ainur sakit ke?" Soal Puan Faridah. "Eh tak de lah ummi, sihat je..dah cepat makan" balas Ainur ceria hanya untuk menutup segala rasa sedih,takut dan risau dalam hatinya.

...

"Ummi, Abi..kitorang gerak dulu tau. Assalamualaikum" ujar Arfian lalu menyalam tangan Encik Yusri dan Puan Faridah. Arfian pun menuju ke kereta BMW nya sambil membawa beg.

"Abang, jaga ummi dengan abi tau. Abang pun jangan lupa jaga kesihatan tu. Adik gerak dulu tau abi, ummi. Insyaallah nanti adik datang lagi. Assalamualaikum" pesan Ainur sambil memeluk Puan Faridah lembut.

"Wa alaikum salam, hati hati dekat sana. Dengar kata suami, jangan melawan tau. Jaga makan minum suami" pesan Puan Faridah pula. Ainur hanya tersenyum

"Hati² bila drive tu. Bagitahu Arfian, jangan laju sangat bawa kereta tu" pesan Encik Yusri pula. Ainur hanya mengangguk dan terus menuju ke kereta Arfian sambil melambai ke arah Ummi, Abi dengan abangnya.

"Abang.. Abang rasa anak kita tu okey tak kat sana nanti?" soal Puan Faridah. Encik Yusri dengan Afi mula pelik dengan soalan Puan Faridah tadi.

SecretWhere stories live. Discover now