Misi 13 : Bertahan - Bahagian 3
Dayang : "Dato' dah selamat ke?"
Rama : "Sudah, tadi Rajesh sempat bawa masuk Dato' masuk ke laluan rahasia kat bangunan perdana ni menuju HQ MATA"
Ganz : "Kiranya, Dato' sekarang dah berada kat tempat selamat kan"
Rama : "Iya Tuan"
Rajman : "Kalau macam tu, apa kata kita berundur saja. Yang penting, objektif dah dicapai"
Ganz : "Mana boleh! Siapa yang nak uruskan mereka ni. Kalau kita tak berkas mereka sekarang, pasti akan ada lagi serangan lain yang mereka lakukan"
Rajesh : "Tapi keadaan kita sangat buruk. Gadget dan kemampuan kita semua tidak sesuai untuk berlawan dengan mereka semua"
Dayang : "Saya pun tau. Tapi, kita tidak mungkin tinggalkan ejen-ejen yang sekarang tengah tak sedarkan diri kat sini. Pasti penjenayah tu akan tangkap mereka semua dan mungkin mereka akan dimusnahkan"
Rajesh, Rahul : "Iya tak iya juga"
Rama : "Kalau kita nak berundur pun, kita nak ke mana? Dengan kelajuan yang mereka miliki, pasti mereka dapat mengejar kita. Kalau kita lari ke HQ, malah akan membuat lokasi HQ diketahui oleh mereka. Dan yang lagi penting. Betul cakap Puan, keselamatan semua ejen-ejen yang ada kat sini sangat bergantung pada kita"
Ganz : "Jadi, apa plan?"
Dayang : "Rama, ada plan?"
Rama : "Saya rasa, kita perlukan ejen yang laju, tidak cukup hanya Rahul saja yang laju kat sini. Atau pun, ejen yang menggunakan senjata jarak jauh. Kita perlu rampas atau jauhkan mereka dari senjata mereka sendiri"
K. P : "Menyerah saja! Sekarang, dimana rekan kau yang bersuit kuning dan kelabu tu!?"
Ganz : "Buat masa ni kita memang sangat memerlukan Zain dan Djin"
Rajesh : "Kita masih ada ejen lain kan? Macam mana dengan ejen muda?"
K. P : "Hahaha, Zain dan Djin ke nama mereka. Cepat! panggil mereka kat sini! Aku nak..."
Ganz : "Cukup! Zain dan Djin dah terkorban. Jadi kau tak perlu tanya benda tu lagi"
Dayang : "Kalau kita pun terdesak macam ni, macam mana dengan ejen muda nanti?"
K. P : "Apa!? Baiklah... Kalau macam tu, tak lama lagi korang pun akan sertai mereka. Hapuskan mereka semua!"
Ganz : "Terus bertahan, jangan putus asa!"
Mereka semua kembali berlawan. Pertarungan sangatlah sengit, namun kerana gadget dan kemampuan ejen-ejen yang tersisa itu tidak mampu berlawan dengan para penjenayah yang memiliki kelajuan tinggi dan menggunakan senjata jarak jauh.
Sekarang hanya tinggal Ganz dan Rama saja yang masih berlawan, dan dalam kondisi yang tidak stabil. Sebenarnya para penjenayah merasa kesulitan melawan mereka kerana Ganz yang kerap mengeluarkan tumbukan tenaganya dan Rama yang memiliki gadget yang bersaiz besar.
Ketua penjenayah itu kemudian memberikan isyarat agar konco-konconya menyerbu Ganz secara bersama-sama dan ketua penjenayah itu akan berlawan dengan Rama untuk mengalihkan perhatiannya. Rupa-rupanya rancangannya berjaya, Ganz tidak mampu berlawan dengan mereka semua dan dia pun akhirnya dapat dikalahkan.
K. P : "Dah kalah pun dia"
(berhenti menyerang)Rama : "Hah!?"
Ketua penjenayah dan konco-konconya mengitari Rama. "Tembak!", arah ketua penjenayah itu. Rama hanya bertahan saja dengan gadgetnya. Tanpa dia sedar, anak ketua penjenayah itu mengarahkan tembakan ke arahnya dari arah yang berlainan.

KAMU SEDANG MEMBACA
Ejen Ali Musim Seterusnya
Fiksi PenggemarAli, Alicia, dan Bakar merupakan ejen yang berperan besar dalam penyelamatan Dato' Otsman. Kejadian tersebut menjadikan kerja sama diantara mereka semakin kukuh. Ali dan Bakar yang sudah tau ternyata ibu bapak Alicia sudah tidak ada, dan dia hanya a...