|3|

25 4 13
                                    

Alma merenung sendirian di tepi kolam. Kakinya yang separas betis dicelup ke dalam kolam dihayun perlahan. Kepalanya menerawang jauh.

Kisah cinta silam tunangnya masih diingat dengan jelas dalam mindanya walaupun sudah berlalu dua minggu lepas.

Itu kali terakhir dia berjumpa dan berbual dengan lelaki itu. Tunangnya terlalu sibuk dengan urusan kerja luar negara. Segala persiapan kahwin mereka diuruskan oleh dirinya sendiri dan juga ditemani Darlina.

Darlina bagitahu bahawa Dhaffa pernah pesan semua benda yang dia rasa okey dan berkenan maka okey jugaklah baginya. Jadi dia tiada masalah dengan perkara tersebut.

Persiapan perkahwinan mereka sudah selesai 70%. Hanya tinggal beberapa benda saja lagi yang perlu dibereskan.

Tipu kalau dia cakap dia tak rindu pada tunangnya. Yalah, perkenalan mereka terasa begitu hambar. Jumpa baru sekali, berbual secara berdepan pun baru sekali. Berbalas Text pun mereka jarang.

Kadang-kadang Alma terfikir, betul ke ni mereka akan kahwin? Atau dia seorang saja yang beriya dan tidak untuk lelaki itu?

Semua benda yang dia buat semua rasa tak kena.

Alma mengangkat kedua-dua kakinya naik ke atas lalu dia memeluk lututnya rapat ke dada. Air jernih dalam kolam ditenung.

"Kalau awak rasa saya melampau dan tak dapat terima keadaan saya, saya tak kisah kalau awak nak batalkan perkahwinan kita."

Tanpa dipinta kata-kata Dhaffa menerpa masuk ke dalam fikirannya.

Batalkan perkahwinan?

Perlu ke dia batalkan perkahwinan ini? Hanya sebab dia tak dapat perhatian dari tunang dia?

Mengarut.

Lagipun kalau dia batalkan perkahwinan ini, tok daddy nya serta keluarga Dhaffa akan dapat malu. Kad undangan semua sudah siap diedar pada tetamu yang bakal menghadiri majlis perkahwinan mereka nanti.

Alma sembamkan wajah di atas pehanya. Banyaknya benda yang ganggu fikiran dia sekarang ni!

Telefon pintar di sebelahnya berdering tanda ada panggilan masuk. Dengan malas Alma mencapai telefonnya lalu melihat nama pemanggil.

Dhaffa.

Berkerut dahi Alma sebab ini kali pertama Dhaffa menelefonnya.

"Hello?"

"Hello, Alma."

"Dhaffa, kenapa awak call saya ni? Anything important?"

"Saya nak call tunang saya tak boleh ke? Atau saya kacau masa rehat awak?"

"Eh tak, m-mana ada. Cuma, yah awak tak pernah telefon saya sebelum ni dan bukan ke awak still di Australia sekarang?"

"Mhmm? Awak keluar sekejap boleh tak?"

Alma berkerut dahi. "Keluar? Keluar pergi mana?"

"Luar pagar depan ni je. Cepat."

Tut!

Alma terpinga-pinga memandang skrin telefon yang sudah gelap.

Macam tu je dia end call?!

Alma bangun dari situ. Selipar disarung sebelum dia menapak menuju ke luar pagar rumah. Tudung sarung hitam sejak tadi lagi tersarung di kepalanya.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Feb 24, 2022 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Mission : Love EternityTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang