Bab 12

281 7 6
                                    

"Mai woii Mai" Isya menjerit memanggil Mai. Bunyi motor yang terlalu kuat membuatkan Mai tidak dengar akan panggilan sahabatnya.

"Pinnnnn"

Mai memaling kebelakang dan menggerakkan kepala memberi maksud "apa". Isya membuat isyarat tangan supaya Mai berhenti di tepi jalan. Mai berhenti di tepi jalan.

"Asal Isya?"Mai menanggalkan helmet. "Aku rasa ada orang ikut kita laa tadi" Isya memberitahu keresahannya. "Asal kau kata ada orang follow kita?" Mai membetulkan tudungnya. "Aku perasan ada orang ikut kita lepas keluar RnR. Dia follow je kita ni aku suruh kau ketepi sebab nak suruh dia blah dulu." Mai ternganga mendengar apa yang dikatakan sahabatnya itu. "Kau tunggu jap." Mai menelefon seseorang.

"Daddy hantar orang tengokkan Aira dekat sini ke?" Mai bertanya kepada ayahnya. "Haah. Diaorang kata Aira berhenti tepi jalan. Kenapa tu?" Buat hal betul punya la ingat ada orang follow rupanya kerja Daddy dia. "Daddy ni laa cakap la awal-awal. Orang ingat malaun mana lah ikut tadi. Daddy ni lah" Mai mengomel ala mak-mak. "Sorry darling salah daddy. Geraklah dulu nanti dh sampai call daddy" dan Mai menamatkan panggilan itu.

"Tadi tu budak daddy aku. Hampeh betulah" Mai memakai helmet kembali. "Lahhh buat suspen je lahh" Isya pun memakai helmet kembali dan ingin cepat cepat pergi dari situ. Dari tadi mereka tidak lepas dari di lihat orang yang lalu di situ. Maklum la awek cun naik superbike huh cun habis.

*******

"Assalammualaikum Ayyan oh Ayyan aku dah sampai" Mai memanggil Rayyan yang merupakan sepupu dekatnya. "Waalaikummussalam lah Aira laju kau bawa. Kau bawak 180 ke ape bapak laju." Rayyan pelik iyalah dari hotel bapa saudaranya nak sampai kesini ambil mase lebih kurang sejam tapi minah ni 30 minit je dah sampai. "Well kau tahukan aku bawak motor macam mana." Mai mengangkat keningnya.

"Assalammualaikum Ayyan" Mai berpaling dan menjawab salam lelaki itu tetapi dia pelik sebab lelaki itu seakan terkaku disitu.
"Waalaikummussalam ahh Airil asal?" Ayyan pun ikut pelik melihat kawannya.

Airil pov

"Assalammualaikum"sebaik je aku memberi salam aku terpukau dengan gadis dihadapan aku. Cantik. Manis. Ayu. Entahlahh terlalu cantik. "Woi Airil kau dah kenapa termenung". Aku tersentak. Haish jauh betul aku mengalamun. Airil Airil bawa bertenang. Jodoh orang tu.

End Airil pov




"Kawan kau tu asal pandang aku macam aku ada buat hal je" Mai menyoal Rayyan. "Kau sabar jal eh" Rayyan datang dekat dengan Airil dan menjerit di telinga Airil. "Woi natang kau pandang sepupu aku macam nak telan je dah kenapa". Airil terkejut dan reflek berkata "Aku bukan nak telan tapi nak meminang eh" malu habis member. Mai dengan Isya dah ternganga. Pelik betul. Cinta pandang pertama ke apa mamat ni.

"Weyh kau suka kat cousin aku ke dowhh" Rayyan gelak sejadi-jadinya dan

"Buk"

Tak pasal-pasal dia dapat penumbuk sakti dari Mai. "Kau gelak-gelak. Kau tahu tak gelak kau tu nyaring sakit telinga aku" Mai bangun dan keluar dari rumah. "Kau nak pergi mana tu?" Rayyan menyoal. "Kau lupa kau janji apa kat aku?" Mai menyilang tangannya. "Ouhhh pantai okey jom tapi motor aku tengah servis" Rayyan menggaru kepalanya yang tak gatal. "Okey camni kau dengan Airil naik motor Isya. Isya naik dengan aku" dan mereka menyetujui dengan cadangan Mai.

*********

"Bestnya Mai. Errr Mai kalau aku nak pinjam cousin kau kejap boleh?" Isya tersengeh kambing. "Kau nak buat apa?" Pelik bin ajaib betul. "Aku nak bergambar dengan dia Airil awak tolong saya tangkap gambar boleh?" Macam macam perangai Isya ni.

Selesai tangkap gambar

"Psstt Mai handsome siot cousin kau" Isya berbisik. "Cukup Isya cukup 1 jangan jadi buaya. Kau kan dah ada Adam" Mai menepuk dahi. Pening dengan sikap sahabatnya itu. "Apa yang korang dok bisik-bisik tu" Rayyan menghampiri mereka. "Takde pape ni Isya kata kau han umphhhhhhhh?!" Belum sempat Mai habiskan ayatnya mulutnya sudah ditekup Isya.

"Aku apa?" Rayyan menyoal. "Saya cakap awak err baik sudi bawa kitaorang pergi pantai" Isya memberi senyum semanis manisnya. "Ehem Isya manis sangat tu senyum kau. Lain macam" Mai memerli Isya. "Lah Isya memang manis kau je tak tau" Mai terbatuk batuk mendengarnya. "Uhuk uhuk seriously? Isya? Manis? Kalau manis takdenya bawa superbike. Minah ni kalau kau nak tau dja kalah sikit je dengan aku kalau bawak superbike." Mai menafikan kemanisan yang ada pada Isya. "Engkau bawak motor aku pun kalah ni pulak Isya" Rayyan faham benar dengan perangai sepupunya. Bab bab extreme semua dia reti.


**********

"Rayyan kau gerak dululah aku nak pusing-pusing kampung ni dulu." Mai menghidupkan enjin motornya. "Hati-hati kampung ni banyak rempit kampung" Mai mengohkan sahaja dan hilang dari pandangan Rayyan dan Airil.

"Asal kau tak ikut kau tahu kan rempit kat kampung ni macam mana?" Airil pelik dengan Rayyan seperti tidak kisah dengan sepupunya itu. "Beranilah diaorang kacau Aira silap-silap diaorang masuk hospital." Airil cuba memahami apa yang dimaksudkan Rayyan. "Ouhh Aira pandai seni bela diri ke?" Rayyan mengangguk. "Silat dia reti, teakwando dia reti, tinju dia reti, kung fu pun dia reti". Airil ternganga tak percaya maybe.


********

"Mai lawa siot kampung ni. Rasa nak pindah sini je" Isya betul-betul menikmati suasana kampung itu.

Tiba-tiba

"Piweettt korang ada awek lahhh" kiri, kanan dan belakang motor Mai di penuhi mat rempit. "Cari pasal betullah diaorang ni" Mai memulas minyak dan meninggalkan mereka dibelakang. "Apoo moto ex5 lawan superbike apa barang" Mai mengomel. Menyusahkan betul baru nak enjoy vibe kampung. Mai memperlahankan motornya. Cepat saja budak-budak rempit itu mengepung motornya. Mai turun dari motornya dan berbisik kepada Isya. "Aku rasa game on" Isya senyum penuh makna.

Budak rempir itu muka mendekati dan mula menyentuh Mai. Dengan pantas tangan budak itu ditepis. "Wow garang aku suka" dia mula menyentuh Mai kembali dan

"Dush dush dush"

Dapat 3 das dari Mai dan mereka mula menyeramg Mai dan Isya. Dalam 5 minit sahaja sekumpulan kanak-kanak ribena tak cukup ribena itu tumbang.

"Mai i think diaorang hebat rupanya hampehh" Isya memerli mereka. "They weak like their outfit. Dah la jom chaw panas". Mereka pergi dari situ tanpa menghiraukan pandangan orang kampung. Iyalah 2 budak bandar habiskan samseng kampung macam tu sahaja. Semudah A B C.





Tq sebab sudi membaca bab ni. Tunggu next part okay

Return To Him : Harraz ZafranWhere stories live. Discover now