Bab 35

313 8 1
                                    

"Termenung apa tu Weena?" Jauh betul termenung sampai dia datang pun tak perasan. "Eh Ian, takde apa lah. Biasalah termenung sikit" Terbit senyuman manis di bibir Weena. "Astagfirullah awak" Ian memegang dadanya. "Eh awak okey tak ni?" Jangan kata kena heart attack mamat ni muda lagi.

"Senyuman awak buat jantung saya rasa nak tercabut. Arghhh" Sempat dia mengenyitkan mata sebelah kanannya untuk Weena. Terdiam Weena dibuatnya. Perlahan-lahan pipi mulus milik Weena bertukar warna menjadi kemerahan. Malu lah tu.

"Awak nak apa cari saya ni?" Matanya masih fokus memandang pemandangan yang terbentang luas di hadapannya. Secara tiba-tiba hatinya terdetik nama Maira. "Maira . . ." Ian memandang Weena pelik. "Kenapa dengan Maira?" gadis itu hanya tergeleng kecil. Dia hanya teringat akan rakannya yang satu itu. Bagaimana keadaannya? Okey ke? Haish.

" EHHHHHHHH" mata mereka berdua memandang ke arah punca suara tersebut. Terlihatlah seketul Rayyan memaut pinggang seketul Ayries yang hendak terjatuh itu. Rasanya tersadung tu. Mana taknya dekat situ bersepak dahan pokok, tak hati-hati memang jatuh serupa nangka busuk lah. Weena yang melihat pandangan Rayyan dan Ayries yang tidak putus itu mula membetulkan tona suaranya.

"HOI ORANG YANG DISANA, INGAT SIKIT KAMU TU BELUM HALAL. TENUNG-TENUNG, DAPAT DOSA BARU TAHU" akibat jeritan itu, Rayyan mahupun Ayries tersentak dan mula menjarakkan diri antara satu sama lain. Malu wei. Rayyan cuba membuang suasana ' awkward ' itu. "Itulah awak, lari-lari lagi. Ingat filem Hindustan ke lari-lari tepi pantai." Rasa nak hempuk tapu kena sabar. Dalam hati Ayries mahu sahaja dia menyumbat 1 tan pasir dalam mulut Rayyan ni.

.

.

.

.

.

"Not that easy, bitch. Kau mungkin dapat bodohkan si Aran suatu hari nanti but not with me" Danish tersenyum seribu satu makna sambil melihat rakaman di layar komputer ribanya. Mungkin abangnya Dani akan terpedaya dan mungkin juga ibunya tetapi bukan dia. Dia jauh lebih cepat dari abangnya yang bebal tambahan otak mereng itu.

"Luke masuk" maka muncullah seketul Luka yang tinggi, tegap dan sedikit rupawan. Lebih-lebih kalah pula si Danish ni karang, menangis tepi bucu katil. "Aku nak kau cancel all my meeting today, right?" belum Danish membuka, Luke telah bersuara terlebih dahulu. "Macam mana kau tahu?" Terukir senyum sinis di bibir jejaka itu.

"Aku tahu lah, kau takkan panggil aku kecuali nak batalkan meeting" bukannya baru sehari dua dia mengenali si Danish ini. "Apa-apa je lah. Yang penting meeting batal" Luke memandangnya menyampah.

" Iyalah iyalah, " dia membuka tabletnya dan mengosongkan segala jadual rakannya yang merangkap majikannya. " Baiklah, kau boleh keluar sekarang, " itulah dia, sudah minta tolong menghalau pula.

" Baik bos, " terus Luke melangkah keluar dari bilik Chief Executive Officer itu. Kepala dijatuhkan pada meja. Letihlah, nak Aira huwaa.

" Takpe Aira. Abang akan selalu percayakan Aira "

.

.

.

.

.

" Ian jangan main - mainlah ! Jatuh nanti. " Nak luruh jantung melihat si Ian ni main lompat - lompat atas batu tepi pantai itu.

" Jangan risau Weena sayang, saya tak akan jat- ARGHHH ! " Perkara yang ditakuti sudah terjadi. Cepat - cepat Weena mendekati Ian yang jatuh terlentang di atas pasir itu.

" Ian awak okey tak? " Ian yang baru sahaja bangun dari baringan lenanya itu segera mengaduh sakit.

" Awak, tangan saya sakit, " nada suaranya dibuat - buat menjadi sayu agar mendapat perhatian daripada buah hatinya. Mengada.

Return To Him : Harraz ZafranWhere stories live. Discover now