10 - Mesej

87 17 1
                                    

Atiqah melihat lelaki yang berdiri hadapannya dengan mata tidak berkelip. Dia langsung tak dengar apa yang diungkapkan oleh pekerja kedai bunga ini. Matanya hanya fokus pada wajah lelaki itu.

"Sa..saya nak bunga.." kata Atiqah sambil tersenyum lebar. Rasa macam segala rasa teruk yang dirasai sepanjang di tempat kerja semuanya hilang!

Zarin memandang pelanggan itu dengan serba salah, dia dah cakap dah kedai tutup tapi nampaknya gadis ini memang nak sangat bunga.

"Cik nak bunga yang mana ya ?" Soal Zarin. Dia menghulurkan album gambar bunga kedai The Daffodil.

Mata Atiqah melilau melihat sekeliling kedai. Semuanya dipenuhi dengan pokok-pokok bunga. Matanya kemudian terpandang akan gubahan bunga yang sedang dibuat oleh Zarin.

"Saya nak yang awak tengah buat boleh ?" Soal Atiqah.

"Ni gubahan orang order. Kalau cik nak jambangan bunga yang dah siap, cik boleh pilih based on dalam album ni. Nanti saya ambil. Kami simpan supaya dia kekal segar." Terang Zarin.

Atiqah melepaskan keluhan kecil. Kalau boleh dia nak gubahan bunga yang dibuat oleh lelaki ni. Dah lah handsome lepastu, tangan berseni pula tu! Muka pun kaya dengan senyuman, rasa macam terbayar je pahit kena marah pagi tadi.

"Erm.. saya tak tahu nak pilih bunga apa yang sesuai." Kata Atiqah.

Zarin mengangguk faham. Ramai je pelanggan yang mahu recommend daripada mereka setiap kali membeli bunga.

"Cik nak bagi bunga kepada siapa ?" Soal Zarin.

"Someone yang down.. saya nak naikan mood dia." Jawab Atiqah.

"Owh.. macam tu. Jambangan bunga F3 is perfect for you. The main flower is bunga Chrysanthemum which is represent kebahagian and joy." Terang Zarin.

"Nice, saya ambil yang ni." Kata Atiqah.

"Alright, sekejap ya, saya ambil bunga tu." Kata Zarin sebelum masuk ke bahagian cooler.

Wafa melepaskan keluhan lega. Nasib baik dia tergerak juga nak tengok fail tu. So, dia dah arahkan Amira untuk scan and send ke semua chief so esok mereka boleh bincang semula. Tapi bila jadi macam ni, ikutkan hati Wafa dia nak cancel je sebarang agreement dengan sponsor tu.

Dia melangkah masuk ke dalam kedai The Daffodil. Terkejut dia saat melihat Atiqah di ruang kedai.

"Cik Wafa.." tegur Atiqah apabila ternampak akan kelibat Wafa.

"Atiqah, awak tak balik lagi ?" Soal Wafa.

"Saya beli bunga. Cik Wafa buat apa dekat sini?" Soal Atiqah.

"Ni kedai kawan saya.." jawab Wafa. Atiqah mengangguk sedikit. Maknanya lelaki handsome tadi tu kawan cik Wafa !?

Zarin menghampiri Atiqah bersama jambangan yang dipilih tadi. "Ni bunga yang cik pilih." Kata Zarin ketika dia menghulur bunga tu ke Atiqah.

"Cantik!" Puji Atiqah.

Zarin terpandang akan Wafa yang sudah mengambil tempat di ruang gubahan bunga. Dia memandang Wafa bagaikan meminta Wafa untuk menunggu sebentar sehingga dia selesai uruskan pelanggan. Wafa tergelak kecil sebelum dia memberi signal okay agar Zarin meneruskan kerjanya.

Sebaik sahaja pelanggan keluar dari kedainya, Zarin terus mengambil tempat berhadapan dengan Wafa. "Kenapa ni?" Soal Zarin.

"Aik? Apa yang kenapa ?" Soal Wafa.

"Tu muka macam masam je.." jawab Zarin.

"Tak ada apala.. just problem dekat tempat kerja." Balas Wafa.

Wafa AqishaWhere stories live. Discover now