11 - Saya ada dekat sini

91 19 1
                                    

Wafa melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan muka masam. Dia ingatkan Zarin akan mesej dia untuk pick up bunga tapi dilihatnya masih tiada mesej yang masuk. Sampai ke kedai, Zarin memberinya bunga bersama maksud bunga tapi tidak pula dia berkata apa-apa mengenai mesej. Ingatkan dapat lah mesej bila buka mata.

Dia memandang sekuntum bunga di tangannya. Haih, nak marah pun tak jadi nak marah. Kerja pun banyak, tak ada masa nak melayan perasaan sekarang.

Selesai sahaja mesyuarat dengan setiap ketua bahagian, barulah Wafa rasa ringan sikit kepala dia. Surat perjanjian daripada pihak sana tidak jadi untuk tandatangan. Disuruhnya Amira untuk menghantar email kepada sponsor.

Bunyi pintu diketuk dari luar. Dilihatnya Atiqah yang terjegat di pintu pejabatnya. "Masuk." Arah Wafa.

Atiqah sudah tersengih apabila masuk ke dalam pejabatnya.

Wafa memandang Atiqah dengan serius. Naik meremang bulunya apabila ditenung oleh Wafa.

"Cik Wafa.." panggil Atiqah.

Wafa tidak menyahut, sebaliknya dia fokus kepada Atiqah di hadapannya.

"Pekerja kedai semalam tu kawan Cik Wafa ke?" Soal Atiqah. Wafa memandang jam yang tergantung di dalam biliknya.

"Sekarang ni waktu kerja kan?" Soal Wafa.

Atiqah mengangguk perlahan-lahan. Takut pula dia apabila Wafa tanya macam tu.

"Awak tak ada kerja ke?" Soal Wafa lagi.

"A..ada ada. Saya keluar dululah. Maaf mengganggu." Terus Atiqah kembali ke mejanya. Ya Allah takutnya tanya Wafa! Rasa macam bila-bila masa kena baham.

Atiqah melepaskan keluhan berat. Miza yang mejanya sebelah meja Atiqah memandang pelik ke arah Atiqah.

"Kena marah lagi ke ?" Soal Miza.

Atiqah mengangguk.

"Tapi salah aku lah, aku yang kacau dia." Terang Atiqah.

"Kau buat apa?" Soal Miza.

"Aku tanya soalan bodoh.." balas Atiqah bersama senyuman kelat.

"Kau kalau nak tanya soalan merepek tanya la aku dulu ke, kak Farah dulu ke apa ke.. yang kau directly cari Cik Wafa dah kenapa." Bebel Miza.

"Sebab dia je boleh jawab soalan aku.." balas Atiqah dengan perlahan. Dia kembali menyambung kerja memadankan pakaian model.

Amira yang baru sahaja keluar dari bilik Wafa membuatkan mata semua pekerja terarah ke Amira. Farah memandang Amira untuk hint mood Wafa hari ni memandangkan mereka akan ada meeting.

"Hari ni not in a good mood so jangan kacau dia.." pesan Amira. Atiqah dan Miza memandang antara satu sama lain.

"Aku rasa sebab kan kau mood dia makin teruk.." bisik Miza.

Semua pekerja menjeling ke arah dinding kaca bilik Wafa. Boleh nampak Wafa serius sahaja.

Wafa melepaskan keluhan berat. Hari ni semua serba serbi tak kena. Dia mesej ibunya, Puan Yulina tapi mesej dia pun ibunya tak balas. Ni memang hari semua orang tak nak mesej dia ke?

Bunyi deringan telefon kedengaran, tetapi mati terus senyumannya saat terpandang akan nombor yang tentera. Lain yang dia harapkan orang lain yang telefon. Panggilan terus diangkat.

"Isha.." tegur Puan Hanis dengan mesra.

"Kenapa mama call?" Soal Wafa.

"Sampai hati Wafa tak ingat ke mama.." kata Puan Hanis dengan nada sedih.

Wafa AqishaWhere stories live. Discover now