여자친구 | 09

114 11 10
                                    

pov | you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

pov | you

Seminggu selepas kejadian diantara aku, Doyoung dengan Yedam sunbaenim tu kan, group kelas aku jadi tempat sebarkan gossip hangat macam pisang goreng.

Harini datang sekolah pun, masa masuk pintu pagar ramai jugaklah pelajar perempuan memerhatikan aku. Aku dengar je apa diorang bincangkan sesama sendiri.

Aku cantik. Okay bye—

Sampai sahaja aku di kelas, Chaerin segera mendapatkan aku.

"Eh, betul ke kau dengan Doyoung ad-" aku terus meletakkan jari telunjuk aku dibibir Chaerin.

"Maknanya betullah ni?"

"Tak." balas aku. Aku rasa dia sengaja je kot cakap macam tu.

Mungkin sebab dia nampak Yedam sunbae terpeluk aku tanpa sengajakan, jadi dia rasa cemburu.

Cemburu? Mengarut!

"Tapikan Jiyeon, cerita ni satu sekolah dah tahu tau. Tanak buat any official statement ke?" tanya Chaerin. Aku memandang kearah buku latihan matematik aku yang sedikit agak lusuh sebab banyak kali padam, menangis, buat doodle sikit, padam dan ulang dari awal.

"Hmm aku tak taulah. Kalau berdiam nanti orang assume betulkan? Kalau kita bersuara pulak orang cakap kita ambil attention orang walaupun niat kita bukan nak ambik attention diorang pun." balas aku.

"Jiyeon." aku dengan Chaerin memandang serentak kearah pemilik suara yang memanggil aku.

"Cerita dekat aku apa yang terjadi masa kau pindah tadika dulu." Aku mengamati muka manusia yang kini berada dihadapan aku.

Chaerin hanya mendengar apa yang kami bualkan.

"Oh jadinya lepas accident tu la kau lupa ingatan eh? Tapi nasib baik kau ingat aku." balasnya.

"Kalau aku tak bukak tin biskut kat bilik aku, aku rasa aku lupa kau Hoon."

"Hoon?" celah Chaerin.

"Younghoon."

Ya, lelaki yang bersama kami ni. Dia, Kim Younghoon. Cuma dia tua setahun daripada kami dan dia takde kaitan pun dengan geng Doyoung sekarang ni.

Banyak buat sendiri kot. Kot la.

"Tapi cerita kau dengan Doyoung tu couple tak betulkan? Sebab yelah manalah tau tiba-tiba sel-sel otak berfungsi balik en so teringat janji bodo-bodo dia dengan kau tu pastu korang pun confess each other hehehe." balasnya.

Aku menggeleng.

"Aku minta diri dulu takut saem dah masuk kelas. Nanti apa-apa roger aku okay? Rindu kau!" pinta Younghoon. Kami berdua melambai kearahnya tanda selamat tinggal.

Aku dengan Chaerin meneruskan perbualan kami. Depan locker pun tibai jela.

"Oh, maknanya betullah kau dengan Doyoung pernah berkawan eh dulu?" tanya Chaerin. Aku tergelak kecil dengan soalan Chaerin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 25, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

girlfriend ➸ kim doyoung Where stories live. Discover now