여자친구 | 02

439 67 10
                                    

pov | you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

pov | you

"Tadi awak sembang apa dengan sunbae kita? Dia macam ceria betul." Chaerin memulakan perbualan kecil ketika kami berdua melangkah keluar pagar sekolah.

"Oh, dia kata ada rumour fasal saya. Saya macam rumour apa pulak ni tapi saya tak faham apa yang dia nak sampaikan." balas aku.

"Dari semalam lagi. Diorang kata budak baru masuk tu cantik. Awaklah orangnya." katanya.

Aku menggegam tangan Chaerin. Sakit dikepala aku menyerang secara tiba-tiba. Aku menahan sakit sejak waktu terakhir tadi tetapi aku biarkannya tanpa ubat.

"Jiyeon, awak okay tak ni?" tanya Chaerin. Aku menggegam tangan Chaerin dengan erat. Kalini aku rasa nak menangis - menahan sakit dikepala aku.

"Chaerin, seluk poket saya. Ambil pil dan botol air saya dekat dalam beg." arah aku.

Chaerin masih terpinga-pinga tetapi dia terus mengambil apa yang aku suruh.

Mungkin cuaca harini sedikit panas membuatkan sakit aku datang kembali. Aku lupa untuk memakai topi ketika keluar tadi kerana memandangkan sekolah baru ini melarang pelajarnya memakai topi di dalam kawasan sekolah, aku terpaksa aku.

Selepas aku menelan pil yang diberi oleh Chaerin, dia membawa aku ketepi untuk meredakan kesakitan aku sebentar.

"Awak sakit ke?" tanya Chaerin. Aku hanya tersenyum dengan soalan Chaerin. Aku mahu menjawab tetapi pandangan aku gelap serta merta.

「 hospital 」

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

「 hospital 」

Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Orang pertama yang aku lihat adalah Chaerin dan beberapa pelajar lelaki.

Aku dekat mana?

"Jiyeon, saya risau. Nasib baik awak okay." kata Chaerin lalu memeluk aku dengan erat.

"Chaerin, apa yang diorang buat dekat sini?" tanya aku.

Aku memandang satu persatu wajah dihadapan aku. Aku mengenali Yedam dan Doyoung tetapi lagi dua ni siapa?

girlfriend ➸ kim doyoung Where stories live. Discover now