여자친구 | 04

502 71 15
                                    

pov | kim doyoung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

pov | kim doyoung

Sebaik sahaja sesi persekolahan tamat, aku terus meletakkan kepala aku diatas meja. Berat. Pening.

"Doyoung.. Awak okay tak?" satu soalan menegur aku. Aku mengangkat kepala aku untuk melihat siapakah manusia yang mengacau aku mahu tidur.

Baru nak lelap mata kejap haih.

"Er.. Okay je. Kenapa?" balas aku kembali. Tak jadi nak marah sebab Jiyeon yang tanya.

Aku ternampak ditangannya ada dua bungkus roti ban berperisa coklat dan strawberi.

"Nah." hulurnya satu bungkus yang berwarna merah.

"Ehem, sukalah tu orang bagi roti. Cuba kalau aku yang bagi confirm kau reject habis-habisan." perli Jihoon yang melihat drama 2 minit aku bersama Jiyeon.

Spoil betul.

"Kebetulan je ni beli. Tengok Doyoung macam sedih je, tu yang saya bagi dekat dia." balas Jiyeon.

Tengoklah, dia backup aku alahai terharu aku.

Walaupun dia tak boleh ingat siapa aku dalam hidup dia, tapi dia tetap baik dengan semua orang - termasuklah Yedam.

Bila teringat nama diakan, aku rasa terbakar woo. Macam dia yang berpura-pura layan aku baik-baik sebab dia punya misi sama dengan misi aku.

Baru sahaja Jiyeon mahu bergerak ke mejanya, tangan aku terus memaut tangan kirinya.

"Aku mintak maaf fasal semalam." kata aku. Lalu aku melepaskan tangannya, menyembam muka aku ke meja.

Pipi aku terasa bahangnya - tanda malu. Dahlah jadi bahan tontonan Jihoon. Habislah dia bahan aku lepasni. Dia tu nampak je manis macam tu tapi bab-bab membahan, memerli dan mem-prank aku, nombor satu.

"Takpe. Get well soon, Doyoung." pesan Jiyeon.

Degupan jantung aku terasa berhenti selama satu saat. Dia wish get well soon tu rasa macam kita ni orang istimewa untuk dia. Fuh.

"Tak lama lagi orang tu join kelab dating la tu." perli Jihoon.

Aku memandangnya.

"Diamlah."

pov | you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

pov | you

Aku berada di sebuah kafe yang tidak jauh dari kawasan rumah aku serta sekolah bersama dengan Chaerin.

"Awak dengan Doyoung tu memang kawan baik ke?" aku yang sedang menghirup hot chocolate tiba-tiba terhenti akibat soalan yang dilontarkan oleh Chaerin.

"Saya pun tak pastilah. Ibu saya ada jugak cakap fasal ni tapi tak saya tak faham sangat. Kenapa?"

Aku memandang kearah Chaerin yang sedang memerhati sekeliling kawasan kafe.

"Saya cakap ni jangan marah."

Aku mengerutkan dahi aku tanda apa-dia.

"Rasanya, ada orang ekori kita. Tapi saya tak pastilah siapa. Macam pelik jugakkan tiba-tiba je saya jadi macam detektif Conan." balas Chaerin.

Jujur, aku turut merasai perkara yang sama apa yang Chaerin rasakan.

Tiba-tiba je sampai kafe, barista tu cakap minuman kami berdua dah siap. Yang lagi pelik tu, minuman yang dipesan adalah sama dengan apa yang kami berdua mahu pesan.

"Awak suspek siapa?" tanya aku. Chaerin menjungkit bahunya tanda tidak tahu. Aku malas nak tuduh-tuduh orang ni, tak dapat pahala pun sebenarnya.

"Awak, tu Yedamkan?"

Aku memusingkan badan aku kebelakang untuk melihat sama ada betul atau tidak apa yang disoalkan oleh Chaerin.

"Jangan-jangan.."

"Yedam suka awak kot." duga Chaerin.

Nonsense.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
girlfriend ➸ kim doyoung Where stories live. Discover now