Kaki di langkah lemah masuk ke dalam rumah setelah balik dari perkuburan Islam. Rumah yang dulu ada sinaran, kini hilang.
Aryana yang mahu melangkah naik ke atas terbantut apabila mendengar pertuturan dari ibunya ini.
"Kau suka lah tu kan. Aryain dah mati. Kau suka lah, Aryain tak ada huh ?"
Aryana tahan perasaan apabila Puan Ashya lancang menuduhnya yang bukan-bukan.
Nafas di hembus lemah dan kekuatan cuba di raih.
"Ibu... Apa yang ibu cakap, bertentangan dengan perasaan Yana."
Puan Ashya ketawa sinis mendengar balasan anaknya.
"Haha. Kau ingat aku percaya huh ? Aryain mati sebab kau! Kenapa kau je yang tak mati ?! Kenapa harus Aryain yang mati ?!" amuk Puan Ashya dan berjalan mendekati anaknya ini. Pinggang di cekak. Sungguh dia tidak terima akan kenyataan ini.
Kepala Aryana menunduk apabila ibunya ini sudah berdiri di hadapannya.
"Hey! Aku tanya, kenapa kau je yang tak mati huh ?!"
Aryana ketap bibir. Kenapa hal kematian, perlu dipersoalkan padanya ? Dia bukan Tuhan.
"Yana. Ibu tanya, kenapa kau je yang tak kena langgar ? Kenapa harus Aryain ?" tegas Puan Ashya mahu tahu.
Bawah bibirnya digigit halus. Debaran di dada, di kawal sehabis baik.
"Kenapa ibu persoalkan kematian pada Yana ? Cuba ibu tanya pada Tuhan. Kenapa bukan Aryana huh ?"
"Memang lah aku persoal kan pada kau! Kau ni, anak malang! Beban dunia! Beban aku! Haish, penat lah aku dengan perangai tak semenggah kau ni! Aryain dah tak ada! Siapa lagi aku nak harap kan untuk dapat tempat teratas ?!" bentak Puan Ashya lantang.
Aryana tersenyum tawar.
"Ibu, cukup lah... Yana... Yana penat..." luah Aryana jujur. Sungguh dia penat dengan semua ini. Kenapa harus dia yang lalui ?
Rengusan nafas kasar dari Puan Ashya, jelas kedengaran. Puan Ashya tahan sabar sebelum—
PANG!
Tamparan hebat dilepaskan pada pipi Aryana.
Aryana terkilan dengan perbuatan ibunya. Pertama kali dalam hidup, ibunya naik tangan.
Airmata yang sedari tadi di tahan, kini mengalir jatuh setelah telapak tangan tua ibunya, melekat pada pipinya.
"HEY ARYANA! AKU BENCI DENGAN PERANGAI KAU MACAM NI! KAU TAHU MENYUSAH KAN AKU JE! CUBA SENANG KAN AKU MACAM ARYAIN! INI BUAT PERAGAI MALAS!" sembur Puan Ashya tanpa tapisan.
Ada yang pecah, tapi bukan kaca.
Ada yang renyuk, tapi bukan kertas.
Itu lah dia, hati Aryana yang bergelar anak.
"Ibu..." bibir Aryana bergetar.
Puan Ashya menatap sinis wajah menunduk Aryana ini. Wajahnya memerah kerana amarah syaitan yang menguasai jiwanya.
"Yana, kenapa kau tak mati je dari dulu ? Kau tahu menyusah kan aku. Kenapa kau tak mati ikut ayah kau ? Kenapa Aryain yang harus mati ? KENAPA ARYANA ?!"
"DIAM LAH IBU! IBU PERSOALKAN SENDIRI PADA ALLAH! TANYA PADA DIA KENAPA YANA YANG TAK MATI!!" buat pertama kali, Aryana naik suara.
Puan Ashya terkaku dan membalas panahan mata Aryana yang berair ini.
"Ibu, berhenti. Persoalkan takdir. Berhenti. Buat Yana macam ni. Yana penat." tutur Aryana tegas dengan bibr yang bergetar.
Hatinya sedikit tidak tenang apabila dia tidak sengaja menaik kan suara pada wanita yang bergelar ibunya ini.
Puan Ashya, ketawa sinis mendengarnya.
"Ha. Ha. Ha. Penat kau je yang kau fikir ? Macam mana penat aku yang mengandung kan kau selama sembilan bulan huh ? Pernah kau fikir ? Pernah kau fikir penat aku cari makan untuk kau ? PERNAH KAU FIKIR TAK ARYANA ADELA ?!"
PANG!
Sekali lagi pipinya menjadi mangsa. Kawasan yang di tampar, di pegang. Airmatanya semakin deras mengalir.
Dia penat dengan semua benda.
Kepala Aryana terus menunduk sedih. "Maaf ibu, my fault."
"Tch. Kau perlu sedar Yana, kau tu, beban aku! Jadi, kau pergi naik atas dan belajar sana! Jangan susah kan aku ada anak bodoh macam kau ni!" dan Puan Ashya segera beredar dari hadapan tangga ini.
Aryana terkaku. Bibirnya di kemam. Again ? Belajar ? Sampai mampus huh ?
"Aryain..." bisiknya halus menyebut nama sang adik. Airmata terus menerus mengalir. Lihat, dia sudah mula lemah.
Minda terus teringat akan mesej yang Aryain hantar padanya pada hari kejadian.
MA BOY! 👑
: Yana, aku sayang kau! Jaga diri! Mungkin kita tak dapat bersama.
: Jadi kuat demi aku kakak!
: Aku sayang kau!Mesej dari Aryain, seakan dia tahu ajalnya akan tiba. Tapi Aryana tidak mahu persoalkan. Itu semua, sudah di rancang oleh Sang Pencipta.
Apa yang perlu dia lakukan, dia harus redha dengan semua ini.
YOU ARE READING
C | BEBAN √
Teen FictionSaat kau merasakan dirimu adalah sebuah beban, ada lagi yang merasakan dirinya adalah beban untuk segala-galanya. Darjat dan angka adalah segala-galanya bagi orang yang berkuasa dan gila nombor. Di bandingkan sedangkan kepandaiannya setaraf dengan a...