👶🏻໒꒱ CH01

69 10 21
                                    

BEBERAPA TAHUN LEPAS

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

BEBERAPA TAHUN LEPAS

Aku duduk di sebelah pusara milik isteriku. Flashback hitam itu terus menguasai fikiranku.

Flashback

"Sayang~~ ite penat la." kata aku sambil memelukkunya dari belakang. Dia hanya tersenyum.

"Kalau penat, rehatlah dulu. Schedule awak kan pack hari ni. Baik awak rehat dulu. Saya nak siapkan makan malam kita dulu." katanya lagi. Aku terus mengusap perutnya yang makin membesar.

Maklumlah tak lama lagi kami akan terima permata kecil dan comel dalam hidup kami.

"Bila la anak papa ni nak keluar ni? Papa tak sabar nak tengok.." kataku lalu mengucup perutnya lembut.

"Nanti papa. Pergi mandi dulu. Kiteorang tunggu pat..." katanya lalu menolakku keluar dari dapur. Aku hanya tergelak kecil lalu masuk ke bilik untuk membersihkan diri.

Selepas makan malam, kami berdua meluangkan masa bersama dengan menonton tv sambil cuddle antara satu sama lain.

Hari semakin lewat, kami pon naik ke bilik untuk tidur. Aku tidur dengan lenanya sehingga di satu detik, aku mendengar isteriku menjerit.

"Arghhh baby, sakit..."

Aku tersedar lalu cepat mendapatkan isteriku.

"Sayang, kenapa?" soalku. Dia mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

"Dah sampai waktu saya nak bersalin. Cepat, sakit..." katanya. Aku cepat ii mengendongnya ke kereta dan terus ke hospital.

Dia dibawa masuk ke dalam bilik bersalin untuk process bersalin. Aku tak dibenarkan untuk masuk jadi aku tetap duduk di hadapan bilik itu.

Perasan aku mula tak sedap tapi aku terus berfikir positif. Setelah berjam-jam lama aku tunggu, akhirnya doktor keluar dari bilik itu.

"Doktor, macam mana dengan isteri dan anak saya?" soalku. Doktor itu hanya tersenyum.

"Tahniah, isteri cik melahirkan seorang bayi perempuan. Dia sihat." katanya. Aku melepaskan nafas lega. Tiba ii, riak wajah doktor itu berubah.

"Tapi isteri encik..."

Aku memandang terus ke arah doktor itu.

"Pendarahan dalaman berlaku semasa process bersalin. Isteri encik kehilangan banyak darah. Kami tak dapat selamatkan isteri encik. I'm so sorry..." kata doktor itu sebelum pergi.

Aku terus terduduk di atas bangku sambil meraup wajahku. Kehilangan seseorang yang disayangi tu perit.

"Nari, kenapa awak tinggalkankan saya dengan puteri kecil kita? Why? Macam mana saya nak teruskan hidup?"

Aku asyik bertanya soalan ni kepada diri aku sendiri.

End of flashback

Sedang aku termenung, aku dikejutkan oleh suara seseorang.

"Papa, papa.."

Aku menoleh. Kelihatan anakku, Youngmi berlari ke arahku dan memelukku erat.

"Youngmi datang dengan siapa?" soal aku.

"Datang dengan uncle Hyunjae." katanya. Kelihatan Hyunjae datang ke arahku.

"Kau dah duduk lama kat sini. Jomlah balik. Kesian kat Youngmi." katanya. Aku hanya tersenyum perlahan.

"Sekejap la. Bagi aku jumpa wife aku dulu. Dia pon mesti rindukan Youngmi." kata aku. Hyunjae hanya mendiamkan diri dan aku terus meletakkan Youngmi di pehaku.

"Youngmi, mama Youngmi berehat kat sini." kata aku sambil ingin menahan air mata.

"Mama, mama rindukan Youngmi tak? Youngmi nak jumpa dengan mama." katanya sambil memelukku.

"Nanti bila dah sampai waktunya okay? Papa tau mama pon rindukan Youngmi." kataku lalu mencium dahinya.

"Papa, mama dulu macam mana? Papa tak cerita pon dengan Youngmi." katanya sambil mencebik.

"Yelahh nanti papa cerita bila kita dah balik rumah kita, okay?" soalku. Dia hanya mengangguk. Maklumlah aku asyik sibuk dengan kerja sampai anak aku ni pon terabai.

Kengkadang aku suruh Hayoun atau Haerin yang jagakan Youngmi untuk aku tapi tulah, mereka pon bekerja jugak. Susah gini.

"Younghoon, jomlah. Yang lain semua dah tunggu kita kat cafe. Sangyeon hyung cakap hari ni dia nak belanja kita makan." kata Hyunjae. Aku membulatkan mata.

"Wahhh tak pernah ii hyung tu nak belanja makan kita semua ni." kata aku sambil ketawa kecil.

"Tulah tu. Aku dengar pon dah terbeliak mata. Jomlah. Youngmi pon mesti lapar dah tu." katanya. Aku hanya mengangguk.

"Youngmi, say byebye kat mama." kata aku. Youngmi melambaikan tangan ke arah pusara ibunya sebelum aku mendukungnya pergi dari situ.

『 C 』 KYH FF ; ❛❛Single Papa & Miss Mama❜❜Donde viven las historias. Descúbrelo ahora