👶🏻໒꒱ CH09

48 7 0
                                    

Aku baru sahaja pulang dari Namsan Tower setelah lama aku menemani Hayoun untuk double date

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku baru sahaja pulang dari Namsan Tower setelah lama aku menemani Hayoun untuk double date. Aku masuk ke dalam bilikku dan duduk di atas katil.

Aku dah tau serba sedikit pasal Nari tu. Dia datang dari sebuah keluarga yang serba sederhana tapi Younghoon bagitau aku yang dia kehilangan eomma dia sejak dia kecil. Dia tinggal dengan appanya.

Aku mengetap bibir kuat. Kalau kisah aku terbalik pulak. Ibu bapa aku bercerai dan aku tinggal bersama eomma. Appa pulak hilang tah kemana.

Aku mengeluh perlahan. Tiba ii, telefon aku berdering. Ternyata dari Seonghwa.

"Hello, Hwa kenapa?" soal aku.

"Nabi, hurmm esok awak free tak?" soalnya. Aku terdiam sejenak. Setahu aku esok memang aku kat rumah je la.

"Free tu free la. Kenapa?" soal aku.

"Hurmm jom hang out nak? Esok saya dapat off day. Rindu pulak nak hangout." katanya.

"Boleh je. Nak lepak mana tu?" soal aku.

"Hurmm kita jalan ii sekitar myeongdong nak?" soalnya. Aku terdiam sejenak. Aku tiba ii terfikir pasal Youngmi. Esok mesti aku kena jaga dia.

"Saya okay je. Tapi, saya nak bawak Youngmi sekali boleh?" soal aku.

"Youngmi? Siapa tu?" soalnya. Aku hanya tergelak kecil.

"Dia anak jagaan saya. Awak pon tau kan saya jadi babysitter sekarang." kata aku lagi.

"Ohh yelah. Hurmm dah alang ii tu boleh la kita pergi zoo jugak. Budak kecil kan suka pergi zoo." katanya.

"Boleh ii. Okay la Hwa, jumpa esok." kata aku lalu matikan panggilan. Aku berjalan menuju ke bilik air untuk mandi dan berehat di rumah seorang diri.

KEESOKKAN HARINYA

Aku bangun pagi untuk menyiapkan sarapan. Tiba ii aku mendengar loceng rumah berbunyi.

Aku mengerutkan dahi. Cepat betul Younghoon sampai rumah. Aku bergegas untuk membuka pintu. Kelihatan Youngmi berdiri di depan pintu dan tersenyum.

"Hi unnie." kata Youngmi.

"Ehhh hi Youngmi. Mana papa youngmi?" soal aku.

"Papa Youngmi hantar youngmi kat pagar je tadi sebab papa kena pergi praktis awal." katanya. Aku hanya mengangguk dan menyuruh Youngmi untuk masuk ke dalam.

Aku pon menutup pintu pagar yang terbuka itu. Haih Younghoon ni pon kalau nak cepat je panic semacam.

"Youngmi, jom kita breakfast dulu." kata aku. Dia mengangguk lalu meletakkan begnya di ruang tamu dan mencuci tangannya sebelum makan.

Aku pon makan bersama dengannya.

"Youngmi, hurmm hari ni unnie nak keluar dengan kawan unnie. Youngmi ikut eh?" soal aku. Dia mengangguk.

"Dengan siapa, unnie?" soalnya.

"Seonghwa." kata aku. Dia hanya memuncungkan bibir sambil mengangguk. Setelah selesai aku pon membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan.

"Unnie, kita nak pergi kul berapa?" soal Youngmi sambil memeluk plushie. Aku terdiam sejenak.

"Hurmm Seonghwa oppa cakap dalam tengahari macam tu. Takpelah, Youngmi tengok tv and main ii dulu." kata aku lagi. Dia tersenyum dan mengangguk.

"Okay la ite main dulu la." katanya lalu berjalan menuju ke ruang tamu. Aku hanya tersenyum lalu membuat kerja ii di pagi hari.

Masa berjalan dengan pantas dan kami menunggu Seonghwa untuk tiba di rumahku. Katanya dia nak jemput kami berdua.

Tak lama kemudian, ada sebuah kereta berhenti di hadapan rumahku. Itu ialah Seonghwa.

"Ehh Nabi, jom." katanya. Aku mengangguk dan mendukung Youngmi ke tempat duduk belakang. Aku menolongnya memakai tali pinggang keledar.

"Youngmi, behave okay?" soal aku. Dia mengangguk. Setelah selesai, aku duduk di di sebelah Seonghwa.

"Semua dah ada?" soalnya. Aku mengangguk dan kami terus pergi.

"So kita pergi zoo dulu nak?" soal Seonghwa.

"Saya okay je. Youngmi pon okay aje." katanya lalu menoleh ke tempat duduk belakang. Kelihatan Youngmi sedang bermain dengan permainannya.

"Youngmi, kita gi zoo okay tak?" soal Seonghwa. Youngmi hanya mengangguk.

"Sorry la Hwa, Youngmi ni agak pemalu sikit." kata aku lagi. Dia mengangguk faham.

"Takpe saya faham."

Setelah beberapa minit perjalanan, kami tiba di zoo. Aku berjalan sambil memegang tangan Youngmi.

"Korang dua tunggu sini tau. Saya nak beli tiket jap." kata Seonghwa lalu pergi ke kaunter tiket.

Aku duduk di bangku bersama dengan Youngmi.

"Unnie, youngmi nak ais krim." kata Youngmi sambil menunjuk ke arah gerai ais krim itu. Aku mengangguk lalu pergi bersamanya untuk membeli ais krim.

Aku membelikan ais krim untuk Youngmi dan membayarnya. Setelah selesai, aku berjalan ke arah Seonghwa yang sedang mencari aku dan Youngmi.

"Sorry Hwa, Youngmi nak makan ais krim pulak." kata aku lagi.

"Takpe, nah tiket untuk korang." katanya lalu menyerahkan gelang dewasa dan kanak ii kepadaku.

Aku memakaikan gelang untuk Youngmi.

"Youngmi habiskan ais krim tu dulu. Lepas tu baru boleh masuk okay?" soalku. Youngmi hanya akur dan duduk di bangku untuk habiskan ais krimnya.

Seonghwa memerhatikan Youngmi.

"Anak siapa tu, Nabi?" soalnya. Aku hanya tersenyum kecil.

"Itu anak Younghoon." kata aku. Dia membulatkan mata.

"Younghoon? The Boyz?" soalnya. Aku hanya mengangguk.

"Haah, awak pon tau kan dorang mula busy sangat ii ni. Saya offer diri untuk jaga Youngmi since saya memang suka dengan budak ii." kata aku lagi. Dia hanya mendiamkan diri mendengar ceritaku.

Tak lama kemudian, Youngmi datang ke arah kami.

"Youngmi dah habis makan. Jomlah masuk." kata Youngmi lalu memegang tanganku dan Seonghwa untuk masuk ke dalam zoo.

Kami pon meluangkan masa bersama sehingga larut petang. Seonghwa kata malam nanti boleh singgah Myeongdong untuk makan malam.

Apa ii pon aku kena bagitau Younghoon dulu untuk mendapat izin untuk Youngmi. Lagipon, dia ada kerja sampai larut malam tu tapi tak tau pukul berapa dia akan habis schedulenya.

『 C 』 KYH FF ; ❛❛Single Papa & Miss Mama❜❜Where stories live. Discover now