👶🏻໒꒱ CH08

46 7 0
                                    

Selepas kejadian tempoh hari, aku langsung tak boleh pandang muka Younghoon dari dekat

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Selepas kejadian tempoh hari, aku langsung tak boleh pandang muka Younghoon dari dekat. Hanya boleh perhatikan dari jauh sahaja.

Hari ni, Younghoon dapat offday jadi dia tak menghantar Youngmi ke rumahku. Aku baring di atas sofa sambil melayan cerita Squid Game.

Tiba ii, telefonku berdering.

"Hello?" soalku.

"Hello, Nabi. Aku nak mintak tolong kau." kata Hayoun. Aku hanya mengangguk.

"Mintak tolong apa tu?" soal aku.

"Teman aku, please." katanya. Aku mengerutkan dahi.

"Teman apa? Kau jangan cakap suruh temankan kau double date. Aku tak nak." kata aku lagi.

"Halahhh jomlah Nabi. Hae tak free hari ni. Dia nak layan suami kesayangan dia tu. Jomlah please. Nanti aku suruh Hyunjae bawak partner untuk kau, okay?" soalnya lagi.

Aku mengeluh perlahan.

"Siapa? Sangyeon?" soal aku lagi. Kelmarin pon aku terpaksa berdouble date dengan dorang ni.

"Hurmm kalau kau nak dia, boleh je aku suruh. Tapi tak tau la kalau dia free ke tak rini. Kalau tak, dia bawak je random members." katanya lagi.

"Yelah. Ni last tau aku temankan kau berdating. See you later." kata aku lalu matikan panggilan.

Aku pon naik ke bilik untuk bersiap. Aku akan berjumpa dengan Hayoun di depan Namsan Tower.

Selepas bersiap, aku memesan grab untuk ke sana. Setelah tiba, aku terus menaiki cable car ke puncak Namsan. Kelihatan Hayoun dah menunggu aku disana.

"Hayoun..." aku memanggilnya. Dia melambaikan tangannya dan aku berlari ke arahnya.

"Haa sampai pon kau." katanya. Aku hanya mencebik.

"Yelahh kalau aku lambat kang merajuk pulak. Dah agak dah kau mesti target aku punya nak berdating." kata aku.

Maklumlah aku sorang je single. Kawan ii aku ni semua dah berpunya so memang senang aku jadi target dorang ni.

"Hyunjae mana?" soal aku.

"Ohh dia dalam perjalanan la tu. Nanti kau takyah la balik naik grab. Hyunjae hantarkan kau balik." kata aku lagi. Aku hanya mengangguk.

"Yelahh ikut korang la. Aku malas nak fikir dah." kata aku lagi. Sementara menunggu, kami membeli makanan ringan untuk alas perut.

Sedang kami menikmati makanan, tiba ii aku ternampak dua lelaki jalan ke arah kami.

"Jae..." Hayoun melambaikan tangannya dan memeluknya erat. Mata aku tertumpu kepada lelaki di sebelahnya.

Aku membulatkan mata dan pada masa yang sama, muka aku merona merah

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Aku membulatkan mata dan pada masa yang sama, muka aku merona merah.

"Y-younghoon?"

Dia hanya tersenyum.

"Hi Nabi..." sapanya. Aku hanya terdiam seketika.

"Hehe aku saje bawak dia sebab dia sorang je yang free. Yang lain semua ada hal so yeah." kata Hyunjae.

"Habis tu, Youngmi camne?" soalku.

"Jangan risau, Youngmi saya tinggalkan dengan members yang lain. Maklumlah dorang nak main jugak dengan Youngmi." balas Younghoon. Aku hanya terdiam seketika lagi.

"Ehhh dahlah jom kita naik ke Namsan Tower." kata Hayoun. Kami pon berjalan bersama ke Namsan Tower.

Aku memerhati keadaan Hayoun dan Hyunjae. Mereka berdua nampak serasi manakala aku dan Younghoon berjalan dengan perasaan janggal.

"Hurmm Nabi." sapanya. Aku memandang ke arahnya.

"Nae? Kenapa?" soal aku.

"Hurmm awak kena paksa ke?" soalnya. Aku hanya mengangguk.

"Haah tapi takpelah diorang nak berteman." kataku sambil ketawa kecil. Younghoon turut ketawa kecil sehingga kami berjalan ke arah kedai souvenir.

"Ehhh jom kita beli manga tu nak?" soal aku. Dia hanya mengangguk.

"Saya pernah buat dengan isteri saya dulu." katanya. Aku memandang ke arahnya. Aku jamin dia rindukan mendiang isterinya.

Aku memegang tangannya.

"Sokay, awak boleh create yang baru. Let the past go with peace." kataku lagi. Dia hanya tersenyum.

"Thanks Nabi. Awak betul ii mengingatkan saya pada dia." katanya. Aku cepat ii melepaskan tangannya.

"Saya gembira kalau diri saya ni mencerminkan diri dia." kataku lalu menyerahkan salah satu manga kepadanya.

Kami berdua menulis hajat kami masing ii.

"Kalau nak cepat tercapai, kena lock kat tempat yang paling tinggi." kata aku lagi. Dia mengangguk setuju.

"Betul."

Setelah selesai, kami pon keluar untuk mengunci manga masing ii. Dia menolongku untuk menguncinya selepas dia selesai mengunci manga miliknya.

Kami pon berjalan turun dari Namsan. Entah kenapa tiba ii, aku ingin bertanya pasal mendiang isterinya.

"Younghoon..."

Dia menoleh ke arahku.

"Kenapa?" soalnya. Aku memandang tepat ke arahnya.

"Boleh tak awak ceritakan kat saya pasal mendiang isteri awak?"

Aku nak tau lebih dalam tentangnya. Entah kenapa aku rasakan yang dia ada kaitan dengan diri aku.

『 C 』 KYH FF ; ❛❛Single Papa & Miss Mama❜❜Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon