episode 37🌼

8.7K 700 146
                                    


Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi,Claire Alara termenung kosong memandang dinding putih bilik hospital itu, dia baru sahaja sedar dari bius penenang yang diberi oleh Syed Ian tadi, Tengku Adam keluar sebentar berbincang dengan kai dan raphael,

Dirinya terasa kosong,dia tidak rasa mahu meneruskan hidup selepas apa yang terjadi, kenangan bersama Cecile terngiang-ngiang didalam fikiran,

"I SAID CERTIFIED FREAK, SEVEN DAYS A WEEK WET ASS PUSSY, MAKE THAT PULLOUT GAME WEAK!, WOOO AHHH!"

"Kau- asal ada towel kat kepala kau nyah?"

Cecile liyana menyentuh kepalanya hehehe lupa nak cabut tadi lepas mandi gelabah sangat,

"Aku baru lepas mandi masa kau call,terus aku pecut datang sini"

"Dengar sini Claire alara,Allah duga kau sebab DIA tahu kau kuat, Allah sayang kan kau sebab tu DIA duga kau macam ni"

Ketawa kecil keluar dari mulut Claire alara, namun beberapa saat kemudian air matanya jatuh berderai, fikirannya kosong,

"Aku tak kuat Cecile, macam mana aku nak kuat kalau kau tak ada?"

Claire menangis teresak-esak,

"Kau selalu faham aku bila tak ada siapa yang faham aku, kau selalu ada di sisi aku masa aku perlukan seseorang, kau berani speak up untuk aku, tell me Cecile macam mana aku nak hidup tanpa kau?"

Claire termenung kosong sungguh sekarang dia seperti hidup tanpa harapan dan kamahuan hidup, kepalanya menoleh ke arah meja kecil disebelah katilnya, matanya tertumpu kepada buah-buahan dan pisau kecil dimeja itu, tanpa gentar tangannya meraih pisau tersebut, di letakkan pisau itu di pergelangan tanganya

"Aku dah berlawan terlampau lama,aku boleh hadap semua... Tapi kehilangan kau Cecile? dugaan ni terlampau berat untuk aku"

Ditekan pisau itu kuat, sudah terlihat geresan merah yang hampir berdarah,

"Kau tunggu aku dekat sana... kejap lagi aku datang"

Baru sahaja mahu mengores pergelangan tangannya tiba-tiba dia merasa ada tangan yang menghalang,

"Kau buat apa ni?"

Tersentap Claire bila mendengar suara yang dia sangat rindukan, dia mendongakkan kepalanya memandang gerangan suara tersebut,

"Ce-cecile"

Jatuh air mata Claire alara melihat Cecile Liyana, gadis itu terlihat sangat cantik,memakai Tudung dan baju tertutup serba putih,mukanya pula bersih putih bersinar, sungguh Cecile Liyana kelihatan sangat indah saat ini,

"Claire tolong jangan buat macam ni, kau ada Yusuf dan Syah untuk kau jaga, jangan seksa diri kau"

Claire menggeleng kepala air mata terus membasahi pipi pucatnya,

"Aku tak boleh hidup tanpa kau,aku mohon bawak aku dengan kau cecile!"

Cecile tersenyum dengan mata yang berkaca,dia menyantumkan dahinya bersama dahi Claire Alara,

"Kau kena kuat... Kau Claire Alara sahabat Cecile Liyana, kau seorang yang kuat, aku selalu ada dekat kau walaupun kau tak boleh nampak aku"

"Tapi aku tak sanggup"

Cecile menghapus air mata Claire yang sudah membanjiri pipi,

"Ingat ni... Kau, Rachel, Aaron adalah kawan aku dunia dan akhirat,kau kena teruskan hidup,bukan hanya untuk anak-anak dan family kau but untuk diri kau sendiri juga, aku sayang kau Claire, kau selalu ada masa aku susah dan senang, aku tak akan lupakan kau,jadi tolong teruskan hidup..."

HE'S MY BABY (Is In The Process Of Editing)Where stories live. Discover now