Adrian & Suhaila part 2 🌷

2.9K 188 6
                                    

Stil in flashback

Suhaila tekun membaca dan berbincang dengan Zain dan Aifa tentang presentation mereka yang akan berlangsung dalam 6 minggu lagi. Hanya 3 manusia itu sahaja yang bekerja, Tengku Adrian dari tadi tidak lagi lepas-lepas menatap dan merenung Suhaila. Suhaila yang merasa gerak gerinya diperhatikan terus menjeling sejenak Tengku Adrian sebelum dia memalingkan pandangannya.

Zain yang melihat perangai sahabatnya itu sudah habis tahu yang lelaki itu sedang di lamun cinta. Tengku Adrian sang playboy terjatuh hati dengan Suhaila sang bidadari University.

"Uhmmm Aifa jom teman i beli air. Air i dah habis"

Zain menggoncang-goncang cup air berlogo Starbucks itu. Mereka duduk study group di Starbucks berdekatan University. Aifa yang memberi idea supaya mereka duduk di Starbucks. Mendengar idea Aifa, Tengku Adrian setuju dan menawarkan untuk membelanja mereka semua.

"Nah kad"

Dengan segaknya Tengku Adrian menghulurkan black card nya yang diselitkan di jari telunjuk dan jari tengahnya. Matanya pula masih lagi tidak lepas dari Suhaila yang sedang menyelak purdahnya perlahan untuk meminum seteguk dua air mahal itu. Terkejut juga dia melihat harga minuman di kedai yang agak asing baginya ini. Satu air dah cecah 20 rm. Terkejut nyah.

Zain dengan selamba badak mengambil black card lelaki itu, lalu dia beredar ke kaunter bersama Aifa.

Sekarang hanya Tengku Adrian dan Suhaila sahaja di meja itu. Tidak sekali pun Suhaila memandang lelaki itu. Gadis itu hanya fokus dengan kerjanya. Sesekali dia menyelak sedikit purdahnya untuk makan dan minum. Aksi comel Suhaila menyelak purdah supaya tidak kelihatan wajahnya membuat Tengku Adrian tersenyum suka. Dia merasa benda itu sangat comel.

"Tengku tolong jangan pandang saya macam tu. Tolong jaga pandangan"

Ternaik kening Tengku Adrian dengan kata-kata Suhaila. Hujung tudung labuh Suhaila diambil lalu di pintal-pintal kecil. Matanya dalam merenung tingkah laku Suhaila dengan senyuman suka.

"Kenapa?. Saya hanya menghayati ciptaan Tuhan"

"Tak manis Tengku. Lelaki dan perempuan harus menjaga pandangan. Takut nanti terjadi zina mata"

Tengku Adrian mengangguk-angguk faham. Suhaila yang merasa tudungnya seperti di tarik, dia menjeling matanya ke bawah. Melihat Tengku Adrian yang suka suki sahaja memintal tudungnya dengan lembut dia menarik tudung labuhnya dari sentuhan Tengku Adrian.

"Owh kira dosa lah kalau jadi zina mata?"

"Iya betul"

Ujar Suhaila sambil tangan menepuk-nepuk hujung tudungnya yang di sentuh Tengku Adrian.

"Kalau macam tu jom kahwin?. Boleh lah saya pandang Miss bidadari selamanya"

Tersentak Suhaila dengan kata-kata lelaki berpangkat Tengku itu. Reflek dirinya mendongak memandang wajah kacak lelaki itu yang dari tadi sudah lama merenung dalam dirinya.

Mata hitamnya dan mata kecoklatan Tengku Adrian bertembung. Seketika Tengku Adrian terpersona dengan gadis dihadapannya ini. Walaupun tubuh gadis ini ditutupi dengan abaya labuh namun dirinya terpesona dengan setiap pergerakan gadis ini. Walaupun wajahnya ditutupi dengan kain purdah namun entah kenapa dia pasti disebalik kain purdah yang menutupi ada sebuah wajah berseri.

"Tengku... Perkahwinan bukan lah benda yang boleh di bawa main. Tolong fikir dahulu sebelum Tengku bertutur kata"

Lembut sahaja Suhaila memerli. Matanya dialih dari lebih lama menatap mata Tengku Adrian. Walaupun jantungnya berdegup laju seperti kuda sedang berlawan polo namun dia cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan kegugupannya dihadapan lelaki ini.

HE'S MY BABY (Is In The Process Of Editing)Where stories live. Discover now