Bab 1

9 2 2
                                    

MASA KINI

Cahaya yang kelihatan samar-samar disebalik langsir bilik kamar.Itu bernasib baik sahaja masih lagi cuti Tahun Baru Cina, kalau tidak sudah pasti dia dalam keadaan angin yang tidak pernah baik untuk jangka masa panjang.

'Dah pagi ke?Malas betul aku nak bangun.Tapi siapa nak buat sarapan kalau bukan aku?' bebel akal nya

Baru sahaja dia ingin bangun,sepasang tangan elok sahaja melingkari pinggang nya walaupun sudah ditolak banyak kali namun tetap sama keadaannya.Sempat juga dia mengeleng kepala kerana melihat manusia disebelahnya kalau bukan suaminya.

"Nampak sangat aku kena belajar luar dan dalam perangai dia lepas ni.Memang pelik perangai dalam rumah dengan luar rumah.Tapi cute pula dia tidur dengan rambut pun boleh serabai dan muka licin.Entah aku kira yang untung atau dia bernasib malang sebab dapat aku?" omel nya sambil bermain rambut suaminya

Siapa lagi yang berani lakukan kalau bukan Ame sendiri.Sekarang ini dia tidak lagi menetap dirumah agam daddy tetapi rumah asing namun perlu menyesuaikan diri.Itu kira cukup bagus untuk tidak duduk sebumbung dengan mana-mana ahli keluarga.

Bagaimana pula daddy,abang long dan Afdzim membenarkan dia duduk berasingan daripada keluarga?Mari sini duduk dekat-dekat author.Sebelum itu, jangan lupa ambil popcorn dan air korang ye.

FLASHBACK

Keysha dan Yanna berada di dapur untuk menyediakan makan malam manakala Ame, Darwish, Syah dan Rayyan berada dalam bilik.Pada awalnya memang Ame dan Syah ingin menolong Keysha namun ditentang sehingga kedua-dua akur dengan muka takut.

Bukan takut pada Keysha mana pun tetapi ketukat Keysha bukan kaleng-kaleng malah takut tersalah tempat diketut.Merana hidup mereka sekiranya Keysha memilih untuk memasak mereka selepas ini.

"Awak." panggil Ame

Darwish yang elok sahaja bermain telefon pintar, terus mengerling untuk seketika sebelum menyambung memandang pada telefon kesayangan.Ame menarik nafas lalu menghembus nafas sebanyak tiga kali.

'Nasib baik sahaja kau tu suami aku.Kalau bukan, dah lama aku libas dengan katana aku karang.' getus Ame dengan geram

Melihat Darwish masih leka bermain telefon pintar, Ame hanya mampu mengeleng kepalanya kerana sudah masak dengan perangai lelaki.Pantang ada masa lapang, pasti game menjadi pilihan pertama mereka sejak azali.

Tiba-tiba ada mesej yang masuk dari telefon Ame lalu dibuka untuk melihat.Nampaknya dia perlu menyelesaikan masalah besar selepas cuti ini.

'Adrien, Adrien... kalau nak cari pasal dengan girlfriend pun jangan lah sampai libat aku pula. Macam lah aku ni jadi makcik gruad dia sepanjang saat pula,kan?' bisik hati Ame

Selepas puas melihat beberapa masalah sudah selesai,Darwish terus menutup telefonya sebelum memandang wajah Ame.Melihat Ame tersenyum seorang diri, membuat dia ingin tahu dengan siapa pula Ame bersembang.

"Siapa mamat dalam gambar ni?Macam mana kawan kau boleh bagi kau gambar lelaki?" tanya Darwish dengan serius

Ame yang terkelu apabila Darwish tiba-tiba sahaja bertanya soalan tentang gambar dalam telefonnya.Sudahlah itu adalah gambarnya bersama dengan Adrien semasa berada di Sabah cuti sekolah sebelum ini.

"Itu sepupu saya lah." kata Ame

"Tak pernah nampak pun sepupu kau?" tanya Darwish

'Ini yang malas nak cakap dengan mamat kerek.Sekali dia menjadi kerek, sampai mati pun belum tentu dia akan mengalah.' rungut Ame dalam hati

"Memang lah awak tak pernah nampak dia.Dia duduk dekat Brunie lah.Dia sepupu sebelah mummy.Lagipun, dia orang paling dekat dengan atuk dan nenek saya dekat Sabah sana." terang Ame dengan penuh ringkas

Miss Sliver High Saga: Chasing Haze BlueMoonDonde viven las historias. Descúbrelo ahora