Prologue

10 3 4
                                    

TAHUN 2006

"Mummy."

Seorang wanita yang elok memandang luar rumah disebalik tingkap, terus menoleh ke arah kanak-kanak kecil yang lincah sambil memeluk kucing kesayangannya.Memang tidak pernah lekang daripada tuannya tidak kira dimana-mana sahaja termasuk tempat berair.

"Eh?Kenapa anak mummy ni tak nak main dengan Keykey,Syasya dan Yaya dekat luar?" tanya mummy dengan lembut

"Emang Keykey da cak Meme ain kali api Meme ena arah ngan enda.Alah Meme ak ain ngan embar iri?" jawab Ame dengan sayu

Mummy memejam matanya kerana nasib anak kecil itu telah menjadi kebencian semua orang sehingga anak itu tidak ubah seperti orang asing dalam keluarga sedangkan darah yang mengalir dalam badan itu adalah sama dengan anak-anak nya yang lain.

"Nenda marah Meme sebab dia tak nak Meme sakit.Meme kan baru lepas kena pukul?Mesti nenda risau." pujuk mummy

"Alau enda ayang Meme,apa dia ak uka Meme pai dia kap 'Agan ekat ngan ucu aku!Kau ngan mak kau oleh apus?' mummy?" tanya Ame dengan polos sekali

Mummy terkedu apabila Ame yang masih naif dapat mengagak cara layanan ahli keluarga suaminya terhadapn anak gadis itu.Sungguh dia acapkali menyalahkan dirinya kerana tidak mampu membuat anak gadis nya mempunyai memori indah seperti Keysha,Syah dan Yanna.

Perasaan seorang ibu yang sakit melihat anaknya menjadi mangsa deraan keluarga mertua sendiri sedangkan anak itu tidak pernah melakukan kesalahan kepada sesiapa malah sanggup menolong tanpa mempedulikan dirinya.

"Mummy ngan agis.Meme agis uga." ujar Ame dengan muka ingin menangis

"Eh siapa cakap mummy nangis?Mummy kan kuat." pujuk mummy

KNOCK!KNOCK!

Melihat wajah kedua-dua anak teruna nya yang masih lagi lengkap berpakaian sekolah, sudah pasti pemandu kepercayaan suaminya mengambil mereka.Abang long dan Afdzim menyalam mummy lalu mencium pipi si kecil Ame.

"Lambat balik?Ada progam apa-apa ke?" tanya mummy

"Abang long keluar lambat sebab tiba-tiba pula cikgu pergi buat ujian mengejut.Nasib baik sempat ulang kaji walaupun ada soalan KBAT yang along tak boleh nak jawab.Lepastu, Ian ada kata dia nak datang rumah nak lawat mummy dan mon amour." adu Abang long

"Ayish da ali?" tanya Ame dengan teruja

Hanya adik kepada kawan baik Afdzal sahaja yang sanggup berkawan dengan nya walaupun jarak umur mereka hanya setahun.Malah, tanpa pengetahuan kembarnya, Ame mempunyai lagi tiga orang kawan juga.

Abang long mengangguk kepala sambil tersenyum.Memang jarang benar untuk melihat adiknya yang satu itu tersenyum.Itu sebab dia membenarkan sahaja adiknya berkawan kepada adik kawan nya.

"Angah pula kena hias kelas sebab minggu ni tugas angah dengan kawan-kawan angah.Bila siap tu, ingat nak pergi kelas along tapi tengah buat kuiz mengejut pula.Jadi, tunggul kayu lah asyik berdiri dekat kelas along." omel Afdzim sambil memeluk Ame dengan erat

Mummy mengangguk kepala sebelum mengambil Ame daripada Afdzim kerana melihat muka anak gadis nya, sudah pasti tangisan nyaring bakal meletus.Pantang orang jadikan sebagai anak patung, memang nyaring tangisan.

"Kesian anak mummy ni.Asyik kena gigit je dengan angah awak,ye?Nanti mummy marah angah teruk-teruk tau." pujuk mummy

Ame mengangguk kepala sambil menarik muncung itiknya.Semat lagi menjelir lidah pada Afdzim kerana bakal dimarahi oleh mummy sendiri.Afdzim dengan masih mengusik Ame, terus membalas sambil menjuling anak mata nya.

Tanpa amaran, tangisan Ame mula bergema seluruh bilik kerana diusik sebegitu oleh Afdzim. Abang long sempat menjeling Afdzim sebelum mengambil Ame daripada mummy kerana tidak mahu menyusahkan mummy yang sedang sakit itu.

"Mon amour along mana boleh nangis.Nanti ayish datang rumah, dia tak boleh main dengan mon amour sebab demam.Nak main dengan ayish tak?" tanya abang long dengan cara lembut

Ame mengangguk kepala sebelum jari keniknya elok menunjukkan ke arah Afdzim yang masih elok tergelak.Abang long memandang sahaja sebelum melihat wajah polos Ame yang sedikit merah akibat menangis.

"Ukul ah!" marah Ame 

PAK!

"Tengok tu.Along dah buat dekat angah dah." kata abang long 

Afdzim berdesis sakit sambil mengurut kepalanya yang baru sahaja dipukul oleh abang tercinta. Ame tersenyum lebar sebelum mencium pipi abang long dengan gembira.Mummy hanya mengeleng sahaja karenah anak-anak nya yang berbeza daripada anak-anak lain.

"Meme main dengan oyen dulu ye.Mummy nak cakap dengan abang-abang awak ni ye." pinta mummy dengan lembut

Dengan akur, Ame terus bermain dengan Oren yang masih lagi anak kucing ketika itu bersama-sama dengan ibu Oren.Mummy yang memastikan Ame berada disebelahnya sambil bermain dengan Oren, tersenyum lega.

"Ada apa mummy nak cakap dengan kitorang?" tanya abang long

"Bila mummy dah tak ada, tolong lindungi Meme daripada semua masalah." ujar mummy

Abang long mahupun Afdzim terkedu dengan permintaan mummy mereka.Terus sahaja kedua-dua memeluk mummy tanpa memikirkan perasaan segan untuk mengalirkan air mata.Sungguh mereka tidak mahu kehilangan mummy mahupun Ame.

"Mummy nak pergi mana?Jangan tinggal angah,along dan bulan." kata Afdzim dengan teresak

"Jangan sebut perkataan pergi lepas ni,mummy.Kitorang tak ada sesiapa nak bermanja selain daripada mummy.Mon amour masih perlukan mummy untuk terus hidup lagi." pohon abang long pula

Mummy yang melihat kedua-dua anak teruna nya yang tidak pernah menangis tidak kira bergaduh sehingga patah tangan atau kaki namun dengan nya sahaja kelemahan mereka.Jika Ame mudah menangis disebabkan dirinya, apatah lagi putera-putera kecilnya.

"Along,angah.Dengar cakap mummy ni,sayang.Mummy sendiri tak tahu sampai bila mummy mampu bertahan lagi.Kalau anak-anak mummy ni lemah, macam mana Meme nak kuat semula?Lindungi nyawa adik kamu berdua seperti kamu menyayangi mummy.Walaupun daddy ada tapi tidak selamanya Meme dapat rasa kebahagiaan dia sendiri.Kalau boleh mummy nak sangat anak-anak mummy rasa bahagia dimasa akan datang.Mummy dah pilih lelaki yang sesuai untuk adik awak.Yang pasti kamu berdua pasti suka tetapi sekiranya dia menyakiti perasaan Meme, mummy benarkan along dengan angah bawa Meme jauh daripada semua orang termasuk daddy." pesan mummy

Abang long dan Afdzim hanya mengangguk kepala mereka sambil mengesat air mata yang mengalir.Melihat Ame yang masih seronok bermain dengan Oren, membuat mereka ingin melindungi daripada kejahatan manusia.

"Apa ong an ah agis?Ak eyuk!" jerit Ame dengan teruja

Mummy tergelak kecil melihat watak Ame yang periang sebelum menarik sekali dalam pelukan bersama-sama abang long dan Afdzim.Hanya anak-anak teruna nya sahaja menjadi harapan untuk melindungi Ame selepas ini.

'Jadi gadis yang lebih kuat untuk kembar Meme.Mummy sentiasa berada dalam jiwa dan dunia Meme tidak kira sekalipun.Meme adalah nyawa mummy yang paling bermakna dalam hidup mummy.Mummy minta maaf sebab jadi seorang ibu yang tidak pernah sempurna dimata Meme walaupun Meme berkata sebaliknya.' bisik hatinya

Dia betul-betul tekad untuk melindungi permatanya walaupun sudah tiada di dunia kelak. Senyuman anaknya adalah kebahagiaannya untuk masa silam,semasa dan akan datang.



TO UNLOCK THE NEXT CHAPTER, PLEASE COMPLETE YOUR TASK:

VOTED: 2

COMMENT: 2

Miss Sliver High Saga: Chasing Haze BlueMoonWhere stories live. Discover now