Bab 2

17 1 0
                                    

WAKTU MALAM

Ame elok sahaja berada di mini meja DIY yang dibeli oleh Darwish menyemak setiap kerja rumah.Walaupun masa cuti masih lagi panjang tetapi memang tidak dia menyiapkan kerja rumah seperti Keysha,Syah dan Yanna.

Darwish yang baru sahaja keluar dari bilik air dengan siap pakaian tidurnya, bergerak ke arah Ame yang masih kusyuk dengan kerja rumah.Sempat sahaja dia mengeleng kepala kerana susah untuk melihat pelajar sibuk menyemak kerja rumah awal percutian.

"Kusyuk sangat nampak." tegur Darwish

Ame tidak menjawab malah sempat lagi menyumbat telinganya dnegan earphone.Lantaknya untuk menahan sakit asalkan tiada suara daripada manusia atau syaiton mengacaunya menyiapkan kerja.

'Patutlah abang-abang dia langsung tak pelik kalau minah ni kerap sumbat telinga sambil buat kerja.' desis Darwish

Darwish terus mengeluarkan kerja rumahnya juga kerana tiada apa yang boleh dilakukan selain daripada hal sekolah sahaja.Sekurang-kurangnya tidaklah kelam kabut sangat sekiranya ada hal mustahak.

Hampir dua jam bertentang mata pada buku, akhirnya kedua-dua menutup sebelum menghela nafas panjang.Itu cukup bagus semua kerja rumah yang diberi telah siap tanpa tertangguh sebelum sekolah buka semula.

"Awak." panggil Ame

Darwish menandang wajah Ame sambil menompang dagu.Sungguh dia berasa sedikit lega dapat menyiapkan kerja rumah namun dalam masa yang sama letih.Mungkin masih lagi untuk membiasakan diri dengan suasana baharu.

"Macam dengan hubungan kita dekat sekolah nanti?" tanya Ame

"Yang kau risau sangat dah kenapa?"tanya Darwish pula

"Bukan risau tapi awak ni lupa ke atau macam mana?Kan ada kawan kita yang tahu status sekarang ni, tak ke jadi satu hal dekat sekolah?" ulas Ame

Darwish terdiam seketika apabila kata-kata Ame ada benar juga.Bagaimana mereka ingin menutup mulut kawan mereka daripada terlepas kata?Itu bernasib baik ada yang sanggup mengahsiakan tentang hubungan nya dan Ame.

"Apa susah?Kita buat macam biasa je lah.Lagipun dengan cara buat macam tiada apa yang terjadi, pasti tiada siapa yang syak apa-apa." cadang Darwish

Ame hanya mengangguk kepala dengan muka ragu-ragu.Bukan dia tidak mempercayai suami sendiri tetapi kalau kawan mereka tu boleh percaya ka?Sudahlah kesemua mulut mereka bukan boleh duduk diam seperti dirinya.

"Jom tidur.Tak baik nak tidur lewat sangat." ajak Darwish

Ame hanya perlu akur sahaja sebelum dirinya ditarik oleh encik suami.Kalau ikutkan hati, mahu sahaja ingin bergusti tetapi mengenang siapa dihadapannya, terus sahaja tidak jadi.

"Bukan lewat mana pun.Kecoh betul atok sorang ni." rungut Ame dengan perlahan

Rungutan itu cukup perlahan untuk sesiapa mendengar kecuali seorang makhluk sudah berdiri sambil bercekak pinggang.Siapa lagi yang berada disitu tidak lain dan bukan lagi Darwish AkA suami paling kerek pernah dirinya jumpa.

"Apa kau kata?Ulang balik ayat kau tu." pinta Darwish

Ame tidak mengalih belakang kerana sudah pasti muka Darwish menyeramkan walaupun tidak seseram wajah Yanna apabila menjadi seorang psiko.Laju sahaja tangan kecil itu menutup mulutnya kerana tidak menyangka suaminya masih belum berada diatas katil.

"Tak ada apa pun.Awak salah dengar tu." nafi Ame 

Hilang terus tubuh kecik Ame apabila Darwish semakin dekat dengannya.Dalam diam mahu sahaja ingin menghambur ketawa apabila melihat tingkah si isteri yang kelihatan comel.Dia tidak terasa mana pun dengan rungutan itu tetapi sengaja ingin mengusik gadis itu.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Dec 13, 2023 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

Miss Sliver High Saga: Chasing Haze BlueMoonOnde histórias criam vida. Descubra agora