BAB 37

7.2K 597 162
                                    

Erina mengambil buku2nya di rak buku. Beberapa hari lagi peperiksaan akhirnya akan bermula. Dia perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pointer cemerlang.

Walaupun matanya bengkak dan wajahnya mamai dek kerana tidak cukup tidur, namun Erina menghiraukannya. Edrian sudah banyak kali menegur agar Erina tidak terlalu memaksa diri namun Erina masih belajar sehingga lewat malam.

Minggu ini saja Erina sibuk mengulangkaji maka dia jarang bersama Edrian. Lelaki itu juga faham dan tidak menganggu Erina belajar. Edrian mahu Erina fokus dengan peperiksaannya.

Erina tekun belajar sehinggakan dia tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Erina sendiri terkejut apabila menyedari dia sudah belajar selama itu. Erina bangun dari kerusi lalu keluar dari bilik untuk berehat sekejap.

Dia menuju ke dapur lalu mengisi segelas mug dengan air. Tekaknya haus. Kemudian, Erina menoleh ke belakang. Namun, dek kerana mamai, Erina terlanggar bucu meja membuatkan mug itu jatuh lalu pecah.

Erina panik lalu segera menunduk untuk mengutip serpihan kaca itu. Dia mencapainya dengan tergesa-gesa membuatkan serpihan itu menggores jari Erina.

"Auch!"

"Erina, are you okay?"

Tiba2 kedengaran suara Edrian membuatkan Erina mendongak.

Kelihatan wajah lelaki itu sedang risau menatapnya. Lelaki itu terdengar bunyi kaca pecah tadi lalu dia segera turun dari biliknya. Semakin risau Edrian apabila dilihatnya jari Erina berdarah.

Edrian menunduk. "What happened to your hand?"

Edrian mencapai jari Erina lalu dibelek. Namun, sepantas kilat Erina menarik tangannya kembali. Tiba2 Erina panik apabila Edrian menyentuhnya.

Kelakuan Erina membuatkan Edrian tergamam seketika. "I'm...I'm sorry."

Erina segera menggeleng. "No, no. I'm sorry. It's just...err..."

"It's fine. I'll get the first aid kit. You duduk la atas kerusi tu dulu. Hati2 jangan terpijak kaca ni." Nasihat Edrian. Lelaki itu segera berlalu untuk mengambil first aid kit.

Erina duduk di atas kerusi sambil mengusap wajahnya. Ya Allah, kenapa dengan aku ni?

Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, Erina masih tidak boleh melakukan sentuhan fizikal dengan Edrian. Seolah-olah dirinya trauma dengan sentuhan lelaki itu.

Erina tahu Edrian pasti terasa dengan sikapnya namun tiada apa yang boleh Erina buat. Dia sendiri terperangkap dengan memori pahit itu. Walaupun Erina sudah memaafkan Edrian atas perbuatan lelaki itu, namun dia masih tidak dapat dekat dengan Edrian.

Adakah Erina takut perkara yang sama akan berulang?

"Here, use this."

Kehadiran Edrian secara tiba2 di hadapannya membuatkan Erina tersentak. Dia mencapai kapas yang dihulur Edrian lalu diletak pada jarinya yang terluka. Kemudian, Erina menyapu ubat lalu dibalut luka itu dengan plaster.

Edrian mula mencapai penyapu dan penyodok lalu serpihan kaca itu disapu sehingga bersih. Kemudian, dia mencapai gelas kaca lalu diisi dengan air untuk Erina.

"Terima kasih. Sorry susahkan awak."

"It's fine. But please be careful. You're too careless these days. I know the exam is important but don't push yourself too much. Look at you, you're getting pale."

Teguran Edrian membuatkan Erina memegang pipinya. Betul cakap Edrian. Erina terlalu memaksa diri. Tapi dia cuma mahu buat yang terbaik.

"I'll be more careful. Sorry."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now