BAB 38

7.5K 660 260
                                    

Erina duduk di sebuah meja bulat mini di Bernie's Cafe yang bertema aesthetic itu. Terdapat rak2 buku dan hiasan lampu yang sangat cantik di sekelilingnya.

Erina sebenarnya akan bertemu dengan seseorang hari ini. Sudah lama dia tidak berjumpa gadis itu. Erina juga mahu meminta nasihat darinya tentang hubungannya dan Edrian yang semakin renggang dan janggal.

Erina risau perkara itu akan berpanjangan dan mengeruhkan lagi hubungan mereka. Maka, dia perlu mencari jalan penyelesaian.

Beberapa minit kemudian, Erina perasan kelibat orang yang dinantikannya. Dia melambai ke arah gadis tersebut.

"Ain!"

Ain menuju ke arah Erina dengan senyuman lebar. Dia memeluk gadis itu erat.

"Erina! How are you my lil sis?"

Erina turut tersenyum. "I'm fine my big sis. Do u miss me that much?"

Ain mencubit manja lengan Erina membuatkan gadis itu ketawa. Kemudian, dia duduk di kerusi berhadapan Erina.

"Dah lama tak jumpa kau. Makin tembam. So cute." Puji Erina.

Ain memegang pipinya sambil buat muka. "Eh, tu puji ke perli? Kurang asam kau."

"Aku puji la. Serius cute sangat. Dah macam pipi Aliyah." Puji Erina lagi dengan senyuman mengusik.

"Eee, tak baik la!"

Erina ketawa. "Alaa gurau jee, kau makin lawa la."

Ain tersengih. "Ada2 je kan. Hmm, bagitau cepat kenapa kau tiba2 nak jumpa aku ni? Kalau tak memang tak la kau nak cari aku kan?" Perli Ain, mengusik.

Erina memeluk lengan Ain sambil tersengih. "Hehe, aku busy la sebab tu dah lama tak contact kau."

Ain ketawa kecil. "Takpelah aku faham. Aku pun busy jaga 2 orang 'baby' kat rumah tu." Kias Ain, dia bercakap tentang Aliyah dan Aiman.

"Sebenarnya..." Erina sedikit serba salah mahu memulakan ceritanya.

Ain seolah-olah dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia mendekatkan diri dengan Erina.

"Erina, kau ok tak? Ada apa2 jadi ke? Is it about Edrian?"

Tekaan Ain yang tepat itu membuatkan wajah Erina muram. Erina mula menatap mata Ain.

"Ain, sebenarnya...."

* * *

Ain sangat terkejut mendengar cerita Erina. Dia betul2 tak sangka sampai begitu sekali ujian yang melanda rumahtangga Erina dan Edrian.

"Ya Allah, kau dengan Edrian hampir bercerai?"

"Ya, tapi kitorang setuju untuk batalkan penceraian tu. Aku nak bantu Edrian berubah dan alhamdulillah dia dah berubah, Ain. Dia mula solat, dia hampir khatam Al-Quran dan dia mula tinggalkan perkara2 haram yang dia pernah buat selama ni. Aku bangga dengan dia, Ain. Aku bangga sangat tapi..."

Ain mengusap bahu Erina. "It's okay, Erina. You can tell me if you want. In shaa Allah, aku cuba untuk tolong."

Erina mengangguk perlahan. "Aku masih tak dapat lupa benda yang dia buat kat aku tu. Sampai sekarang, aku masih tak boleh terlalu dekat dengan dia. Aku tak boleh kalau dia sentuh aku. Dan disebabkan tu, hubungan kitorang renggang balik."

"I see..." Ain mencapai tangan Erina lalu digenggam.

"It must be hard for you, Erina. Aku faham kenapa kau tak boleh lupakan benda tu. Apa yang penting, kau kena tau yang semua ni bukan salah kau. It's understandable that kau masih ada perasaan macam tu sebab tak mudah kita nak lupakan benda yang buat kita trauma.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now