BAB 7 : S 1

2.7K 97 0
                                    

- Just you , the one , that I want the most , baby -

" UMMI ! "

Suara lantang seorang budak lelaki itu kedengaran di seluruh rumah banglo tiga tingkat tersebut . Tengku Hakimi Dauren , berlari terus dari kereta keluarganya setelah sampai di rumah .

Umminya , Tengku Syakila Yiren , yang sedang fokus menatap televisyen , terus menatap anak lelakinya yang asyik berlari ke arahnya .

Buku Bahasa Melayu , terus dikeluarkan Hakimi dan ditunjukkan kepada Syakila .

" Cikgu Hana ajar Hakimi menulis tadi ! Cikgu kata , tulisan Hakimi lawa ! "

Syakila mengangguk dan tersenyum . Dia melihat tulisan anaknya itu . Walaupun sedikit cacat , tetap cantik dipadangan matanya . Anaknya semakin baik .

" Dah berterima kasih dekat Cikgu Hana belum ? "

" Dah Ummi ! Cikgu Hana tu baik sangat ! Hakimi suka Cikgu Hana ! "

" Baguslah macam tu . Jom mandi dulu ? Lepastu kita makan ye ? Ummi masak lauk kegemaran Hakimi dengan Ayah . "

" Baiklah ! Jom Ummi ! "

Syakila mengikut langkah anak lelakinya ke arah tingkat dua . Di dalam bilik air , Syakila asyik melayan kerenah anak lelakinya .

" Ummi tahu tak , Cikgu Hana kan , dia baik sangat dan lawa ! Cikgu Hana je yang sudi tegur dan berkawan dengan Hakimi ! "

" Macam mana rupa Cikgu Hana ? "

" Rambut dia panjang dan warna hitam lebat . Mata Cikgu Hana pulak bulat sikit dan ada bulu mata yang panjang . Cikgu Hana tu kecil je Hakimi tengok , tapi dia ganas ! Waktu hari sukan hari tu , Cikgu Hana power gila !"

Syakila mengangguk . Semenjak menghantar anaknya ke tadika di sekolah rendah Bukit Jaya , anaknya semakin ceria .

Cikgu Hana , satu-satunya cikgu yang selalu disebut-sebut oleh Hakimi . Kata Hakimi , Cikgu Hana lah satu-satunya idolanya . Cikgu Hana sentiasa ada untuk Hakimi .

" Ummi tak nak kenal dengan Cikgu Hana ke ? Cikgu tu baik sangat , mesti Ummi suka dia . "

" Apa sahaja yang berkaitan dengan anak Ummi , dan menggembirakan anak Ummi , semestinya Ummi nak kenal dan tahu sayang . Esok , Ummi jumpa dengan Cikgu Hana , okay ? "

" Baik Ummi ! "

" Ceria semacam je ! Tak ajak akak pun ! "

Suara anak pertama Syakila iaitu Tengku Hakina Dauren menarik perhatian Hakimi . Hakimi anak bongsu dan anak pertama ialah Hakina .

Hakina sudah masuk tingkatan satu .

" Kakak Ina ! "

Hakimi menghulurkan tangan kecilnya untuk didukung Hakina . Hakina yang faham akan maksud adiknya , terus mengambil tuala di pintu tandas .

Badan adiknya terus dilap saat sudah diangkat keluar dari tub mandi . Dibawa adiknya keluar dari bilik air .

" Ummi siapkanlah meja makan , biar Ina jaga Hakimi . "

( ✔ ) Obsession Love S 1 & S 2 Where stories live. Discover now