BAB 55 : S 2 : ENDING

2.9K 55 14
                                    

- You're mine , forever and ever . No once can take you away from me . Believe me , no one can . -

PINTU wad Hananiah Nabila , ditolak dari luar . Muhammad Musa masuk ke dalam wad Nabila dengan wajah bersalah . Dia tak sanggup lagi menanggung rasa bersalah dan dosa yang telah dibuat oleh isterinya .

" Tolong jangan minta cerai dengan suami kamu , Nabila .. "

" Pakcik ni siapa ? " Nabila memandang pelik Muhammad Musa . Eh , sejak bila dia ada pakcik rupa macam ni ?

" Sebenarnya , pakcik ni suami kepada orang yang hantar bomoh kepada rumah tangga kamu berdua . "

" Bomoh ? Pakcik bergurau kan ? "

" Kamu tak sedar yang tetiba sahaja kamu tak boleh nampak yang gambar dihantar tu sebenarnya fitnah ? Kamu tak sedar ke suami kamu sendiri berubah ? Dan kamu sendiri jauh dari tiang agama ? "

" M-macam mana- "

" Penyiasat yang pakcik hantar beritahu pakcik semua ni . Pakcik ada bukti dan pakcik janji akan suruh isteri pakcik beritahu segalanya . Pakcik sumpah demi Allah tak tahu perkara ni yang akan isteri pakcik lakukan . Pakcik terlalu sibuk mencari rezeki sampai tak sedar rumah tangga kamu berdua jatuh akibat isteri pakcik sendiri . "

Nabila menggeleng tak percaya . Dia memandang Tengku Zarith Irfan Qyren . " J-jadi selama ni semua tu hanyalah akibat benda yang dihantar kepada saya dan Zarith ? "

" Ye . Cukup sebut perkataan cerai , kalau tak , selepas sahaja kamu berdua bercerai , benda tu akan hadirkan semula perasaan yang dia tutup dan kamu berdua akan menyesal .. "

" Tapi saya tak faham .. Kenapa kena kami yang kena ? Apa salah suami saya ? "

" Sejujurnya , Nur Sofia bukanlah anak kandung pakcik . Dia anak isteri pakcik dengan lelaki lain . Nur Sofia terlalu gilakan Zarith dan isteri pakcik mahukan harta Zarith , kerana tu mereka hantar benda macam ni tanpa kira dosa . Nur Sofia pakai tudung pun kerana mahu menutup fitnah yang macam-macam telah dia lakukan . Walaupun pakcik tahu yang dia sudah tiada , tapi pakcik maafkan kamu Zarith . Apa yang berlaku semua ni dari kesalahan isteri pakcik sendiri . "

Zarith yang tak henti menangis di dalam pelukkan Nabila , membuatkan Nabila rasa bersalah .

Atas kepala Zarith diusapnya . " A-abang .."

" Sayang ... Tolong jangan tinggalkan abang . Abang merayu . Abang tak boleh berpisah dengan sayang . Abang tak mampu hidup tanpa sayang disisi .. Abang nak Hananiah Nabila , tak nak orang lain .. "

" Saya minta maaf abang . Saya tak tinggalkan abang okay ? "

Zarith mengangkat kepalanya dan memandang Nabila . Semakin deras air mata Zarith apabila Nabila sudah memaafkan dirinya .

Nabila membalas pelukkan Zarith dengan erat . Mata Nabila memandang Muhammad Musa .

" Saya dan suami saya maafkan isteri dan arwah anak pakcik . Saya redha dengan apa yang berlaku . "

" Terima kasih Nabila , pakcik betul-betul berterima kasih . Pakcik maafkan kesalahan Zarith juga . Itu semua kawalan syaitan . Pakcik redha . Pakcik harap kita tak bermusuh . "

( ✔ ) Obsession Love S 1 & S 2 Where stories live. Discover now