4: Jerat Sendiri

393 23 6
                                    

Izdihar's POV:

Aku menggengam penumbukku setiap kali teringatkan peristiwa tiga hari lepas. Gara- gara fitnah itu, aku jadi malu dengan ibu, ayah, Aunty Midah dan Uncle Zainal.

Maruah, kepercayaan dan layanan tidak lagi seperti dulu. Aku dituduh sebagai pencabul kehormatan perempuan. Walau macam mana aku cuba membenarkan diri, semua itu sia- sia. Aku tidak dipercayai lagi.

"Mulai hari ini, belanja poket ayah takkan bagi. Jangan harap nak sambung belajar kat UK. Memalukan ayah!"

Masih terngiang- ngiang dengan jelas kata- kata yang diucapkan ayah. Harapan dan impianku untuk menyambung ijazah sarjana di UK punah. Semua kerana perempuan sial itu! Kalau saja tidak ada undang- undang di negeri ini, pasti sudah kutanam jasadnya hidup- hidup. Selama tiga hari tiga malam, aku tidak dapat tidur lena. Aku rasa tertekan dengan fitnah yang kuterima.

Tambahan lagi, aku tidak dapat menghubungi Emma kerana telefon bimbitku sudah dirampas. Kami hanya berhubung melalui Facebook dan setentunya Emma marah dan merajuk dengan aku. Kalau dia tahu apa yang sebenarnya berlaku, pasti dia juga tidak akan percaya dengan kata- kataku. Fikiranku buntu dan serabut. Aku hanya duduk sepanjang hari di dalam bilik dan keluar bila waktu makan.

Setiap kali bersemuka dengan ayah, wajahnya masam mencuka. Ibu pula sudah berlembut hati dan memujuk dan menenangkanku. Tapi itu tidak bermakna dia mempercayaiku.

"Dihar, ibu dan ayah nak keluar ni. Makanan ibu dah masak. Mungkin lewat sikit balik. Pak Hamid jemput datang ke acara doa selamat," ucap ibu sambil membelai rambutku.

"Ye, ibu hati- hati. Ibu dengan ayah je ke yang pergi?" Tanyaku berbasa- basi.

"Dengan Aunty Midah dan Uncle Zainal sekali," jawap ibu sebelum pamit.

Entah tiba- tiba datang akal jahatku apabila mengetahui tentang kenyataan terakhir ibu. Selagi tidak lunas hutangnya, selagi itu aku tidak akan hidup tenang.

Lima minit setelah kereta ayah meninggalkan perkarangan rumah, aku mengambil kunci keretaku dan meluncur keluar menuju ke sebuah tempat.

Setibanya ke tempat destinasi, aku mematikan enjin kereta dan menuju ke pintu utama rumah Aunty Midah. Kereta mereka tidak ada di garaj kereta bermakna mereka juga pergi ke acara doa selamat itu. Dan yang membuat aku gembira adalah kereta Kia milik Hana terletak elok di bawah garaj.

Aku mencari kunci pendua yang biasa diletakkan di bawah pasu bunga kaktus dekat pintu.

Klik!

Aku berjaya masuk ke dalam. Rumah sunyi sepi. Pasti dia ada di dalam biliknya. Aku kemudian mendaki tangga dan menghampiri pintu bilik tidurnya.

Seperti biasanya, dia akan memasang muzik sedikit nyaring apabila berseorangam di rumah. Aku memulas tombol pintu dan mendapati dia sedang bertiarap membaca sebuah buku sambil berlagu kecil.

Apabila aku mengunci pintu dari dalam, Hana menoleh dan terkejut melihatku.

"Kau buat apa ni?" Marahnya lalu duduk dan memeluk erat bantal.

"Soalan tu salah. Kau patut tanya apa yang aku nak buat," balasku dengan nada yang kukawal.

"Kau nak buat apa, hah? Mama dan papa takde. Keluar sekarang!" Arahnya dengan jari telunjuk menuding ke pintu.

"Sebab takdelah aku ada kat sini," senyuman senget kulorekkan lalu menghampirinya.

Baju t- shirt aku buka dan campak ke tepi. Bahunya terhinjut melihat kelakuanku.

"Kau jangan gila, Har. Menyesal kau nanti," ugutnya sambil mengengsot ke birai katil.

"Siapa gila dulu?" Balasku sambil tanganku membuka zip seluar pendekku.

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now