07

335 61 64
                                    


"Hei orang baru..." Yedam berbisik pada Yoshi yang berada di sebelahnya lalu merangkul bahu Yoshi mesra.

"...ingin menyaksikan pembunuhan secara live tak? Percayalah cakap aku, ianya benar benar menyenangkan..."

Mata Yoshi membulat besar mendengar ucapan Yedam barusan, niat awalnya ingin membentak namun melihat pisau dapur yang dipegang Doyoung...badannya mematung keras.

Doyoung mengangkat tinggi pisau dapur di tangannya sebelum memotong ibu jari Subin membuatkan lelaki itu memekik kesakitan.

"Doyoung...arghhh!"

"Maaf, Subin. Aku terpaksa menjadikan kau mangsa seterusnya...aku ada ujian esok."

Subin-lelaki yang dijadikan mangsa Doyoung menggeleng keras, dia menatap rakan sekuliahnya dengan tatapan tidak percaya.

SKREK

Yoshi yang melihat Doyoung memotong jari telunjuk tangan kanan Subin pantas menggeleng keras dengan air mata yang berlinang.

SKREK

Jari jari Subin yang lain dipotong serentak membuatkan lelaki itu meringis sakit untuk kali ke berapa.

Yedam yang menjadi penonton tertawa keras. "Tenang, Subin. Dia baru potong jari kau...bukannya lidah kau."

Doyoung ikut tertawa, entah apa yang lucunya. Subin memejam matanya pasrah, sia sia dia memberontak.

Tiada siapa yang boleh menolongnya saat ini, lelaki yang berada di sebelah Yedam pun tampak terperangkap sepertinya.

Tangan Doyoung bergerak menarik lidah Subin lalu memotongnya menggunakan pisau dapurnya. Doyoung meraih tukul besi yang dibeli Yedam lalu mengangkatnya tinggi.

Yedam yang melihatnya mendekatkan telinganya pada Yoshi. "Buka mata kau luas luas, ini bahagian kegemaran aku..."

Bisik Yedam pelan namun cukup membuatkan Yoshi tidak ingin memejamkan matanya.

Tukul besi tadi dihalakan tepat pada bahagian kepala Subin.

BAGH!
BAGH!
BAGH!
BAGH!

Setiap pukulan berima dan penuh penyiksaan di bahagian kepalanya membuatkan Subin rasa ingin mati saja dari di siksa begini.

BAGH!

"Arghhhhhh...Doyoung...bunuh saja aku..."

BAGH!

"Belum lagi...he he he..."

BAGH!
BAGH!

"Hentikan! Kepalanya sudah hancur!!!"

Jerit Yoshi frutasi saat sorot matanya dihadapkan dengan kepala Subin yang hampir hancur kerana terlalu banyak pukulan, tak lupa juga dengan darah yang tak memercik pada wajah tampan Doyoung.

Doyoung memutar bebola matanya malas, lalu melanjutkan kegiatannya.

BAGH!
BAGH!
BAGH!

"H-hentikan...hiks berhenti, tak guna...."

Yoshi cuba untuk bangkit berdiri dan menghalangnya namun tangan Yedam yang masih merangkulnya mengunci badannya untuk berdiri.

BAGH!
BAGH!

Doyoung membuang tukul besinya asal di atas lantai saat memastikan Subin sudah benar benar mati kerana hentakan kepalanya sebanyak berkali kali.

Doyoung tertawa keras dengan senyuman psycho nya.

Dia menatap Yedam yang sedang bertepuk tangan heboh sebagai penonton dan juga Yoshi yang sedang menatapnya dengan tatapan takut.

"Kau uruskan mayatnya...aku mahu pergi sambung belajar."

[✓] Close your eyesWhere stories live. Discover now