Part 9

816 26 9
                                    

Razman.

Dia telefon lagi di malam begini.

Aku sedar dia ada menghubungi aku lewat petang tadi namun aku sengaja tidak menjawab panggilannya.

Perlukah aku nafikan lagi panggilannya? Lelaki ini seolah-olah gila talak. Lagi beberapa minggu sahaja akan bernikah, namun tetap mahu menawan diriku kembali.

"You nak apa lagi call I tak habis-habis ni?" Suaraku mendatar sebaik sahaja menekan butang hijau. Aku sedar selagi tidak menunjukkan responsku pada panggilannya, dia akan terus menghubungiku tanpa jemu.

"You."

Aku mengeluh keras.

"You dah nak kahwin."

"Kita keluar makan? I miss you. I really miss you, An."

"I baru aje lepas makan."

"Kalau macam tu, coffee?"

"Coffee? Malam-malam macam ni? Sorrylah nanti I susah nak tidur."

"Okey kalau macam tu, you minumlah apa-apa. Tapi temankan I minum coffee."

"Tak boleh ke you ajak bakal isteri you tu? Dia lagi suka kalau dapat spend time dengan you."

"Kalau I nak ajak dia keluar, tak payahlah I susah-susah pujuk you keluar senang I." Suaranya garau tapi romantis.

Aku tersenyum. Tiba-tiba sahaja fikiranku menyingkap kembali memori aku dengan dia. Suatu masa dahulu aku sangat sayangkan dia. Namun dek kerana ibunya sudah ada pilihan sendiri, tambahan pula secara terang-terangan diriku sebagai punca anaknya tidak lagi menjadi anak yang patuh terhadap orang tua, aku rela melepaskan Razman kembali pada keluarganya. Dan aku tidak mahu dijadikan punca anak lelakinya sebagai anak derhaka. Apatah lagi jika tidak mendapat restu keluarga.

Kerana padaku restu ibu bapa adalah kekuatan ikatan sesebuah rumah tangga. Malah ianya menjadi keberkatan hubungan di antara menantu dan keluarga mertua.

Ya, aku percaya restu ibu bapa adalah segalanya. Dia lelaki yang baik, tetapi bukan terbaik untukku bila dia tiada langsung ingin mempertahankan aku di hadapan keluarganya.

"Raz, tolonglah. You dah nak kahwin. Lupakan I, please. Kita dah lama tak ada apa-apa hubungan lagi. Almost six years dah. You dah ada kehidupan you. Dan I dah boleh move on dari sejarah lama kita."

"Senang macam tu je An?"

"You ingat senang untuk I bila kita berpisah? Kita tengah merancang nak bertunang, merancang nak kahwin. Merancang macam-macam. Tiba-tiba your mother beritahu straight pada I, you bakal bernikah dengan sepupu you. You boleh rasa tak apa I rasa masa tu?" tanyaku lantang.

"Kalau you tegas dengan pendirian you, benda ni takkan jadi."

Aku mendengus bosan dengan jawapan Razman itu.

"Tegas dengan pendirian I? Mana you bila keluarga you mengata I? Apa you buat bila keluarga you menentang hubungan kita? Mana you sembunyi for all these years Razman? Mana you sembunyikan diri you selama ni?" pekikku separuh lantang.

Dia diam di talian.

Aku mengambil masa untuk menenangkan perasaan ini sebelum emosiku lebih menghangat.

"I perlukan lelaki yang sanggup hidup susah senang dengan I. Ini tidak. Baru kena sergah sikit, you dah lari entah ke mana. Pengecut."

"An.... benda dah berlaku."

"Ya, benda dah berlaku. Tapi hubungan kita takkan jadi macam ni kalau you berani berdepan dengan keluarga you. Pertahankan hubungan kita. Ghaib tiba-tiba, now you muncul semula beritahu I, you nak I balik dan ajak I kahwin dengan you. You tak pernah faham ke Raz?"

Terima Kasih Cinta Where stories live. Discover now