B A B||2

475 102 14
                                    

[29/10/2020]

Selepas Sara selesai menunaikan solat maghrib dia mengambil telefon pintarnya. Rakaman suara Arlan dibuka.

"Assalamualaikum rama-rama, dah solat? Perbanyakkan berdoa ya sayang? Doakan semoga virus ni cepat pergi, nanti abang boleh balik Malaysia. Kita bole per-"

Sara menutup telefonnya dan meletakkan ke tepi. Al-Quran diambil lalu surah yaasin dibaca perlahan sehingga habis. Setelah selesai dia membaca yaasin, Sara menyimpan Al-Quran dan bersedia untuk menunaikan solat Isyak.

"Assalamualaikumwarahmatullah..."

Sara membaca ayatul kursi sebelum membaca doa selepas solat. Dia menadah kedua tangannya dan berdoa.

"Bismillahirahmanirrahim, Ya Allah..." belum lagi dia meluahkan isi hatinya tapi dirinya sudah menjadi lemah bagai tak mampu menahan sebak di dada. Suara Arlan bermain di fikiran. Dadanya semakin sesak apabila memikirkan tentang Arlan. Sara menarik nafas sedalamnya.

"Ya Allah...ke-kembalikan dia." Sara menunduk dan menahan tangisan. "Ampunkan dosaku ya Allah. Ampunkan juga dosanya...hanya kepadaMu aku mengadu ya Allah. Ya Allah...hanya dia yang sentiasa berada disisiku sejak aku kehilangan keluargaku ya Allah. Hanya dia yang sudi menerima segala kekuranganku ya Allah." Sara meluahkan segalanya di dalam doanya.

Dia sudah tiada lagi bahu untuk bersandar dan kini hanya tinggal sejadah untuk dia bersujud dan mengadu kepada yang Maha Esa.

Sara mengemaskan sedikit tempat tidurnya kemudian dia berbaring. Bingkai gambar dirinya bersama Arlan di ambil lalu ditatap lama. Kisah silamnya bersama Arlan terimbas kembali.


Sara menangis teresak-esak selepas mengetahui kepergian ibu bapanya. Kemalangan berlaku ketika ibu bapanya dalam perjalanan ingin mengambil Sara pulang dari sekolah.

Hari itu adalah hari terakhir peperiksaan SPM. Ibu bapanya merancang untuk membawa Sara makan diluar selepas pulang dari sekolah. Namun tidak kesampaian hajat mereka kerana ajal terlebih dahulu menjemput mereka.

Arlan ialah jiran terdekat Sara. Mereka berdua kawan baik sejak kecil. Selepas pengebumian ibu bapa Sara, hanya Arlan yang menjadi peneman hidupnya. Sara tidak mempunyai keluarga yang lain. Keluarga Arlan yang menjaga Sara sejak itu.

Ketika mereka berdua berumur 18 tahun mereka berdua mendapat tawaran belajar di tempat yang sama. Dalam diam mereka berdua menyimpan perasaan yang sama dan bercinta sehingga tamat kuliah.

Arlan melamar Sara pada umur 20 tahun dan bertunang. Arlan berkerja di syarikat terbesar di Petaling Jaya manakala Sara berkerja sebagai akauntan. Pada umur 21 tahun mereka berkahwin di awal bulan febuari. Arlan menyuruh Sara berhenti berkerja dan hanya menjadi suri rumah sahaja.

Dua minggu mereka berkahwin dan Arlan terpaksa ke luar negara kerana urusan kerja. Seharusnya selepas lima hari dia seharusnya pulang ke Malaysia. Tetapi disebabkan virus bahaya yang merebak di seluruh dunia dan seluruh negara diperintahkan untuk berkurung dia tidak dapat untuk pulang ke tanah air.

Sedangkan dia sudah berjanji pada isteri tercintanya.

Sara mengesat air matanya. Bantal peluk disebelahnya dipeluk erat. Satu-satunya ayat yang Arlan katakan pada Sara sebelum ini benar-benar menyakitkan bagi Sara. Setiap perkataan yang keluar dari mulut Arlan itu seperti membunuhnya.

"Buat apa pergi kejap kalau boleh pergi selamanya?"

{61021}

You're my favourite voice ✔︎Where stories live. Discover now