B A B||4

441 98 7
                                    

Flasback.

[11/6/2020]

Hari ini adalah hari ulang tahun Sara yang ke 22 tahun. Nombor telefon Arlan di dail. Dalam beberapa minit dia menunggu Arlan mengangkat panggilannya. Butang rakaman ditekan.

"Assalamualaikum abang! Abang ingat tak harini hari apa?" Soal Sara dengan suara yang ceria.

"Waalaikumusalam...hari ni hari jadi sayang kan? Mestilah abang ingat. Selamat ulang tahun wahai rama-rama kecil saya."

"Ehehe, terima kasih abang! erm...abang sihat?"

"Tak berapa sihat lah sayang. Lately ni abang kerap batuk, lepastu pening kepala."

"Patutlah dengar suara abang macam tak sihat, abang pergilah klinik. Sara risaulah kalau apa-apa terjadi dekat abang. Sekarang kan musim covid." Pesan Sara.

"Memang abang nak pergi pun, sekarang tengah dalam perjalanan nak pergi hospital. Sayang doakan jelah semoga abang takde apa-apa."

"Setiap hari sayang berdoa untuk abang tau! Sara tak nak kehilangan abang...abang jaga diri elok-elok ya dekat sana?"

"Ya sayang...abang akan jaga diri. Lagipun abang dah tak sabar nak balik Malaysia ni! Sebab kes dekat sini dah berkurangan, dekat Malaysia pun dah kurang kan?" Soal Arlan.

"Alhamdulillah dah kurang, abang balik cepat tau! Sayang rindu abang."

"Ya, abang pun. Sayang, abang dah-" Arlan terbatuk. "Abang dah sampai hospital ni. Nak tutup call?"

"Tak payahlah...sayang nak dengar keadaan abang dekat sana."

"Yelah..."

Ketika Arlan ingin melangkah masuk ke dalam wad kecemasan tiba-tiba dadanya terasa sangat sakit dan sesak. Dia terduduk memegang dadanya yang sakit.

"S-sayang...sa-kit..." telefon Arlan terlepas dari tangannya.

"Abang? Abang kenapa tu? Abang??" Sara menjadi cemas.

"Sorry, the owner of this phone is unconscious. May I know who you are?" soal seorang doktor lelaki.

"I am his wife. Can I know my husband why?"

"Be patient, ma'am, your husband has just been admitted to the ward. All further information later we will inform you. Please understand, thank you." Panggilan dimatikan.

Sara memandang telefonnya dan masih lagi terkedu.

"Ya Allah..." Sara meraup wajahnya. "Lindungi dia ya Allah... semoga tiada perkara buruk yang berlaku pada dirinya." Sara memaksa dirinya untuk berfikiran positif. Dia takut jika fikiran negatif itu menjadi kenyataan.

Selepas dua hari Sara tidak mendapat panggilan, akhirnya Arlan menelefonnya juga.

"Assalamualaikum, butterfly."

Sara menangis mendengar suara Arlan. Dia sangkakan bahawa panggilan hari itu adalah panggilan terakhir.

"Sayang? Awak okay?" soal Arlan lembut.

"Wa-waalaikumusalam...abang, abang kenapa? Abang sihat ke tak? Abang dekat sana okay je kan? Abang tak sakit, kan?" soal Sara.

"Sayang...boleh tak kalau abang bagitahu ni, sayang janji dekat abang supaya tak terlalu risaukan abang? Abang tak nak kesihatan sayang terjejas disebabkan terlalu berfikir. Abang tak nak sayang stress, okay?"

Mendengarkan itu sahaja sudah membuatkan Sara menangis.

"A-abang..." tersedu sedan dia menangis.

"Cutie, calm down please? Abang tak kuat kalau sayang macam ni. Macam mana abang nak bagitahu kalau sayang pun macam tak boleh terima je apa yang abang nak sampaikan ni. Jangan macam ni. Abang tak ada dekat sebelah sayang untuk pujuk sayang."

Sara cuba menenangkan dirinya tetapi semakin kuat dia menangis. Macam mana dia nak berhenti? Dia penat menanggung perasaan rindu. Perasaan risau lagi.

"Shh...dear butterfly, listen. I love you untill my last breath. Even i stop breathing, my heart is still for you. Forever. No one can replace you even angel. You are the only mine. You're my souls and you are my universe, not earth but universe."

Sara terharu dan sebak mendengarnya.

"I just wanna meet you but- I can't."

"Abang, abang balik kan nanti?" soal Sara.

"Sayang, abang...tak boleh."

"Apa maksud abang?"

"Abang positif covid. Sekarang abang dalam rawatan."

Sara tergamam. "S-Sara yakin abang akan sembuh! Abang dah janji nak balik, kan?"

"Sayang, abang kena tutup panggilan, abang nak kena buatan rawatan, bye. Assalamualaikum." Panggilan terus dimatikan.

Arlan memandang telefonnya dan menangis. Dari awal dia tahan diri kerana tidak mahu isterinya turut bersedih. Walaupun Sara menangis tadi, dia tetap harus berpura-pura kuat.

"Ya Allah, panjangkanlah umurku. Aku ingin memeluknya sebelum aku pergi."

{71021}

You're my favourite voice ✔︎Where stories live. Discover now