B A B||3

437 99 17
                                    

[13/2/2021]

Tarikh hari ini adalah tarikh ulang tahun perkahwinan mereka. Sudah berbulan Sara tidak mendengar suara rakaman Arlan. Kali terakhir dia mendengar suara Arlan pada bulan oktober lepas.

Sara menghias meja bulat di depan kolam dengan cantik. Lilin dinyalakan, telefonnya diambil. Sara agak ragu-ragu ingin membuka rakaman suara Arlan. Dia mengeluh perlahan, dia akui dia kalah dengan rindu. Sedangkan dia berusaha melupakan suara Arlan, namun dia tak mampu.

"Sayang...dah lama kita tak bersua, happy anniversary my beautiful butterfly, i miss you so much, you know? I wanna hug you, kiss you, look your smile and laugh."

Sara hanya diam mendengar, dia sudah berjanji pada dirinya supaya tidak menangis lagi. Tetapi hati siapa sahaja yang tidak akan rapuh apabila mendengarnya?

"My cutie bee, your smile look so sweet like honey, so don't cry okay? I will comeback into your arms soon. Just keep patient and waiting okay?"

Sara menarik nafas panjang. "Abang..." dia mengemam bibir. Dia rindu ingin memanggil suaminya seperti itu. "Sara nak abang..." Sara terduduk di atas lantai kerana terasa diri itu terlalu lemah.

"Flower, always smile okay? Muah! Alololo...dia ni suka sangat nangis, nanti kan abang balik jugak?"

"Nanti kita pergi honeymoon sama-sama. Pastu pergi main sama-sama, ha pastu nanti kita berangan ada baby sama-sama, okay?"

"Sayang tunggu abang balik tau? Lagipun abang ada beli hadiah untuk sayang. Hadiah anniversary kita. Hehe, tunggu abang okay?"

Sara menutup rakaman suara itu. Perlahan-lahan dia bangun dan masuk ke dalam bilik. Dia duduk di atas sofa dalam biliknya. Galeri dibuka dan dibelek olehnya.

Gambar-gambar Arlan ditatap bersama air mata yang mengalir di pipi. Gambar Arlan yang terlantar di katil hospital menambahkan rasa sebak di dalam hatinya.

Sara keluar dari galeri dan mencari rakaman suara Arlan. Fail rakaman suara yang paling bawah iaitu rakaman suara yang terakhir dibuka.

"Sayang...abang tak larat...dada abang sakit."

Sara menekup mulutnya.

"Sayang...d-doakan abang. Abang nak balik jumpa sayang. Abang dah janji ngan sayang nak bawak sayang honeymoon..."

Suara tangisan Sara memecahkan suasana sunyi di dalam biliknya itu. Teresak-esak dia mendengar semula suara rakaman Arlan.

"S-sayang...ni mungkin panggilan terakhir dari abang."

Seluruh badan Sara menggigil, Sara memeluk lututnya dengan erat sekali. Dia menangis sehingga dadanya terasa sesak dan tersedu-sedan.

"Tolong cari pengganti yang lain."

Sara menggeleng laju. Dia memberi respon seolah itu adalah panggilan dari Arlan padahal ianya hanya sebuah rakaman suara sahaja.

"Ya Allah...dia adalah sebahagian dari diriku ya Allah. Hilang dirinya maka hilanglah separuh diriku ini ya Allah. Kemana perginya kekuatanku ya Allah? Aku tak berdaya lagi ya Allah." Suara Sara jelas sekali suara yang dipendam. Sara berbaring di atas sofa dan cuba menenangkan dirinya sendiri.

Kalau dahulu ada Arlan untuk menenangkan dirinya, kini dia sendiri menenangkan diri.

{71021}

You're my favourite voice ✔︎Where stories live. Discover now